Sesekali masak Odenuntuk keluarga, memang sedap. Rahsianya terletak pada kuah. Jika padu kuah Oden ni, memang padu. Bagi anda yang sukakan menu ini, ada satu resipi perkongsian saudari Mamaa Salyang cukup mudah. Bahan-bahan yang digunakan cukup ringkas. Pasti berselera makan bersama suami dan anak-anak. Jom cuba!
1.Potong semua jenis bebola steamboat. Jika memang bersaiz kecil, tidak perlu potong.
Ads
2. Masukkan pes Thai tomyam dan perencah Asam Pedas ke dalam periuk yang berisi air. Sukatan air ikut sebanyak mana yang kita mahu dan berapa ramai yang nak makan.
3. Kalau suka pedas, lebihkan pes tomyam. Untuk resepi ni empunya resipi guna pes Thai tomyam. Ia sudah cukup rasa dan tidak perlu tumis lagi.
4. Jika tiada, boleh guna bahan-bahan seperti dalam gambar di bawah iaitu guna perencah Tomyam Adabi. Cuma perlu tambah perasa yang sesuai.
5. Bila air sudah mendidih, masukkan semua bebola steamboat dan daun limau purut. Jangan lupa rasa dulu supaya cukup rasa. Ubah ikut cita rasa jika mahu lebih pedas, masam dan masin.
Ads
6. Bila sudah mendidih, padamkan api. Jangan rebus terlalu lama untuk elak bebola kembang.
7. Sedia dinikmati bersama keluarga. Boleh makan bersama udon, yee mee atau pun kueh teow.
Makan besar Tahun Baru Cina tentunya lebih meriah dengan hidangan Resipi Udang Butter Nestum perkongsian saudari Rosni Musa ni. Memang nampak sedap dan membuka selera. Masak pula menggunaan udang bersaiz besar, memang lagi puas hati. Bagi anda yang ada stok udang dalam peti sejuk, boleh cuba resipi ni. Memang terbaik.
Hari pertama berpuasa ni mesti asyik berfikir je menu apa yang nak dimasak balik kerja nanti. Apa kata masak Ketam Telur Masin Mentega ni. Mudah saja cara nak membuatnya. Campak-campak dah menjadi. Ada gabungan rasa manis, masin, lemak dan pedas yang tak jemu dimakan. Lebih enak bila menggunakan Anchor Unsalted Butter kerana mentega ini diperbuat daripada 100% susu berkualiti tinggi daripada lembu yang diberi makan rumput segar. Memang sedap hingga menjilat jari. Jom cuba.
KETAM TELUR MASIN MENTEGA
Bahan-bahan:
2 ekor ketam saiz medium – belah dua
4 sudu makan serbuk telur masin
120gram Anchor Unsalted Butter
6 biji cili padi – hiris kecil
2 tangkai daun kari
1 sudu teh gula
Garam secukupnya
Cara Memasak:
Ketam yang telah dibersihkan ditabur dengan sedikit garam kemudian digoreng hingga masak. Ketepikan.
Di dalam kuali, cairkan Anchor Unsalted Butter. Masukkan serbuk telur masin, cili padi, daun kari dan gula lalu kacau rata.
Masukkan ketam yang telah digoreng lalu kaup-balikkan sebati.
Sesuaikan rasanya dengan menambah sedikit garam (jika perlu).
Selalu ada masalah goreng sotong tapi asyik meletup-letup. Ada juga goreng tapi tepung tidak melekat dekat sotong, jadi lembik dan tidak sedap. Ini tip dan resipi untuk dapatkan sotong yang rangup dan tidak meletop ketika digoreng.
SOTONG GORENG TEPUNG
BAHAN-BAHAN A:
Sotong
Bawang putih
Garam
Lada sulah
Cuka makan
CARA MENYEDIAKANNYA:
Basuh dan tos sotong seketika.
Masukkan sesudu dua cuka. Boleh guna cuka kurma. Cuka untuk keluarkan air dari sotong. Tak perlu banyak. Nanti lari rasa.
Tumbuk halus bawang putih. Kacau dalam tos sotong bersama lada sulah dan sedikit garam. Biar 10 minit.
BAHAN B:
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jangung
Suku cawan tepung beras
1 sudu garam
Sedikit kunyit
Serbuk lada sulah
Serbuk lada hitam
(Kacau semua bahan sekali. Biar kering. Jangan tambah air)
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak yang banyak.
Kacau telur putih dan kuning. Jangan terlalu lama. Boleh buat telur ringan dan tepung tak melekat.
Masukkan sotong tadi kedalam telur.
Celup dalam adunan tepung tadi dan goreng. Jangan goreng sotong terlalu lama. Nanti sotong jadi liat.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.