
Tahukah anda air barli mempunyai mempunyai banyak khasiat? Resipi air barli kali ini adalah bagi mereka yang mempunyai masalah kencing kotor dan juga tidak lawas. Cuba dulu mana tahu serasi petua ni..

BAHAN-BAHAN
- Barli
- Gula kundur
- Kismis
- Gula batu
- Daun pandan
CARA PENYEDIAAN
- Rendam barli 5 min untuk buang kotoran.
- Cuci bersih barli.
- Masuk ke dalam periuk, tambah air dan daun pandan.
- Masak sampai barli kembang, kemudian masukkan kismis, gula batu dan kundur.
- Sedia untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Azrina len
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Rempah Ratus VS Herba Dalam Masakan, Ini Perbezaannya.

Apa bezanya rempah ratus dan herba dalam masakan? Bunyi macam sama, kadang-kadang kita guna kedua istilah ini untuk maksud yang sama, rempah ratus disebut bahan penumis dan begitu juga sebaliknya. Tapi bila diteliti semula baru sedar bahawa ia dua perkara yang berbeza kalau dilihat jenis dan fungsinya dalam masakan. Bagi mengetahui perbezaan ini dengan lebih jelas, anda perlu baca penjelasan di bawah ini.

Istilah
Bahan herba atau disebut juga bumbu, adalah seperti bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup, serai, cili daun kunyit, daun kari dan daun limau purut. Ia dikenali juga sebagai bahan asas dalam masakan dan diguna sebagai penyedap masakan. Sementara rempah ratus adalah bahan beraroma yang kuat, contohnya kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang, ketumbar, jintan, lada hitam dan beberapa lagi. Ia tidak termasuk sebagai bahan asas dalam masakan kerana masakan tertentu sahaja ,menggunakan rempah ratus. Selain digunakan untuk tujuan masak, sebahagian rempah ratus juga boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan kesihatan.

Jenis:
Herba dalam masakan ada dua jenis iaitu yang basah dan kering. Yang dikatakan bahan basah termasuklah bahan segar, sama ada yang dikisar atau dihiris halus dan sifatnya tidak tahan lama. Ia boleh tahan hingga seminggu jika disimpan dalam peti sejuk. Sementara jenis kering adalah herba segar yang telah dikeringkan dan dikisar halus seperti serbuk kunyi, ia boleh disimpan lebih lama, daun kari atau salam yang dikeringkan. Berbeza dengan herba, rempah ratus dijual dalam bentuk kering dan juga telah dijadikan serbuk untuk memudahkan penggunaannya.
Penggunaan
Herba sangat penting dalam masakan kerana ia adalah bahan asas yang memberikan rasa pada makanan dan wajib ada dalam masakan. Sementara rempah ratus dimasukkan dalam masakan tertentu seperti kari dan sebahagian masakan yang bertumis dan memerlukan rempah ratus untuk membangkitkan aroma. Ia juga boleh digabungkan dengan bahan ramuan masakan dalam mendapatkan rasa yang lebih sedap.
Petua Mengupas Dan Asingkan Isi Kerang Dengan Cepat & Mudah.

Bila tiba raya, aneka rendang pastinya antara juadah wajib ada. Salah satu yang paling disukai ramai adalah Rendang Kerang. Kena pula yang pedas, fuhh…sedap sungguh dimakan dengan lemang. Nak masaknya sangat mudah namun proses penyediaan iaitu mengupas ekrang dari kulit tu mengambil masa yang lama.

Ada petua yang boleh dicuba untuk memudahkan proses kupas kerang ni. Anda hanya perlukan:
CARA CEPAT MENGOPEK ISI KERANG

BAHAN-BAHAN:
- Kerang
- 2 sudu makan minyak masak
- Air secukupnya | untuk merebus
CARA-CARA:
- Bersihkan kerang dan masukkan ke dalam periuk.
- Kemudian masukkan sama paras dengan jumlah kerang serta minyak masak.
- Tutup periuk dan biarkan hingga kerang masak.
- Toskan air dan kopek isi kerang. Hasilnya, cengkerang akan mudah terbuka dan isi akan senang tanggal dari kulitnya.
- Selamat mencuba!
Petua Mengira Sukatan Air Untuk Masak Agar-Agar. Mudah & Dah Tak Perlu Pening Lagi Lepas Ni.

Bila nak masak agar-agar je, mesti keliru dengan jumlah air yang diperlukan. Kurang air, agak-agar keras melantun pula. Paling menyakitkan hati, jika jumpa resipi agar-agar yang nampak sedap tetapi bila baca jumlah airnya, empunya resipi tulis “ Air secukupnya”. Aduhai…Macam mana nak agak secukupnya tu? Jadi, jangan pening-pening dah sebab petua ini boleh membantu anda mengira sukatan air yang betul.
KIRAAN ASAS JUMLAH AIR VS BERAT AGAR-AGAR:
- 10gm agar-agar = 1 liter air

JIKA GUNA AGAR-AGAR SERBUK:
- 13gm serbuk agar-agar = 1.3 liter air
ANDAI GUNA AGAR-AGAR BERTALI:

- 25gm agar-agar = 2.5 liter air
- 30gm agar-agar = 3 liter air
Mudah kan? Ha..Lepas ni kalau jumpa resipi agar-agar yang suruh main agak je jumlah airnya, petua ini anda boleh guna sebagai panduan. Selamat mencuba!
Kredit petua: Diana Ana

