
Memasak makanan laut seperti sotong dan sebagainya adakalanya memerlukan ketahanan yang kental kerana percikan minyaknya yang bukan sedikit. Silap langkah, habis dapur anda berminyak. Belum kira yang kena pada kulit lagi.
Ada pelbagai cara yang dipesan oleh ibu kita untuk elakkan masalah ini. Ada yang kata guna tutup periuk, lap bahan masak supaya tiada air dan sebagainya. Salah satu petua lain yang boleh dicuba ialah dengan menngunakan garam.
Penggunaan garam kasar amatlah membantu anda. Masukkan sedikit garam kasar ke dalam minyak gorengan yang hendak dipanaskan kemudian barulah dimasukkan bahan gorengan seperti biasa. Hasilnya tiada percikan minyak panas lagi. Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
5 Roti Ekslusif Ini Paling Mahal Di Dunia. Ada Ramuan Yang Masukkan Emas…

Di negara ini roti adalah salah sumber makanan yang murah dan sajian kegemaran rakyat Malaysia.. Roti gebu dan lembut, mahupun yang keras dan garing jadi sebahagian dari rutin makanan kita.

Bawalah duit RM 2.50 –RM3 pergilah ke mana kedai pasti ada dijual.T etapi jangan terkejut ya, ada roti di dunia yang dijual dengan harga mencecah lebih RM500 sebuku.
Jom semak perkongsian ilmu dari penulis Kay Suhaimi dari laman iluminasi.com tentang 5 roti paling mahal di dunia.
5. Roti Miche – RM84 sebuku

Miche adalah sejenis roti yang boleh didapati di New York dan ini adalah roti paling mahal dihasilkan di Amerika Syarikat.Istimewanya mengenai roti ini adalah ia bukannya jenis roti yang boleh dihasilkan dalam tempoh beberapa jam.
Ia diperbuat daripada tepung ternakan organik dan roti ini mempunyai rasa yang sangat diperkaya bersama tekstur rumit yang sukar untuk dijelaskan.
Tepung yang digunakan mesti menjalani proses penapaian yang lama yang memberikan rasa unik dan sehingga kini, teknik ini masih belum dapat ditiru. Jika anda melawat ke New York dan ingin rasa keenakan roti ini, ia boleh didapat di Amy’s Bread dan sangat sesuai disajikan dengan mentega berkualiti tinggi.
4. Roti Shepherd – RM88 sebuku

Jenis roti keempat paling mahal di dunia adalah roti Shepherd’s dengan harga RM88 sebuku. Roti yang menakjubkan ini adalah produk dari Great Britain hasil ciptaan Tom Herbert, tukang roti tempatan yang membangunkannya ketika dia berusia 33 tahun.Resipi itu dihasilkan 55 tahun yang lalu dan disediakan dengan teliti melalui proses peningkatan ganda yang dilaksanakan sebelum dibakar.
Sesetengah ramuan yang menarik digunakan dalam resipi roti ini adalah garam laut Cornish, air spring Cotswolds dan tepung Somerset organik.
3. Roti Harrods Roquefort dan Almond Sourdough – RM 103 sebuku

Pasaraya Harrods di London adalah antara yang termewah di dunia, menawarkan roti paling mahal di seluruh Great Britain dan ketiga termahal di dunia.Roti Roquefort dan Almond Sourdough yang terkenal ini boleh didapati dengan harga $ 24.50 setiap satu. Sebab kepada harga yang sangat mahal ini adalah penggunaan bahan-bahan terbaik yang boleh diperolehi.
Jenis roti ini adalah hasil ciptaan Paul Hollywood, pakar roti yang telah menggelarnya roti ini sebagai “Rolls-Royce” dalam dunia bakeri. Roti ini langsung tidak mempunyai sebarang perisa tiruan atau bahan tambahan dan ia dibuat hanya menggunakan tepung gred A yang diperolehi dari pengilang pakar.
Keju Roquefort yang digunakan dalam roti adalah kualiti terbaik yang boleh didapati dari Perancis. Roti ini sangat laris ketika cuti musim panas dan sangat sukar untuk mendapatkannya. National Association of Master Bakers di Great Britain telah menamakan roti ini sebagai jenis roti paling mahal di seluruh negara itu.
2. Roti Royal Bloomer – RM407 sebuku

Jenis roti kedua paling mahal di dunia adalah roti Royal Bloomer. Roti Royal Bloomer dihasilkan di Orchard Pigs Bakery milik Roberet Didie yang terletak di Wrexham di Wales Utara.Roti ini menawarkan rasa yang menarik dengan membuat sedikit perubahan dalam penghasilannya dengan menggantikan air dengan champagne.
Lebih mengagumkan Roberet Didier juga menggunakan emas 23 karat dalam resipi Royal Bloomer. Dia menambah emas merah 23 karat sebagai hiasan untuk memberikannya warna merah terang pada permukaan roti ini.
1. Roti Gold Leaf – ROTI PALING MAHAL ,RM554 sebuku

Jenis roti yang paling mahal di dunia dikenali sebagai Gold Leaf Bread atau Roti Daun Emas. Ia sangat menakjubkan seperti namanya.Resipi ini berasal dari pakar bakeri Moreno, yang merupakan pemilik Pan Pina Bakery warisan keluarga yang terletak di Andalusia, Sepanyol.
Perniagaan bakeri keluarga Moreno telah bermula sejak 70 tahun yang lalu dan telah menghasilkan 50 jenis roti.Apa yang menakjubkan roti seberat 400 gram ini istimewa adalah Moreno menggunakan debu emas sebanyak 250 mg dalam resipi untuk menghasilkan sebuku roti.

Anda tak perlu untuk ke Sepanyol bagi merasai kenak roti emas ini kerana ia dieskport ke seluruh dunia dan popular terutamanya di wilayah Costa del Sol, Rusia dan negara-negara Timur Tengah.

Debu emas yang digunakan dalam setiap buku roti ini bernilai RM416. Walaupun diakui oleh Moreno sendiri bahawa debu mewah itu tidak menambah apa-apa rasa, tetapi ia memberikan pelanggannya rasa eksklusif dan glamor.

“Bahan-bahan yang lain adalah organik dan sangat sihat. Orang ramai percaya bahawa sejumlah emas baik untuk pencernaan. Kami menerima ramai pelawat dari Rusia dan China yang sentiasa mencari sesuatu yang baru untuk menunjukkan betapa kayanya mereka,” kata Juan Manuel Moreno yang kini mewarisi perniagaan keluarga ini.
Siapa sangka ya,rupa-rupanya roti yang mahal ini jadi ‘kegilaan’ di kalangan orang-orang kaya menjadi alat bagi menayangkan status dan kekayaan mereka . Mereka bersedia membeli dan menikmatinya berbanding dengan orang lain yang tidak akan mengeluarkan wang sebegitu rupa hanya untuk memakan sebuku roti.
Petua Elak Mata Pedih Masa Kupas & Potong Bawang.

Kerja dapur yang paling ‘menyedihkan’ adalah kupas bawang. Kalau bawang putih, masih rasa ok lagi. Tapi kalau bawang merah atau bawang besar, memang azab. Mana tidaknya, bila mula je kupas bawang, mesti menangis. Kalau tak guna bawang, tak sedap pula masakan. Sudahnya terpaksalah juga menghiris dengan lelehan air mata. Lagi seksa kalau anda kena kupas dalam jumlah yang banyak terutamanya ketika kenduri. Fuhhh…memang ‘drama’ jadinya. Namun ada petua yang boleh dicuba untuk elak mata pedih masa kupas bawang. Lepas ni, confirm anda tak akan menangis macam kena dera lagi. Jom lihat cara-caranya.
CARA ELAK MATA PEDIH MASA KUPAS BAWANG
1. RENDAM BAWANG
- Rendam bawang yang telah dikupas di dalam air ais beberapa minit kemudian hiris seperti biasa.

2. SIMPAN BAWANG DALAM PETI SEJUK
- Sejukkan bawang merah sebelum dikupas. Cara mudahnya, masukkan bawang dalam peti sejuk sebelum dikupas. Dalam keadaan sejuk tindak balas kimia getah bawah semasa dikupas atau dihiris adalah lambat.
3. GUNA PISAU TAJAM
- Pastikan guna pisau tajam kerana ia membantu mengurangkan pelepasan bahan kimia yang boleh memedihkan mata berbanding menggunakan pisau tumpul.

4. GIGIT BATANG MANCIS
- Pelik tapi benar, gigit batang mancis untuk mencegah air mata keluar semasa sedang menghiris bawang merah.

5. KUNYAH CHEWING GUM
- Kunyah gula-gula getah atau makanan dikatakan mampu mengurangkan air mata yang mengalir keluar. Kerana semasa mengunyah, otot-otot muka terutamanya di kawasan mata akan bergerak dan menghalang bahan kimia yang memedihkan mata dari keluar.

6. KUPAS BAWAH AIR MENGALIR
- Kupas dan potong bawang di bawah air mengalir kerana air mengalir akan menghilangkan bahan kimia yang memedih mata dalam bawang.
7. POTONG BAHAGIAN ATAS BAWANG
- The National Onion Association menyatakan air mata yang keluar semasa mengupas dan memotong bawang akan berkurangan jika dimulakan dengan memotong bahagian atas bawang (bahagian keluar tunas daun) sebelum mengupas kulitnya.
8. ELAK POTONG AKAR BAWANG
- The National Onion Association juga menyarankan, elak memotong bahagian akar bawang kerana bahagian tersebut akan segera mengeluarkan getah yang menyebabkan mata cepat pedih.

9. SEMBUR CUKA
- Cara ini juga mudah. Hanya perlu sembur sedikit cuka makan di atas papan pemotong dan ia boleh mengurangkan rasa pedih mata.
10. KUPAS BERHAMPIRAN KIPAS
- Gunakan bantuan kipas dengan kedudukan bertentangan dengan muka supaya aura getah bawang itu terbang sehala mengikut arah angin kipas dan pastinya tidak mengena mata.
11. RENDAM DALAM AIR PANAS
- Jika mengupas dalam jumlah yang banyak, rendam bawang merah dalam bekas yang berisi air mendidih kemudian tutup rapat. Setelah sejuk toskan airnya, kemudian boleh dikupas menggunakan tangan dengan mudah.
Ha….Macam mana? Mudah kan? Nanti anda bolehlah cuba. Namun, aktiviti kupas bawang ni pun ada kebaikannya juga. Pakar kesihatan ada mengatakan bahawa dengan mengupas bawang sehingga anda mengeluarkan air mata, ia adalah terapi untuk membersihkan mata dari segala kotoran. Jadi sesekali ‘menangis’, bagus juga kan? Selamat mencuba!
Tip Goreng Kuetiau Yang ‘Perfect’, Tidak Hancur Atau Lembik

Kuetiau goreng sememangnya merupakan satu hidangan yang menjadi kegemaran ramai. Namun, masalah yang sering dihadapi bila menggoreng kuetiau adalah kuetiau menjadi lembik, hancur dan kembang. Jika perkara ini terjadi pada anda, ikut sahaja tip yang dikongsi oleh Yurni Emilia ini. Pasti sempurna kejadian kuetiau anda selepas ini.
TIP MENGGORENG KUETIAU

1. Paling penting, kuetiau tidak serasi dengan air. Jadi, apa yang perlu anda lakukan?
- Jangan basuh terlalu lama. Bila basuh, pastikan ia ditos kering cepat-cepat.
- Basuh guna air paip sahaja. Bukan air panas.
- Membasuh kuetiau adalah pilihan, ada yang basuh dan ada juga yang tidak. Jika anda basuh, leraikan juga kuetiau satu persatu supaya tidak melekat.
2. Bila menggoreng kuetiau, letak minyak lebih sedikit.
3. Jika anda mahu stail ala Penang, boleh letak sedikit minyak bijan. Letak sedikit sahaja kerana minyak bijan berbau kuat.

4. Kena lebihkan bahan perisa seperti sos tiram, kicap, cili boh atau sos cili/tomato.
5. Tambah air jika anda nak masak char kuetiau banjir.
6. Jika nak tambah telur, pastikan telur digoreng kering sedikit sebelum digaulkan atau dikacau dengan char kuetiau yang sedang digoreng.

Semoga bermanfaat.
Kredit: Yurni Emilia
Jika anda mencari KUALI NON STICK, boleh klik DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

