
Biasa makan nasi ada telur goreng mata, nikmat sungguh rasanya.Tidak kurang juga yang suka makan telur sarang. Makan laksa ada telur sarang di atasnya barulah lengkap. Ada cara nak menghasilkan telur sarang agar ia jadi sempurna. Boleh ikut cara berikut untuk menghasilkannya dengan jaya.
CARA BUAT TELUR SARANG

Bahan-bahan:
1 biji telur
2 ½ sudu besar air putih/paip
Garam pink- sikit kalau nak
Minyak yang banyak
Cara membuat:
1.Panaskan kuali dengan api yang besar, tuang minyak yang banyak.

2.Kacau telur, masukkan air, kacau lagi dengan laju sampai berbuih-buih telur
3.Kemudian tuang telur dalam minyak yang panas, Tarik mangkuk tinggi-tinggi supaya telur tu jatuh dengan tali halus dalam kuali lalu merebak ke seluruh minyak.
4.Tutup api besar/kecilkan api.
5.Bila dah nampak tepi garing, boleh terbalikkan.

6.Terbalikkan lagi sekali bila dah garing. angkat dan toskan.

7.Kalau tak suka telur garing sangat, boleh kurangkan waktu memasak.
Kredit: Yaya Ismail
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Chef Rathakrishnan Pakar Masakan Melayu, Kongsikan 6 Resipi Tradisi Seperti Di Hotel!

Masakan Melayu menjadi perhatian dan tarikan utama. Tidak kira sama ada lauk pauk atau pun kuih muihnya. Setiap satu memiliki rasa yang sudah pasti memukau selera untuk dinikmati. Kali ini dikongsikan 6 resipi masakan tradisi yang membangkitkan rasa. Lebih istimewa apabila kesemua itu merupakan air tangan chef berbangsa India yang merupakan pakar masakan Melayu di Hotel Grand Bluewave Shah Alam, Chef Rathakrishnan. Selamat mencuba!
DAGING MASAK HITAM

BAHAN-BAHAN:
- 600-800 gm daging |hiris nipis
- ½ cawan air asam jawa
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- Sedikit gula
- Sedikit garam | jika perlu
- Minyak masak
BAHAN PERAPAN DAGING:
- 6-7 sudu makan kicap pekat
- 3 sudu makan kicap manis
BAHAN SANGAI DAN KISAR HALUS:
- 12-15 biji bawang merah
- 5-7 ulas bawang putih
- 3cm halia
- 10 tangkai cili kering | tambah jika mahu pedas
CARA MEMASAK:
- Daging tadi dipotong nipis dan diperap dahulu selama 30 minit dengan bahan perapan daging.
- Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi.
- Masak sehingga pecah minyak. Masukkan pula daging perap.
- Kacau sebentar kemudian masukkan air asam jawa dan sedikit air.
- Masakkan sehingga kuah agak pekat dan perasakan dengan sedikit gula.
- Tambah garam jika perlu.
- Setelah masak dan timbul minyak, tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Lebih baik perapan daging disimpan dalam peti ais.
…..
Saiz hidangan: 6 orang.
Masa Memasak: 20 minit.
Cara Memasak: Goreng tanpa minyak dan tumis.
Jenis Masakan: Lauk pauk.
Keistimewaan: Enak dengan rasa pedas-pedas manis berkicap.
Anggaran kos RM12.
TELUR ITIK DENGAN BELIMBING BULUH MASAK LEMAK

BAHAN-BAHAN:
- 5 biji telur
- 1 batang serai |titik
- 1 helai daun kunyit | hiris
- 10 biji belimbing buluh
- 250ml santan pekat
- 200ml santan cair
- Sedikit garam
- 1 keping asam gelugor
Bahan B (KISAR):
- 4 biji bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 3cm kunyit hidup
- 6 biji cili padi kampung
- 1 biji cili merah
CARA MEMASAK:
- Kisar bahan B dengan santan cair. Masakkan bahan kisar dengan serai sehingga mendidih menggunakan api yang kecil.
- Apabila mendidih, pecahkan telur dalam mangkuk dan masukkan ke dalam kuah tadi secara perlahan-lahan.
- Jarakkan antara satu sama lain. Boleh dimasukkan sedikit cuka supaya telur tidak pecah.
- Masak sambil dikacau perlahan sehingga telur mengeras.
- Tuang santan pekat, masukkan belimbing buluh, daun kunyit dan garam secukupnya.
- Terus kacau supaya pati santan tak pecah minyak.
- Bila mendidih, bolehlah ditutup api supaya belimbing masih rangup.
INFO CHEF: Jangan masak telur terlalu lama kerana ia akan menjadi keras.
…….
Saiz hidangan: 5 orang.
Masa Memasak: 20 minit.
Cara Memasak: Reneh.
Jenis Masakan: Lauk pauk (telur).
Keistimewaan: Rasa enak lemak pedas telur memecah selera makan
Anggaran kos RM10
AYAM RENDANG HIJAU

BAHAN-BAHAN:
- 80gm ayam | potong enam
- 400ml santan
- 2-3 helai daun limau purut
- 2 sudu makan kerisik
- 1 keping asam gelugor
- 4 sudu makan minyak masak
- Garam dan gula secukupnya
- 2 batang serai |dititik
BAHAN KISAR:
- 4 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 cm halia
- 1/2cm lengkuas
- 6-8 biji cili padi
- 3 biji cili hijau
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga terbit minyak.
- Masukkan ayam, kacau sebati.
- Seterusnya masukkan santan, reneh dengan api yang sederhana.
- Masukkan daun limau purut, asam gelugur, garam dan gula secukupnya.
- Apabila kuah hampir pekat, masukkan kerisik dan daun kunyit.
- Kecilkan api, terus kacau kacau hingga pekat dan timbul minyak.
- Tutup api, rendang ayam sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Anda boleh goreng ayam separuh masak dahulu, supaya rendang lebih cepat masak dan tidak hancur.
…..
Saiz hidangan: 6 orang.
Masa Memasak: 30 minit.
Cara Memasak: Tumis dan reneh.
Jenis Masakan: Lauk pauk (ayam).
Keistimewaan: Gabungan pedas dan lemak yang sedap.
Anggaran kos RM15
SOTONG SUMBAT PULUT BERSAMA KUAH PERCIK

Bahan-bahan:
- 600gm sotong putih
- 2 cawan beras pulut | rendam 1 jam
- 1 1/2 cawan santan kelapa
- Garam secukup rasa
BAHAN SOS PERCIK:
- 10gm bawang putih
- 30gm bawang merah
- 30gm halia
- 5 batang serai
- 5 tangkai cili merah
- 20gm kunyit hidup
- 10gm lengkuas
- 2 keping asam gelugor
- 40gm gula Melaka
- 100ml santan
- 100ml minyak
- Garam secukup rasa
- Lidi secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kukus beras pulut hingga setengah masak, angkat dan gaulkan bersama santan yang telah dicampur dengan garam dan kukus lagi hingga masak.
- Sumbat pulut yang telah siap dimasak dalam sotong dan sematkan bahagian hujungnya dengan lidi.
- Panggang sotong hingga masak.
- Untuk sosnya, kisar halus bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, serai cili merah, lengkuas.
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik minyak dan naik bau.
- Masukkan asam gelugor, gula Melaka dan santan.
- Masak hingga sos pekat dan perasakan dengan garam.
- Curah sos pekat atas sotong panggang. Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Sotong Sumbat Pulut ini enak dihidangkana panas-panas.
……
Saiz hidangan: 5 orang.
Masa Memasak: 30 minit.
Cara Memasak: Kukus, bakar dan tumis.
Jenis Masakan: Lauk pauk
Keistimewaan: Rasa manis-manis lemak dan sotong yang segar.
Anggaran kos RM30
GULAI KETAM BERSAMA NANAS

BAHAN-BAHAN:
- 4-5 ekor ketam potong dua
- 1/2 biji nanas | hiris ikut suka
- 1 paket kecil rempah kari ikan
- 1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
- 500ml santan pekat
- Sedikit air panas
- Sedikit air
- Garam dan gula secukup rasa
- Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
- 2 sudu teh jintan manis
- 1/2 inci halia
- 2 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
BAHAN HIRIS:
- 2 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
Cara memasak:
- Siapkan pes kari dengan mencampurkan rempah kari dengan sedikit air panas dalam mangkuk.
- Kemudian masukkan bahan kisar, kacau rata, ketepikan pes.
- Panaskan minyak, tumiskan hirisan bersama daun kari hingga wangi.
- Masukkan pes rempah tadi. Tambah sedikit air.
- Masak rempah sehingga timbul minyak, masukkan ketam yang telah dipotong dua dan sudah dibersihkan.
- Kacau sebentar, masukkan santan. Jika pekat, tambah sedikit air. Masak seketika.
- Kemudian masukkan nanas yang dihiris tadi.
- Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Biarkan mendidih seketika. Tutup api dan sedia dinikmati.
INFO CHEF: Elakkan dari memasak terlalu lama kerana akan hilang rasa manis ketam.
…….
Saiz hidangan: 5 orang.
Masa Memasak: 20 minit.
Cara Memasak: Tumis dan reneh.
Jenis Masakan: Lauk pauk (ketam).
Keistimewaan: Gabungan manis ketam dan nanas menjadikan gulai sungguh enak.
Anggaran kos RM30
SAMBAL TUMIS UDANG DENGAN PETAI

BAHAN-BAHAN:
- 10 ekor udang kuning
- 1/2 cawan biji petai yang telah dikupas
- 1 biji bawang besar | hiris
- 3 biji bawang merah | kisar
- 4 ulas bawang putih | kisar
- 2-3 sudu makan cili | kisar
- Garam dan gula secukupnya
- Sedikit air asam Jawa
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan goreng udang seketika. Angkat dan ketepikan.
- Tumis bawang merah, bawang putih, cili kisar sehingga garing dengan menggunakan api perlahan.
- Masukkan gula terlebih dahulu. Ianya akan menjadikan sambal berwarna merah cantik.
- Kacau rata, barulah dimasukkan petai, air asam Jawa, hirisan bawang besar dan garam.
- Akhir sekali masukkan udang yang telah digoreng dan kacau rata.
- Sesuaikan rasa dan tutup api.
- Sedia untuk dihidangkan.
INFO CHEF: Lebih sedap jika anda menggunakan petai segar .
…….
Saiz hidangan: 8 orang.
Masa Memasak: 30 minit.
Cara Memasak: Goreng dan tumis.
Jenis Masakan: Sambal (udang).
Keistimewaan: Enak, pedas dan terasa manis udangnya.
Anggaran kos RM20
TEKS: NURUL AZWA ABU BAKAR
FOTO: JAZLAN NANGAR
RESIPI: CHEF RATHAKRISHNAN A/L KARNAYA, MALAY BANQUET CHEF
Kari Telur Parpu Sedap Dimakan Panas

Di kalangan orang Utara, Kari Telur Parpu memang terkenal khasnya bagi masyarakat di Pulau Pinang. Ia sangat mudah dibuat menggunakan kacang parpu. Boleh juga diganti dengan kacang dhall mengikut cita rasa masing masing. Sesuai buat untuk menu tengah hari mahupun malam.
KARI TELUR PARPU
Bahan-bahan:
1 cawan kacang dhal/parpu di rebus sehingga empuk
3 biji telur ayam
1/2 kotak santan
Bahan tumbuk kasar :
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
3 sudu rempah kari daging
1 keping asam keping
Bahan Tumis Darat
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
Sedikit halba campur
2 tangkai daun kari
3 batang cili kering hiris 3 bahagian
Minyak untuk menumis
Cara memasak:
1. Dalam periuk rebusan kacang dhal tadi masukkan bahan tumbuk kasar, rempah kari daging, kentang dan sedikit air, rebus sehingga mendidih
2.Setelah ubi empuk masukkan santan
3.Kemudian pecahkan telur dan jgn di kacau sehingga telur masak
4.Sesuaikan rasa dengan garam dan gula
5.Tutup api.
Tumis darat
1.Di dalam kuali panaskan minyak dan tumis semua bahan tumisan darat
2.Bawang telah garing dan bangkit bau wangi terus tuang kesemuanya ( bersama minyak) ke dalam periuk kari tadi dan segera tutup periuk agar aroma tumisan tadi tidak keluar dan meresap ke dalam kuah kari
3.Tunggu dalam 2 minit baru kari parpu telur sedia untuk di hidangkan.
Makan bersama nasi panas dan ikan masin goreng memang sedap teruk! Cubalah.
Kredit : Rozelkitchen
ANDA MUNGKIN SEDANG MENCARI AIR FRYER UNTUK MEMUDAHKAN KERJA MENGGORENG DAN MEMASAK. DAPATKAN PELBAGAI PILIHAN DI SINI.
Ramai Puji Sedap, Resipi Gulai Kuning Ikan Tongkol Simple Ni Wajib Try

Sedapnya Gulai Kuning Ikan Tongkol ni. Menu yang menjadi kegemaran ramai terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Enak dinikmati bersama nasi panas, sambal belacan dan juga ulam. Ada padanan ini, memang suap nasi tanpa pandang kiri dan kanan. Enak! Cara masaknya pun tidak sukar. Hanya guna bahan-bahan yang ringkas sahaja. Jomlah cuba resipi perkongsian saudara Ben Ameer Nour Ismail. Pasti anda sukakan hasilnya.
CARA MEMASAK GULAI KUNING IKAN TONGKOL SEDAP

BAHAN-BAHAN IKAN REBUS:
Ikan tongkol – bersih & potong
Garam
Gula melaka – beli online disini
Asam gelugur – beli online disini
(jumlah bergantung pada berapa banyak ikan yang digunakan)
BAHAN-BAHAN GULAI:
2-3 ulas bawang merah – beli online disini
1-2 ulas bawang putih – beli online disini
1 hiris lengkuas
1-2 inci kunyit hidup
5-6 tangkai lada kering @ cili kering – beli online disini
Santan secukupnya
Sedikit serbuk cili – beli online disini
1-2 keping asam gelugur
Gula melaka secukupnya
Garam secukup rasa – jika perlu
Lada hijau solok @ cili hijau
Timun – hiris
CARA MEMASAK:
1.Untuk merebus ikan, bersihkan ikan daln susun dalam periuk. Masukkan garam, gula melaka dan asam keping.
2. Masak guna api kecil dan perlahan hingga ikan mengeluarkan airnya sendiri. Biarkan ikan masak. Ketepikan.
3. Untuk kuah gulai, kisar bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit hidup dan cili kering hingga lumat.
4. Panaskan santan dalam periuk kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi. Kacau sentiasa supaya santan tidak berketul.
5. Tambahkan sedikit serbuk cili untuk menjadikan warna gulai jadi cantik dan sedikit pedas.
6. Bila kuah sudah mendidih, masukkan ikan tongkol yang sudah direbus
7. Akhir sekali, masukkan asam gelugur, gula melaka, lada hijau solok @ cili hijau dan hirisan timun.
8. Kecilkan api, masak sampai santan pecah minyak. Rasa dulu kuahnya, tambah garam jika perlu.

9. Gulai Kuning Ikan Tongkol siap untuk dihidang.

INFO: Ikan rebus ini makin lama simpan dalam peti sejuk makin bertambah sedap. Empunya resipi guna ikan tongkol yang sudah seminggu rebus, simpan dalam peti sejuk, makin sedap kerana isinya sudah sebati dengan rasa masam, masin dan manis.
Kredit resipi & foto: Ben Ameer Nour Ismail
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

