
Nasi ayam semestinya menjadi kegemaran ramai. Keenakan hidangan ini terletak pada nasinya yang berperisa. Salah satu rahsia kalau nak hasilkan nasi ayam yang sedap adalah pes yang digunakan. Biasanya ada yang hanya menggunakan air rebusan ayam, kiub pati ayam dan sebagainya namun kali ini, admin kongsikan resipi pes nasi ayam yang dijamin sedap. Rugi kalau tak cuba.
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji bawang merah
- Halia ( anggaran panjang sejengkal)
- 15 ulas bawang putih
- 7 batang serai
- 5 sudu makan garam
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kisar bahan-bahan diatas ( kecuali minyak) hingga halus.
2. Kemudian panaskan minyak masak. Masak bahan kisar tadi dan pastikan minyak masak menenggelamkan bahan-bahan tersebut.
3. Setelah terbit minyak, masukkan garam. Pes ini perlu masin kerana bila dicampur ke dalam nasi, anda sudah tidak perlu menambah garam.
4. Teruskan memasak pes tadi sehingga menggelegak dan airnya telah kering. Cara mengenal pes telah kering air ialah ia sudah tidak merecik dan minyak keluar dengan banyak.
5. Padamkan api dan sejukkan pes. Setelah sejuk, barulah dimasukkan ke dalam balang atau bekas yang bersih.
6. Simpan didalam peti sejuk dan boleh diguna pada bila-bila masa.
Untuk memasak nasi ayam menggunakan pes ini. Berikut adalah cara-caranya:
Langkah 1:
Basuh bersih 3 pot beras dan masukkan dua sudu makan pes nasi ayam segera ini. Jika pes anda kurang berminyak, masukkan satu sudu makan marjerin.
Langkah 2:
Kemudian masukkan air mengikut kesesuaian beras yang akan ditanak. Gaulkan pes itu supaya sebati dengan beras. Masukkan juga potongan daun pandan yang dikerat dua inchi.
Langkah 3:
Semasa air nasi hampir kering, anda kena kacau lagi sekali nasi itu agar kurang berketul dan rasa pes akan lebih sekata.
Langkah 4:
Apabila nasi yang ditanak telah masak, boleh padamkan suis periuk. Kita anda nak makan sedikit lewat, elakkan periuk berada dalam keadaan ‘keep warm’ kerana ia akan membuatkan bahagian bawah nasi menjadi sedikit hangus dan berwarna coklat. Kurang menarik nanti.
Nota: Minyak lebihan memasak pes tadi jangan dibuang. Ia boleh menjadikan masakan lebih enak dan berperisa jika digunakan untuk memasak masakan lain.
Kredit gambar & resipi: Paan Selamat
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Masak Bubur Ayam Sedap Yang Mudah & Paling Jimat.

Sesekali makan Bubur Ayam yang dimasak homemade memang sedap. Maklumlah bila buat sendiri, anda boleh letak aneka bahan sampingan yang disukai. Nak masak pun tidak renyah mana malah kosnya juga jauh lebih murah berbanding yang dibeli. Salah satu resipi Bubur Ayam yang paling mudah adalah yang dikongsi oleh saudari Ana Mariana Ismail ni. Ringkas je tapi hasilnya nampak sedap. Nanti bolehlah cuba.
RESIPI BUBUR AYAM SEDAP
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan beras – masak dulu supaya bubur lagi cepat masak
- 1 batang lobak merah – potong dadu
- 2 keping dada ayam – rebus dan carik
- Kiub pati ayam
- Bawang putih – cincang halus
- Lada sulah, lada hitam dan garam secukup rasa
- 1 inci halia – ketuk
CARA MEMASAK:
1. Mula-mula rebus beras atau nasi dengan halia dan kiub ayam sampai jadi bubur. Kalau air kering tambah lagi hingga jadi bubur.
2. Kemudian masukkan lobak merah dan isi ayam. Isi ayam ni boleh juga disimpan sikit untuk ditaburkan atas bubur masa nak makan nanti.
3. Seterusnya masukkan lada sulah, lada hitam (nk guna lada hitam tumbuk pun blh) dan garam secukup rasa.
4. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan goreng bawang putih cincang untuk dijadikan minyak bawang putih. Goreng sampai garing dan keperangan.
5. Tuang minyak bawang putih ke dalam periuk bubur. Kacau sebati dan siap untuk dinikmati.
6. Semasa menghidang, boleh tabur bawang goreng, daun bawanag, isi ayam, minyak bawang putih dan lada hitam bagi menyedapkan lagi rasa.
Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Ana Mariana Ismail
Tengah cari PERIUK NASI ELEKTRIK baru? Pilih je DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik.
Anda juga boleh cuba resipi di bawah ni:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Ini Resipi Rahsia Bubur Lambuk Terengganu Terlajak Sedap!

Bubur lambuk ada pelbagai resipi dan versi. Setiap negeri ada rasa yang berbeza. Pada penggemarnya, pasti tidak akan melepaskan peluang untuk merasai keenakan bubur lambuk Terengganu.
Rasanya berlemak seperti kuah laksam. Lagi banyak sayur, lebih sedap. Ia juga antara salah satu juadah wajib ketika bulan Ramadan. Ikuti perkongsian resipi bubur lambuk Terengganu terlajak sedap oleh Puan Zie Aisyah Humaira. BAHAN-BAHAN:
6 ekor ikan selayang (dicuci bersih)
1 cawan kecil santan (optional) – Boleh beli online di sini
2 inci halia (diketuk)
1 ½ cawan kecil beras – Boleh beli online di sini
3 sudu besar kerisik – Boleh beli online di sini
Garam, gula, dan perasa secukupnya
Air secukupnya mengikut kadar cair atau pekat bubur yang disukai
BAHAN KISAR:
3 biji bawang besar
5 biji bawang merah – Boleh beli online di sini
3 ulas bawang putih
3 sudu besar lada hitam – Boleh beli online di sini
BAHAN DAUN:
Pucuk paku
Pucuk ubi kayu
Daun kaduk
Daun kesum – Boleh beli online di sini
Pucuk manis
CARA MEMASAK:
- Mulakan dengan memasak beras hingga menjadi bubur.
2. Rebus ikan bersama asam keping dan sedikit garam hingga masak dan ambil isi ikan sahaja. Kemudian, kisar hingga hancur.
3. Beras dah lembut seperti bubur, boleh lah masukkan semua bahan kisar dan halia yang diketuk.
4. Tambahkan pula ikan yang dikisar halus. Kacau rata.
5. Selepas itu, masukkan semua bahan berbaki satu persatu sambil kacau hingga sebati.
6. Masak hingga mendidih. Kemudian, boleh lah rasa. Jika cukup lemaknya, masinnya, sayur pun dah layu, maknanya bubur lambuk dah siap untuk dihidangkan.
7. Dah siap! Bubur lambuk Terengganu sedia untuk dinikmati.
Kredit: Aisyah Humaira
IG: @ilmupercuma
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Resipi Air Asam Kunyit Guna Bahan Basic. Banyak Khasiat & Senang Buat
Rasa Ketagih Makan, Red Velvet Cheese Brownies Ini Memang Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa Youtube @Majalah Rasa Official
7 Sajian Nasi Boleh Dihidang Bila Masa Pun. Hujung Minggu Nanti Bolehlah Cuba.

Asyik makan nasi putih aje, sekali sekali jom makan sajian nasi istimewa ini. Olahan nasi dari Timur Tengah dan nasi warisan tempatan dengan segala rempah ratus memang terbaiklah.
Jom teliti aneka resipi dari Food Institute of Malaysia , hasil idea Rohayu Farhana Awang Kechik, Idanadira Isa dan Siti Khalilah Samsudin.

.
NASI BUKHARY UDANG MASALA
.
BAHAN-BAHAN:
Bahan Nasi Bukhary :
- 400gm beras basmathi | rendam 30 minit hingga sejam dan toskan
- 1/2biji bawang Holland | dikisar
- 6 ulas bawang putih | dikisar
- 4 sudu makan minyak sapi
- 1helai daun salam
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 batang bunga cengkih
- 1.5sm kulit kayu manis
- 3 biji buah pelaga
- 2 biji tomato | direbus dan dicincang
- 2 sudu makan pes tomato
- 2 sudu makan rempah Bukhari | siap dijual dalam paket
- 4 batang cili hijau | dihiris
- ½ barang lobak merah | dihiris halus
- 450ml air rebusan ayam
- 20gm bawang goreng
- 10gm daun ketumbar | dihiris sebagai hiasan
- 2 sudu makan air mawar
- Garam dan gula secukup rasa
Bahan Udang Masala :
- 500gm udang saiz XXL | dibersihkan
- 3 sudu makan minyak masak
- 1 sudu besar makan minyak sapi @ghee
- 1 kuntum bunga lawang
- 2 batang bunga cengkih
- 1sm kulit kayu manis
- 2 biji pelaga
- ½ biji bawang Holland | dikisar
- 5 ulas bawang putih | dikisar
- 1/2sm halia | dikisar
- 1 tangkai daun kari
- 2 sudu makan garam masala
- 2 sudu makan rempah beriani
- 1 sudu makan serbuk cili
- 2 sudu makan pes tomato
- 2 biji tomato | dicincang
- 100ml santan
- 10gm daun ketumbar
- 5biji tomato ceri
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
Cara masak Nasi Bukhary:
- Rendamkan beras basmathi selama 1 jam.
- Panaskan minyak sapi di dalam kuali, masukkan 4 sekawan bersama daun salam.
- Kemudian tumiskan bahan kisar , rempah bukhari, pes tomato dan tomato yang dicincang sehingga wangi.
- Kacau sebentar dan masukkan hirisan lobak merah. Kemudian masukkan stok ayam, garam dan gula biarkan ia mendidih.
- Toskan beras basmathi yang telah direndam. Kemudian masukkan beras, bawang goreng, daun ketumbar, dan air mawar. Biarkan nasi masak dengan api yang sederhana.
- Apabila nasi telah masak hias dengan bawang goreng dan juga daun ketumbar.
Cara masak udang masala :
- Panaskan minyak masak, tumiskan bahan kisar bersama daun kari dan rempah 4 sekawan. Tumis sehingga wangi.
- Masukkan garam masala, serbuk cili dan rempah beriani, tumis sehingga rempah masak.
- Kemudian masukkan tomato paste dan tomato yang telah dicincang dan udang yang telah dibersihkan.
- Masukkan juga air sikit demi sedikit untuk cairkan kuahnya. Kemudian masukkan santan dan kacau rata. Biarkan selama 10 minit.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Udang masala siap dihidang bersama daun ketumbar dan tomato ceri. Sedap dimakan bersama Nasi Bukhary
Saiz hidangan : 4-5 orang
Masa Memasak : 1 jam
Cara Memasak : Tumis dan tanak
Jenis Masakan : Sajian Nasi dipercayai berasal dari Bukhara, Uzbekistan.
Keistimewaan : Rasa berempah dan berlemak dari rempah bukhary dan minyak sapi.
Anggaran Kos : RM 18
INFO CHEF: Nasi bukhary cukup lazat dihidangkan bersama udang masala. Selain itu ia juga boleh dihidangkan bersama lauk pauk daging dan ayam.
NASI MINYAK BADAM
.
BAHAN-BAHAN:
- 400gm beras basmathi | rendam 30 minit hingga sejam, toskan.
- 2 helai daun pandan
- 2 sudu makan minyak sapi
- 3 biji bunga cengkih
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 biji pelaga
- 1.5 sm kulit kayu manis
- 50gm badam | disangai dan dikisar
- 30gm kepingan badam | disangai
- 1 biji bawang merah | dihiris
- 3 ulas bawang putih | dihiris
- 4 sm halia | dihiris
- 450ml air
- 50ml susu sejat
- Garam secukup rasa
- 20gm kismis
- 10gm daun bawang
- 10gm daun sup
CARA MEMASAK :
- Rendam beras basmathi selama 1 jam, kemudian toskan air.
- Panaskan minyak sapi. Masukkan rempah empat sekawan serta daun pandan.
- Kemudian tumis bahan yang telah dihiris. Tumis sehingga bau wangi dan sedikit garing.
- Biarkan seketika dan masukkan kacang badam yang telah di kisar dan diikuti dgn air serta susu sejat. Masukkan garam secukup rasa dan gaul sebati.
- Masukkan beras yang telah ditoskan.
- Tutup periuk dan biarkan nasi masak selama 35minit dengan api sederhana.
- Sebelum dihidang taburkan bawang goreng, daun sup dan kepingan badam kemudian kacau rata dan tutup semula. Biarkan selama 5minit.
- Nasi sedia dihidang.
Saiz hidangan : 4- 5 oang
Masa Memasak :1 jam
Cara Memasak : Tumis dan tanak
Jenis Masakan : Nasi
Keistimewaan : Nasi minyak sedap dengan badam, baik untuk tumbesaran otak anak-anak.
Anggaran Kos : RM 15
INFO CHEF : Sangaikan badam hingga wangi dan kekuningan kerana akan menambahkan aroma kepada nasi.
NASI PANDAN BERSAMA AYAM MASAK MERAH
.
BAHAN-BAHAN
Bahan nasi pandan :
- 400gm beras basmathi | rendam 30minit hingga sejam dan toskan
- 50ml air pandan | sedikit air dan daun pandan, kisar dan perah jus
- 1biji bawang merah | dihiris
- 6 ulas bawang putih | dihiris
- ¼ inci halia | dihiris
- 4 sudu makan marjerin
- 400ml air
- 50ml susu sejat
- 2helai daun pandan
- 3 biji bunga cengkih
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 biji pelaga
- 1.5sm kulit kayu manis
- Garam dan gula secukup rasa
Bahan ayam masak merah :
- 500gm ayam | dibersihkan dan dipotong lapan
*Diperap dengan satu sudu makan serbuk kunyit dan garam secukup rasa, digoreng
Bahan tumis masak merah :
- 2 biji bawang besar | dikisar
- 5ulas bawang merah | dikisar
- 1batang serai | diketuk
- 3sudu makan pes cili kering
- 1helai daun pandan
- 2sudu makan sos cili
- 2 sudu makan sos tomato
- 2 biji bunga cengkih
- 1 kuntum bunga lawang
- 2 biji pelaga
- 1 sm kulit kayu manis
- Daun bawang secukupnya | dihiris untuk hiasan
- Bawang goreng secukupnya | untuk hiasan dan kelazatan
- Kacang pis secukupnya | untuk hiasan
CARA MEMASAK :
Cara masak Nasi Pandan :
- Basuh bersih beras dan toskan air.
- Panaskan minyak sapi. Masukkan rempah empat sekawan (bunga lawang, cengkih, pelaga dan kulit kayu manis) serta daun pandan.
- Kemudian tumis bahan yang telah dihiris. Tumis sehingga bau wangi dan sedikit garing.
- Masukkan beras yang telah ditoskan. Kemudian masukkan air pandan. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Tutup periuk dan biarkan nasi masak selama 45minit dengan api sederhana.
- Nasi sedia dihidang.
Cara masak Ayam Masak Merah :
- Untuk ayam goreng. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggalkan sedikt untuk menumis.
- Masukkan rempah empat sekawan, serai yang telah diketuk dan daun pandan.
- Kemudian masukkan bahan kisar dan pes cili dan tumis sehingga cili masak dan pecah minyak.
- Masukkan cili sos dan tomato sos kemudian perisakan dengan garam dan gula. Kacau rata. Jika kuah terlalu pekat, letakkan sedikit air dan biar ia mendidih.
- Setelah cukup rasa, masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul rata.
- Hidangkan bersama kacang peas, bawang yang dipotong bulat, daun bawang serta bawang goreng
Saiz hidangan : 4- 5 orang
Masa Memasak : 1 jam
Cara Memasak : Tumis dan tanak
Jenis Masakan : Sajian Nasi
Keistimewaan : Warna hijau dengan aroma dan rasa bau pandan yang enak
Anggaran Kos : RM12.
Info Chef : Daun pandan perlu dicuci bersih-bersih sebelum dicampur sedikit air. Anda boleh juga merebusnya sebelum dikisar untuk mengeluarkan jus.
NASI BERINGIN SERAI
.
BAHAN-BAHAN:
- 400gm beras basmathi sekurangnya sejam
- 1 ulas bawang merah | dikisar halush
- 7 ulas bawang putih | dikisar halus
- 1.5 sm inci halia | dihiris halus
- 6 batang serai | dihiris halus dan dikisar halus
- 50gm rempah empat sekawan | campuran bunga lawang, pelaga, kayu manis dan cengkih
- ½ sudu teh halba
- 1 tangkai daun kari
- 2 sudu makan majerin
- 350ml air
- 150ml santan
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
- Panaskan marjerin dan sedikit minyak masak di dalam periuk
- Tumiskan bahan yang telah dikisar halus, serai yang telah dihiris
- Kemudian masukkan serai yang telas dihiris halus bersama sama rempah empat sekawan dan biji halba, tumis sehingga wangi
- Masukkan beras ke dalam periuk, gaul rata kemudian masukkan air dan santan.
- Perasakan nasi dengan sedikit gula dan garam secukup rasa
- Masak selama 20 minit dengan api sederhana. Tudung rapat apabila air hampir kering, dan gaulkan nasi. Kecilkan api.
- Hidangkan dengan rendang
Saiz hidangan: 5-6 orang
Masa Memasak: 45 min
Cara Memasak: Tumis dan reneh
Jenis Masakan: Makanan utama
Keistimewaan: Aroma wangi daripada serai ini sangat menyelerakan
Anggaran Kos: RM12
INFO CHEF: Aroma serai akan lebih naik jika separuh dikisar dan separuh dihiris halus.
NASI DAGING YEMEN DENGAN TELUR REBUS
.
BAHAN-BAHAN:
- 400gm beras basmathi | direndam selamas 30minit dan toskan
- 1000ml air dan rempah empat sekawan | untuk merebus beras dengan sedikit garam
- 6 sudu makan mentega atau minyak zaitun
- 1 ulas bawang Holland | dikisar halus
- 7 ulas bawang putih | dikisar halus
- 1sm halia | dikisar halus
- 1 sudu makan garam masala
- 1 sudu makan jintan manis | ditumbuk halus
- 1 sudu makan jintan putih | ditumbuk halus
- 1 sudu teh serbuk buah pala
- 50gm daging batang pinang | dipotong dadu
- 2 helai daun salam
- 1 sudu teh biji lada hitam
- 2 sudu teh pelaga
- 350ml yogurt
- 50ml air saffron
- 20gm kismis kuning
- 20gm daun ketumbar | dihiris
- 3 biji cili hijau besar | dihiris serong
- 4 biji telur rebus
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
Menyediakan beras :
- Bersihkan beras dan tos
- Masukkan air didalam pot bersama rempah empat sekawan dan juga air saffron sehingga mendidih panas
- Masukkan beras ke dalam periuk, biarkan rebus selama 3 minit
- Setelah tiga minit, toskan beras.
Bahan tumisan dan rempah:
1. Sementara menunggu beras direbus, panaskan minyak di dalam periuk,
2. Tumiskan yang telah dikisar halus sehingga sedikit garing
3. Kemudian masukkan semua rempah dan tumis sehingga wangi
4. Masukkan daging batang pinang dipotong dadu, kacau rata dan masukkan yogurt
perasakan dengan garam dan gula secukup rasa .Masukkan sedikit air utk mereneh
daging.
7. Tutup periuk masak selama 20 minit sehingga masak dengan api perlahan, kemudian letakkan telur rebus pada 5 minit terakhir.
Saiz hidangan: 6 orang
Masa Memasak: 45 min
Cara Memasak: Tumis dan reneh
Jenis Masakan: Nasi dari Timur Tengah Yemen
Keistimewaan: Nasi ini sedap juga dimakan begitu sahaja dengan telur rebus
Anggaran Kos: RM18
INFO CHEF: Kurangkan kekerapan mengaul nasi bagi mengelakkan nasi hancur atau patah
NASI TURKI KAMBING
.
BAHAN-BAHAN:
- 400gm beras basmathi | direndam sekurang-kurangnya 30 minit dan toskan
- 2 helai daun salam
- 3 biji bunga cengkih
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 biji pelaga
- 1.5sm kulit kayu manis
- 1000ml air
- 4 sudu makan mentega atau minyak zaitun
- 1 ulas bawang Holland | dikisar halus
- 7 ulas bawang putih | dikisar halus
- 1.2 sm halia | dikisar halus
- 2 sudu makan serbuk jintan putih
- 1 sudu teh biji lada putih
- 20 biji tomato ceri
- ½ batang lobak merah | dipotong dadu
- 1 biji kentang | dipotong dadu
- 3 sudu makan yogurt
- 300gm daging kambing | dipotong kiub
- 2 sudu makan kismis
- 2 sudu makan kacang pis
- Daun Ketumbar secukupnya | dihiris
- Bawang goreng secukupnya | untuk ditabur
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK :
Menyediakan beras :
1.Bersihkan beras dan tos
2.Masukkan air di dalam pot bersama sama 4 sekawan, sehingga mendidih panas
3. Masukkan beras ke dalam periuk, biar kan rebus selama 3 minit
4.Setelah 3 minit, toskan beras.
Bahan tumisan dan rempah:
1. Nyalakan api sederhana, letakkan minyak sapi di dalam periuk
2. Kemudian,tumiskan halia, bawang holland ,bawang putih yang telah dikisar halus sehingga garing
3. Masukkan serbuk jintan putih,biji lada putih, tumis sehingga wangi
4. Selepas itu masukkan daging kambing, lobak dan kentang dipotong dadu, kacau rata dan masukkan yogurt, biarkan kambing mereneh seketika hingga empuk
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
5. Masukkan beras yang telah direbus ke dalam periuk, ratakan beras didalam periuk.
7. Tutup periuk reneh selama 30 minit biarkan di atas api perlahan sehingga masak
8. Akhir sekali, taburkan kismis, kacang pis, daun ketumbar dan bawang goreng, tutup semula dan biarkan masak selama 5 minit
Saiz hidangan: 6 orang
Masa Memasak: 1 jam
Cara Memasak: Tumis dan reneh, tanak
Jenis Masakan: Sajian Nasi dari Turki
Keistimewaan: Nasi ini kaya dengan sayur-sayuran.
Anggaran Kos: RM35
INFO CHEF: Perapkan daging bersama garam dan serbuk bawang putih.
NASI BERIANI BERSAMA AYAM BAKAR YOGURT
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan Nasi Beriani:
- 400gm beras basmathi
Bahan untuk merebus beras :
- 2 helai daun salam
- 3-4 biji pelaga
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 batang bunga cengkih
- 1000ml air
- 3 sudu makan minyak sapi @ ghee
- 2 sudu makan minyak masak
- 2 tangkai daun kari
- 1 helai daun pandan
- 1 biji bawang besar | dihiris halus
- 4-5 ulas bawang putih | dihiris halus
- 1 sm halia | dihiris halus
- 1 biji tomato | dicincang halus
- 3 sudu makan rempah beriani
- 3 sudu makan yogurt
- 100ml air rebusan ayam
- Garam dan gula secukup rasa
- 2 biji cili hijau
- 50gm kacang gajus | disangai
- 50gm kismis | digoreng
- 50ml air saffron
- 2 sudu teh air mawar
- Daun ketumbar secukupnya | dihiris
- Daun pudina secukupnya | dihiris
- Bawang goreng secukupnya
Bahan ayam yogurt :
Bahan perapan :
- 500gm ayam | separuh ekor
- 1 ulas bawang merah | dikisar
- 7 ulas bawang putih | ditumbuk halus
- 1 sm halia | ditumbuk halus
- 1 sudu makan garam masala
- ½ sudu makan jintan manis
- 1 sudu makan jintan putih
- 2 sudu makan serbuk cili
- 1 sudu makan serbuk ketumbar
- 5 sudu makan yogurt
- 2 sudu makan perahan lemon
- Garam dan gula secukup rasa
- Daun ketumbar
Bahan tabur/ hiasan :
- 3 helai daun salad
- 2 tangkai cili hijau
- 1 biji limau nipis
- 1 biji bawang Holland | hiris
- 2 tangkai daun pudina | dihiris
CARA MEMASAK :
Cara masak nasi beriani :
- Didihkan air bersama rempah empat sekawan dan daun salam dan sedikit garam. Rebus beras selama 3-4 minit hingga beras separuh masak.
- Di dalam periuk lain, panaskan minyak sapi dan minyak masak. Tumiskan daun kari dan daun pandan, masukkan bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
- Masukkan rempah beriani dan juga tomato yang dicincang.
- Masukkan air rebusan ayam dan juga yogurt perasakan dengan garam dan gula. Biarkan rempah kering sedikit
- Masukkan beras yang sudah direbus dan ditoskan tadi, ratakan beras.
- Letakkan air saffron, air mawar, cili hijau, daun ketumbar, daun pudina, dan bawang goreng di atas nasi tadi.
- Tutup periuk, perlahankan api biar selama 20-30 minit hingga nasi masak sempurna.
- Akhir sekali setelah nasi masak sempurna baru mula menggaul dan taburkan dengan kacang gajus dan kismis.
Cara masak ayam yogurt :
- Perapkan ayam bersama sama bahan perapan di atas
- Kemudian simpan ayam di dalam peti ais semalaman
- Bakar di dalam oven pada suhu 170 celcius, 20 – 25 minit
- Hidangkan ayam bersama bahan hiasan salad, cili hijau, limau nipis dan daun pudina.
Saiz hidangan: 6 orang
Masa Memasak: 45 min
Cara Memasak: Rebus, tumis dan reneh
Jenis Masakan: Sajian nasi
Keistimewaan: Sedap dihidangkan bersama ayam yogurt
Anggaran Kos: RM25 untuk nasi
Info chef: Jika suka boleh di masukkan ayam atau daging ke dalam rempah biryani
RESIPI : ROHAYU FARHANA AWANG KECHIK, IDANADIRA ISA DAN SITI KHALILAH SAMSUDIN
Terima kasih : FOOD INSTITUTE OF MALAYSIA, 41-51,, Jalan SS 6/12, Ss 6, Petaling Jaya, Selangor. http://www.fim.edu.my/diploma.htm