
Bila makan macam-macam, bak kata orang tak ingat dunia, perut pun boleh meragam. Mula lah rasa tak selesa, sebu dalam badan. Pelbagai petua tradisional boleh diamalkan untuk membuang atau menghilangkan angin dalam badan termasuklah dengan susu tepung!
Menurut perkongsian petua oleh Khairul Hakimin Muhammad, syarat utama minuman ini ialah perlu menggunakan susu tepung.
Susu Buang Angin
Bahan-Bahan
2 sudu besar susu tepung
1 susu besar madu
1/2 inci halia tua
1 cawan air panas
Cara Penyediaan
Kikis kulit halia dan ketuk sedikit. Bukan tumbuk lumat.

Kemudian letakkan air mendidih separuh cawan dahulu dan campakkan halia tadi. Biarkan dalam 1 minit.

Masukkan pula madu.

Setelah itu masukkan pula susu tepung.

Akhir sekali, kacau dan tambah air panas lagi. Minum 1 jam sebelum tidur. Amalkan setiap hari.

Selamat mencuba!
Kredit: Khairul Hakimin Muhammad
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nak Kulit Cantik Gebu Bermaya, Cuba Sembilan Makanan Ini.

Tahukah anda jawapan semulajadi untuk masalah kulit berminyak, jerawat, kulit kusam dan kedutan-kedutan di muka?
Jawapannnya adalah khasiat makanan dari alam semulajadi memang tiada bandingannya.
9 makanan ini boleh didapati di dapur anda sahaja, tidak perlu berhabis wang ringgit untuk mendapatkan kulit yang sihat dan menawan.
1. Tuna

Kaya dengan selenium. Berfungsi melicin dan menegangkan kulit
2. Yogurt
Kaya dengan vitamin A dan protein. Berfungsi mengurangkan kedutan.
3. Kacang Merah
Sumber zink terbaik. Berfungsi mengurangkan minyak berlebihan dan menghapuskan jerawat
4. Buah Delima

Mengandungi polyphenol. Melancarkan pengaliran darah, menjadikan kulit anda lebih gebu dan berseri.
5. Air soya

Menjadikan kulit lebih cerah dengan mengurangkan proses pigmentasi
6. Minyak Ikan
Kaya dengan omega-3. Menjadikan anda awet muda dan melambatkan proses penuaan kulit.
7. Sayur Bayam

Kaya dengan folate. Berfungsi membaiki sel-sel rosak dan kesihatan semulajadi kulit.
8. Tomato

Kaya dengan lycopene. Mengelakkan kerosakan kulit akibat pendedahan kepada matahari.
9. Buah mangga dan betik

Sumber carotenoid. Menjadikan kulit lebih anjal dan cantik.
Sumber : daridapur.com
6 Cara Mudah & Selamat Untuk Halau Kutu Dari Bekas Beras Anda. Memang Berkesan!

Bubuk atau kutu beras memang musuh suri rumah. Ada seekor je dalam bekas beras, dalam masa yang singkat serangga kecil ini akan membiak dengan pantas. Menyakitkan hati betul. Beras yang diserang bubuk akan menjadi kurang enak, lembik dan mudah basi. Nak buang pula terasa rugi lebih-lebih lagi jika beras masih banyak. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, ada petua yang anda boleh cuba. Moga ia bermanfaat dan membantu anda di dapur.
6 CARA MUDAH & BERKESAN UNTUK HALAU KUTU BERAS
- Paling mudah untuk hilangkan kutu beras ialah letakkan beras di atas dulang kemudian jemur di tengah panas. Kutu beras akan keluar dari beras untuk cari tempat lembap.

2. Kedua, masukkan cili kering ke dalam bekas simpanan beras. Cili kering berbau kuat dan juga bersifat panas. Kutu beras tak suka cili kering dan ia dapat menghilangkan dan menghalau kutu beras.

Kredit: Exportersindia.com
3. Kutu beras tidak sukakan bau-bauan jadi boleh halau kutu beras dengan bawang putih. Bawang putih mempunyai bau yang sangat kuat. Jadi ia mampu menghalau kutu beras.

Kredit: http://ripeme.com
4. Daun pudina perlulah dikeringkan terlebih dahulu dan kemudian kisar jadi serbuk dan masukkan ke dalam uncang. Boleh juga digaulkan bersama-sama dengan beras. Cara ini agak berkesan menghalau kutu beras.

5. Letakkan daun limau purut ke dalam beras. Selain beras berbau harum, ia boleh menghalau kutu beras dari terus menghuni bekas simpanan beras.
6.. Anda juga boleh letak kulit kayu manis di dalam bekas beras. Bau harumnya mampu menghalau kutu dari bekas beras.
Cubalah petua ni, kalau-kalau ada yang berkesan dan masalah bubuk beras tak ada lagi.
Buat Kek Tanpa Oven & Mixer, Boleh Buat Raya Ni.

Jangan jadikan alasan takda oven dan mixer tak boleh baking ye, banyak resipi kek dan kuih yang tidak memerlukan dua perkakas ini. Jadinya, sebelum memilih resipi yang tidak memerlukan oven dan mixer ada beberapa perkara perlu diberi perhatian supaya hasil kek yang dibuat masak sukses, terutama resipi yang membabitkan pembuatan kek yang memerlukan proses pengembangan,contohnya kek kukus.
Berikut perkara yang perlu diperhatikansebelum membuat kek tanpa oven dan mixer:-

Gunakan Bahan Pada Suhu Bilik
Kebanyakan resipi kek, terutamanya yang mempunyai tekstur mengembang, bahan-bahan yang akan digunakan mestilah pada suhu bilik kerana ia lebih mudah digaul rata dan tidak ‘terkejut’ apabila berlaku perbezaan suhu secara drastik semasa diadun, dengan ini kek tidak akan ‘bantat’ atau atau mengempis selepas naik semasa dikukus. Oleh itu keluarkan bahan-bahan seperti telur, mentega dan susu dari peti sejuk dan biarkan sehingga ia pada suhu bilik sebelum digunakan.

Kurangkan Penggunaan Telur
Logiknya, telur boleh melembutkan adunan dan memberi rasa pada kek, sebab itu telur dikatakan sebagai agen pengembangan semulajadi adunan bahan. Namun, telur yang tidak dipukul atau dikacau sempurna boleh meninggalkan bau hanyir telur. Untuk mengatasinya, boleh tukar penggunaan telur dengan bahan lain seperti tauhu lembut atau Chia Seed yang telah direndam.

Gunakan Baking Powder Double Acting
Mixer adalah keperluan dalam baking, antara tujuannya adalah untuk memasukkan udara supaya adunan mengembang sekata. Sebab itulah ada sebahagian bakers mengabaikan bahan pengembang buatan. Tetapi jika tiada mixer, anda boleh gunakan baking powder double acting. Selain praktik digunakan, bahan ini juga mengurang masalah kek menjadi ‘bantat’, apabila anda sukar mengadun bahan menggunaan spatula dan whisk.

Cairkan Bahan Padat Sebelum Sedia Digunakan.
Bila tidak ada mixer, pastikan bahan-bahan yang akan digunakan mudah diadun atau digaul rata dengan spatula atau whisk. Oleh itu bahan padat seperti mentega dan coklat lebih awal dan ayak bahan kering dan lumatkan bahan tambahan seperti pisang menggunakan garpu sebelum dimasukkan dalam adunan.
Pastikan Periuk Pengukus Dalam Keadaan Panas
Sama seperti membakar menggunakan ketuhar yang perlu dipanaskan sebelum sedia digunakan. Begitu juga dengan pengukus, panaskan pengukus dengan api sederhana dan tutup penutup, biarkan hingga air kukusan mendidih. Harus diingat api yang terlalu besar akan menyebabkan cepat naik dan akan kempis bila sejuk.
Diharapkan dengan tip ini tidak ada masalah lagi untuk anda membuat kek yang mengembang dengan cantik ye.

