Ikan bilis goreng memang enak. Teksturnya yang rangup serta berperisa menjadikan ia sesuai dinikmati bersama hidangan nasi dan sebagainya. Ramai juga dikalangan ibu-ibu yang gemar menyimpan stok ikan bilis goreng tetapi ada kalanya ikan bilis yang digoreng menjadi tidak rangup dan kurang enak setelah lama disimpan. Petua-petua di bawah boleh membantu anda.
1. PILIH IKAN BILIS BERKUALITI
Terdapat pelbagai jenis ikan bilis yang dijual dan harganya juga berbeza mengikut gred serta kualiti. Untuk mendapatkan ikan bilis goreng yang mudah dimasak, garing serta enak, guna ikan bilis yang berkualiti. Ia boleh dilihat dari segi ikan bilis yang bersih, berwarna terang dan tidak hapak.
2. GUNA BILIS SAIZ SEDERHANA
Ads
Sebelum membeli ikan bilis, pilih ikan bilis yang bersaiz sederhana dan tidak terlalu besar. Bilis yang besar lebih liat serta agak lambat untuk garing ketika digoreng.
3. PASTIKAN BETUL-BETUL KERING
Selepas membasuh ikan bilis, pastikan ia dikeringkan dengan sepenuhnya sebelum dimasak. Guna tisu dapur sudah memadai bagi mengurangkan kelembapan.
4. TAMBAH CUKA
Ada juga yang menggunakan cuka bagi mendapatkan bilis goreng yang rangup. Caranya mudah sahaja, masukkan ikan bilis ke dalam bekas dan renjiskan cuka hingga rata. Biarkan 5 minit dan goreng seperti biasa. Sebelum menggoreng, pastikan minyak telah dipanaskan terlebih dahulu dalam kuantiti yang secukupnya.
5. GORENG GUNA MINYAK PANAS
Setelah ikan bilis goreng sejuk, masukkan segera ke dalam balang kedap udara. Ia amat penting bagi mengelakkan ikan bilis masuk angin dan menjadi lemau.
Ads
6. GUNA API SEDERHANA
Semasa menggoreng, perlahankan api agar ikan bilis yang digoreng tidak cepat hangus. Guna api sederhana dan masak sehingga ikan bilis menjadi kuning keemasan.
7. TOS MINYAK SEPENUHNYA
Ads
Setelah diangkat, toskan lebihan minyak menggunakan tisu dapur. Ia bagi mengelakkan ikan bilis menjadi berminyak sewaktu disimpan.
8. SIMPAN DALAM BEKAS KEDAP UDARA
9. GORENG SECARA BERPERINGKAT
Jika anda mahu menggoreng ikan bilis dalam kuantiti yang banyak, lakukan secara berperingkat. Elakkan menggoreng dalam kuantiti yang banyak secara sekaligus. Ia bukan sahaja menjadikan ikan bilis tidak garing bahkan melambatkan proses memasak.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Anggur jenis Shine Muscat ini memang disukai ramai kerana rasanya yang manis, rangup dan wangi. Tapi jadi kerisauan bila terdapat dakwaan dari negara jiran Thailand yang mengatakan anggur Shine Muscat ini dikatakan mengandungi sisa kimia berbahaya.
Menurut Public Health Malaysia, buah-buahan mengandungi banyak sisa kimia atau racun memang boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan. Salah satu kesan awal yang mungkin dirasai adalah rasa sakit atau iritasi pada tekak selepas memakannya.
Bagaimanapun sebenarnya ada cara mudah untuk menikmati buah-buahan dengan lebih selamat sekali gus menyingkirkan sisa kimia ini. Caranya gunakan baking soda!
1. Campurkan Larutan Baking Soda: Ambil 1 sudu besar baking soda dan campurkan dengan semangkuk air (sekitar 1 liter).
2. Rendam Buah-buahan Selama 10–15 Minit: Rendam buah-buahan seperti anggur, epal, atau sayuran. Baking soda akan bekerja untuk memecahkan sisa racun perosak.
3. Bilas Bersih: Selepas rendaman, bilas dengan air bersih untuk menghilangkan kesan baking soda. Kini, buah anda lebih bersih dan selamat dimakan!
Baking soda berfungsi dengan memecahkan molekul racun perosak. Ini lebih efektif berbanding air garam, yang hanya membersihkan permukaan tanpa tindak balas kimia.
Anda suka memasak kek namun kadang kala kek tidak tidak menjadi cantik sebagaimana yang diidamkan. Adakalanya bantat dan paling tidak disukai bila kek melekat pada loyang. Panduan yang dikongsi oleh Shikin’s Kitchen boleh beri anda lebih bersemangat untuk baking dari masa ke semasa.
Petua supaya kek tidak melekat pada loyang pembakar tanpa menggunakan parchment paper/kertas minyak.
Bahan-bahan:
minyak masak
Shortening (lemak sayur)
Tepung gandum
(sukatan nya mengikut nisbah 1:1:1) – sy guna 1 sudu besar utk setiap bahan.
Campurkan semua bahan tersebut hingga sebati. Siap. Apabila hendak membakar kek, sapu saja pada loyang. Tuang adunan kek anda dan bakar.
Hasilnya,kek tidak melekat, tiada kerak di tepi dan dasar kek.
Baki bahan yg dicampur tadi boleh disimpan di dalam bekas dan boleh digunakan lagi pada masa akan dtg.
Daun pegaga memang banyak khasiatnya, untuk kesihatan dan juga untuk penjagaan kecantikan wanita. Tak rugi jika anda tanam sendiri daun ini di rumah. Bila-bila masa sahaja anda boleh menikmatinya. Salah satunya adalah dengan menyediakan air rebusan pegaga yang sangat baik untuk kesihatan dalaman. Cara menanam dan penjagaan daun pegaga yang dikongsi oleh Suhaili Baharudin ini memang sangat bermanfaat.
CARA MENANAM PEGAGA
LANGKAH 1
Cari bekas atau pasu kosong. Letakkan separuh tanah kompos (boleh dibeli di nursery) dan separuh lagi pasir.
LANGKAH 2 Gaulkan tanah dan pasir tadi. Kenapa guna pasir? Kerana pegaga lebih mudah hidup bersama campuran pasir dan senang masa nak tarik dari akar bila dah merimbun nanti.
LANGKAH 3 Pegaga yang berkhasiat ialah pegaga yang berbentuk otak, ada belahan di tengah daunnya. Kemudian, cucuk pegaga tadi ke dalam bekas atau pasu. Siram dan letak di tempat teduh. Pegaga tidak perlu cahaya matahari secara terus. Sedikit cahaya pun tak apa.
LANGKAH 4 Selepas 2 minggu, hasilnya memang subur dan gemuk. Anak daun pun sudah mula tumbuh disana sini. Daun yang besar dah mula terjuntai.
CARA MENYEDIAKAN AIR REBUSAN PEGAGA
Air rebusan pegaga memang ada banyak khasiat dan boleh menjana kecerdasan otak. Manfaatkan pokok daun pegaga yang ada di rumah dengan membuat air rebusan pegaga. Tak rugi kalau diamalkan. Malah, boleh kekal awet muda. Ini resipi air rebusan pegaga untuk anda.