
Sardin adalah makanan dalam tin yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Mudah, enak dan senang dibawa kemana-mana. Biasanya selain dimakan begitu sahaja, sardin juga dimasak sambal, masak lemak cili padi, kari dan bermacam-macam lagi. Tapi pernah anda cuba Kerabu Sardin? Ha…mesti tak pernah kan? Admin pun baru pertama kali jumpa resipi ni. Nampak sedap. Jom cuba!
BAHAN-BAHAN
- Sardin tin | isi dan kuah diasingkan
- Bawang besar | dihiris
- Cili padi | dihiris
- Cili besar | dihiris
- Tomato | dihiris
- Asam keping
- Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT:
- Carik kasar isi ikan sardin dan gaulkan dengan semua bahan diatas.
- Tambah sedikit kuah sardin. Gaul rata.
- Kalau nak masak dulu sardin tu pun ok. Ikut citarasa. ( empunya resipi masak dulu sardin sekejap).
- Sedia untuk dinikmati.
*Jika suka, boleh tambah hirisan ulam raja, bunga kantan, daun selom atau ulam-ulam yang lain.
Info RASA:
Asam keping boleh digantikan dengan perahan jus limau lipis. Jumlahnya ikut tahap kemasaman yang anda suka.
Kredit resipi & gambar: Hunny Wanny
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Gaul-Gaul Je Dah Siap. Kerabu Bayam Brazil Ni Memang Sangat Sedap

Pasti ramai yang tanam Bayam Brazil. Salah satu menu yang boleh dibuat ialah Kerabu Bayam Brazil. Jangan takt ahu, rasanya memang sangat sedap ya. Tidak perlu lauk pauk yang susah. Ada satu menu ni sahaja sudah boleh membuka selera. Cukup rasa pedas, masam dan masinnya. Anda nak cuba buat Kerabu Bayam Brazil ni? Saudari Nabila Humaira ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
CARA MEMBUAT KERABU BAYAM BRAZIL YANG SEDAP

BAHAN-BAHAN:
- Bayam brazil
- Mangga muda – sagat halus
- Cili padi – hiris (beli online disini)
- Bawang merah – hiris (beli online disini)
- Gula secukup rasa (beli online disini)
- Jus limau nipis secukupnya
- Asam boi – dihiris atau disagat (beli online disini)
- Kerisik secukupnya (beli online disini)
- Ikan bilis goreng secukupnya (beli online disini)
- Hirisan bunga kantan
(kuantiti bahan mengikut cita rasa masing-masing)
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan Bayam Brazil dan toskan airnya.

2. Dalam bekas berasingan, sediakan semua bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan kerabu. Untuk asam boi, jangan ambil bijinya. Sagat isinya sahaja.

3. Masukkan bayam brazil ke dalam bekas diikuti hirisan mangga muda, cili padi, bawang merah, bunga kantan, jus limau nipis, gula dan asam boi.
4. Tambahkan juga kerisik. Gaul rata dan rasa masam, masin dan manisnya supaya seimbang.
5. Akhir sekali, tabur ikan bilis goreng. Lebih banyak diletak, lebih sedap rasa kerabu.
6. Siap. Kerabu Bayam Brazil sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Nabila Humaira
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Empat Resipi Pes Homemade Boleh Mudahkan Kerja Memasak Di Musim PKP
Cara Masak Makaroni Bakar Guna Resipi Paling Mudah. Ada Keju Memang Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Kerabu Sotong Suhun Versi Ringkas Tapi Kaw. Orang Diet Sesuai Cuba.

Kalau rasa nak makan kerabu sotong ala Thailand, tak perlu dah beli di kedai kerana anda sendiri mampu hasilkannya sendiri di rumah. Cukup masam, masin dan pedasnya. Makan tanpa nasi pun boleh sebab ada suhun di dalamnya.
KERABU SOTONG SUHUN
BAHAN-BAHAN:
- Sotong | dihiris nipis dan dicelur seketika
- Bawang merah | dimayang halus
- Cuka secukupnya
- Limau nipis secukupnya
- Cili padi | dihiris
- Serai | dihiris nipis
- Daun ketumbar | dihiris
- Garam dan gula secukup rasa
- Kicap sotong secukupnya
CARA MEMASAK
- Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.
- Tambahkan bahan perasa seperti kicap sotong, garam dan gula secukupnya.
- Siap dan sedia untuk dinikmati.
Nota: Jumlah bahan-bahan bergantung kepada jumlah sotong yang digunakan. Padankan mengikut citarasa anda.
Kredit resipi & foto: Emma Suzaima
10 Sajian Mudah Yang Boleh Anda Masak Guna Rice Cooker Di Saat Gas Masak Habis!

Periuk nasi elektrik memang memudahkan kerja-kerja memasak. Tak perlu menunggu api bagi mengelakkan nasi hangit. Hanya letak di dalam bekas elektrik, tekan suis dan tunggu sahaja nasi masak. Mudah dan nasi pasti masak sempurna.
Namun, jangan tak tahu, periuk nasi elektrik ni bukan itu sahaja fungsinya. Jika keadaan darurat, macam-macam boleh masak menggunakan periuk ni. Biasanya bagi pelajar-pelajar universiti, memang biasa sangatlah masak menggunakan periuk nasi ni. Kadang-kadang pelbagai menu yang kita fikir agak susah nak masak, boleh dihasilkan. Ada sahaja idea kreatif yang terhasil. Maklumlah, nak jimat duit belanja.
Bagi geng mak-mak, idea masak menggunakan rice cooker ni pun anda boleh cuba. Mana tahu, tiba-tiba gas memasak habis, nak keluar beli pun susah. Nak beli lauk pauk yang dah siap pun tidak sedap. Jadi, periuk nasi elektrik ni adalah penyelamat anda.
Masa memasak mungkin agak lambat berbanding penggunaan dapur biasa namun ia adalah cara yang boleh dicuba bagi anda yang tidak mempunyai dapur induksi yang boleh digunakan dikala kecemasan sebegini. Antara menu-menu mudah yang boleh anda cuba ialah:
1. BIHUN CELUP SIAM

BAHAN -BAHAN:
- 1 bungkus bihun| dicelur
- Sedikit sawi | dicelur
- Sedikit kubis | dihiris halus
- Sedikit tauge
- Sedikit daun sup | dihiris
- Limau nipis
- Sedikit kacang tanah | digoreng tanpa minyak, dibuang kulit dan ditumbuk kasar
- Bawang goreng secukupnya
- Sambal kicap secukupnya
- Emping cili | jika suka
BAHAN SUP:
- 1 kg ayam | direbus dengan 2 liter air hingga empuk. Air rebusan disimpan.
- 1 1/2 biji bawang besar | dikisar
- 5 ulas bawang putih | dikisar
- 2 inci halia | dikisar
- 1 batang serai | dititik
- 1 bungkus sup bunjut
- 1/2 cawan sos ikan
- 1/2 cawan kicap manis
- Gula dan garam secukup rasa
- Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan sup, panaskan periuk nasi. Kemudian masukkan minyak dan tumis bahan dikisar serta serai hingga naik bau.
- Kemudian masukkan sup bunjut dan air rebusan ayam. Biarkan mendidih.
- Tambahkan sos ikan, kicap, gula serta garam secukup rasa. Jika kuah kelihatan sedikit, tambah sedikit lagi air. Biarkan sehingga mendidih.
- Untuk menyediakan bihun celup, masukkan bihun, sawi, kubis, tauge, daun sup, kacang tumbuk, bawang goreng serta isi ayam yang telah dicarikkan ke dalam mangkuk.
- Kemudian tuangkan kuah dengan secukupnya.
- Taburkan emping cili, sambal kicap serta limau nipis. Sedia untuk dinikmati.
2. SPAGETI SEAFOOD

BAHAN-BAHAN:
- 200gm spageti | dicelur
- 150gm campuran makanan laut
- 6 batang asparagus | dicelur & direndam dalam air berais
- 4 ulas bawang putih | diketuk
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh emping cili
- 1/2 sudu teh oregano
- 2 sudu makan mentega
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Letakkan periuk nasi dan tekan on. Masukkan mentega dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
- Masukkan campuran makanan laut dan goreng lagi hingga masak. Tutuip periuk jika perlu.
- Tambahkan spageti. Gaul rata.
- Kemudian masukkan serbuk lada hitam, emping cili, oregano dan perasakan dengan garam secukupnya.
- Masukkan asparagus. Gaul rata. Tutup periuk dan biar hingga asparagus masak.
- Sedia untuk dinikmati.
3. UDANG GORENG BERSAMA TELUR DAN DAUN BAWANG

Bahan Perapan Udang:
- 300gm udang saiz sederhana ] buang kulit dan cuci bersih
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh minyak bijan
- 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
Hirisan:
- 4 ulas bawang putih ] cincang
- 1 biji bawang besar ] cincang
- 3cm halia muda ] hiris halus memanjang
Lain-Lain:
- 4 biji telur
- 1/2 sudu teh serbuk lada putih
- 50gm daun bawang ] potong 3cm
- 1 sudu makan susu segar
- Garam secukup rasa
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Bersihkan udang dan toskan, kemudian gaulkannya dengan garam, minyak bijan dan serbuk lada sulah. Perapkan 5-10 minit dan ketepikan.
- Pecahkan telur dalam mangkuk dan campurkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan sedikit garam. Kacau rata sehingga sebati.
- Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Biarkan panas dan tumiskan bahan hirisan hingga wangi.
- Kemudian masukkan udang, kacau rata hingga udang kemerahan (lebih kurang 5-8 minit). Angkat dan ketepikan.
- Seterusnya panaskan sedikit lagi minyak dalam periuk, masukkan telur dan kacau rata, lebih kurang dua minit.
- Masukkan daun bawang dan udang yang telah digoreng tadi.
- Kacau rata dan tutup periuk. Biar udang masak bersama daun bawang tadi. Kacau sekali sekala.
- Setelah udang kelihatan masak dan daun bawang layu, angkat dan dihidangkan panas-panas.
4. TELUR DADAR KENTANG

BAHAN-BAHAN:
- 8 biji telur
- 2 ketul ubi kentang
- 2 biji bawang merah
- 50gm tepung gandum
- ½ sudu teh lada hitam
- 1 sudu teh cincangan daun ketumbar
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu makan susu segar
- 2 sudu makan mentega
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Panaskan periuk nasi, masukkan sedikit minyak.
- Masukkan kentang yang telah dipotong kecil. Masak hingga lembut. Ketepikan.
- Di dalam mangkuk, pukul telur dan masukkan garam, susu, lada hitam,tepung gandum dan daun ketumbar, pukul hingga rata bahan-bahan tadi. Setelah itu masukkan kentang yang telah disejukkan. Kacau perlahan-lahan sehingga rata.
- Panaskan kembali periuk, letak mentega dan minyak sedikit.
- Masukkan telur tadi, kacau dengan perlahan-lahan. Tutup periuk dan biarkan sehingga masak.
5. SAMBAL TELUR HANCUR

BAHAN-BAHAN:
- 4 biji telur
- 5 biji bawang merah | kisar tanpa air
- 2 ulas bawang putih |kisar tanpa air
- 5 sudu makan cili kisar
- Minyak untuk menumis
- Garam dan gula secukup rasa
- Sedikit asam jawa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan yang dikisar sehingga wangi dan garing.
- Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau perlahan.
- Setelah kuah mendidih dan sedikit kering airnya, masukkan telur satu persatu.
- Jangan kacau dahulu, biarkan telur sedikit keras barulah digaulkan keseluruhan.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Bawang perlu dikisar tanpa air bagi mempercepatkan ia garing.
6. MAKARONI GORENG KEJU

BAHAN-BAHAN:
- 500gm makaroni
- 2 tin sos Cheese & Herbs prego
- 2-3 ulas bawang putih | diketuk/dihiris
- 1 biji lada benggala ( merah & hijau)
- 1 tin cendawan butang | hiris
- 1 paket sosej ayam | hiris
- 2 kiub pati ayam
- Garam secukup rasa
- Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang putih hingga kekuningan. Kemudian masukkan kiub pati ayam. Kacau hingga hancur.
- Masukkan sosej dan cendawan butang. Goreng seketika.
- Tambah sedikit minyak jika berkurangan.
- Masukkan sos cheese & herbs. Kacau sebati.
- Masukkan makaroni yang telah direbus.
- Jika kering sangat, masukkan 1/4 cawan air masak. Kacau sebati. Tabur sedikit garam jika perlu.
- Seterusnya masukkan lada benggala.
- Untuk lebih rasa berkeju, boleh tambahkan sekeping keju cheddar. Kalau tak masukkan pun tidak mengapa. Tutup periuk seketika supaya keju cair.
- Sedia untuk dinikmati.
Nota: Jika nak buat separuh paket makaroni, boleh kurangkan separuh untuk semua bahan kecuali cendawan butang. Untuk rasa lebih sedap, boleh tambah isi ayam yang dipotong kecil.
7. KERABU SOTONG SIAM KAP KUN KAP

BAHAN-BAHAN:
- 300gm sotong | potong kecil
- 1 biji tomato | cincang nipis
- 2 biji cili merah |mayang halus
- 4 biji cili padi | mayang halus
- 1 labu bawang besar | mayang halus
- 1 batang serai | mayang halus
- 1 sudu makan cincangan daun ketumbar
- 1 sudu makan air perahan limau nipis
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Dididhkan air di dalam periuk nasi kemudian celur sotong hingga masak. Toskan airnya.
- Satukan semua bahan di dalam mangkuk.
- Gaul sebati kesemuanya.
- Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
8. SINGGANG AYAM

BAHAN-BAHAN:
- 1/4 ekor ayam (potong kecil, dibersihkan dengan jus limau, bilas dan ditoskan)
- 5 ulas bawang putih – diketuk
- 2 batang serai – dititik
- 1/4 bawang besar- dihiris
- 1/4 batang lobak merah- dipotong kecil
- 4 helai daun limau purut ( tak letak pun takpe)
- 2 inci halia – diketuk
- 2 keping asam keping
- 1/2 biji tomato- dipotong
- 5 biji cili api – diketuk @ dipotong.
- Air secukupnya
- Garam
CARA MEMASAK:
- Masukkan air, bawang putih, halia, ayam, daun limau purut, serai dan asam keping ke dalam periuk. Tutup periuk dan biarkan hingga mendidih dan ayam empuk.
- Masukkan tomato, cili api, lobak merah dan garam. Biarkan didih seketika.
- Siap dihidangkan dengan nasi panas, sambal belacan, sayur @ ulam dan telur dadar.
9. SAMBAL UDANG GORENG KACANG BOTOL

BAHAN-BAHAN:
- 200gm udang
- 5 batang kacang botol |hiris tebal
- 1/2 biji perahan jus limau nipis
- Minyak masak secukupnya
- Gula dan garam secukupnya
BAHAN KISAR:
- 5 tangkai cili kering
- 4 biji bawang merah
- ½ sudu teh belacan
- 1 sudu makan udang kering |rendam dan tos dahulu
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
- Masukkan udang dan masak ia seketika dan masukkan kacang botol. Gaul rata. Tutup periuk seketika.
- Perasakan dengan jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa.
- Sedia dinikmati.
10. ASPARAGUS BERSOS TIRAM

BAHAN-BAHAN:
- 600gm asparagus |potong
- 1 biji bawang besar |hiris
- 3 ulas bawang putih |hiris
- 10 biji cili api | hiris
- 50gm udang kering
- 5 sudu makan sos tiram
- Garam secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan bawang besar dan bawang putih serta cili api. Biarkan kekuningan.
- Masukkan udang kering. sos tiram dan garam secukup rasa. Kacau rata.
- Masukkan asparagus. Tumiskan hingga asparagus lembut. Angkat dan sedia dinikmati.
SELAMAT MENCUBA!

