Jom pakat borong dan simpan petai. Maklumlah petai memang antara ulam yang menjadi kegemaran ramai. Namun ianya bermusim dan tidak sentiasa ada. Bagi anda yang suka makan petai tapi tak suka petai jeruk, ada cara untuk menyimpan ulam ini supaya tak kecut, kekal rangup dan tahan lama. Petua perkongsian Mak Frida ni antara yang mudah. Cubalah.
TIP SIMPAN PETAI SUPAYA TAHAN LAMA
BAHAN-BAHAN:
Petai
Air
Ais secukupnya
Plastik atau bekas bertutup
CARA MEMBUAT:
1. Bersihkan petai, kupas ulit dan buang kulit arinya.
2. Rebus air secukupnya dalam periuk hingga mendidih.
3. Bila air mendidih, matikan api dan masukkan petai. Biar selama 3-5 minit hingga berubah warna. Angkat.
4. Masukkan segera petai tadi ke dalam mangkuk air berisi ais. Biar hingga petai sejuk.
Ads
5. Toskan air hingga kering. Lap dengan tisu supaya tiada air pada petai tadi.
6. Masukkan isi petai ke dalam plastik atau bekas berpenutup. Simpan dalam peti sejukbeku.
7. Hasilnya, petai kekal rangup, segar dan tahan lama walau disimpan lama.
Daging lembu segar mempunyai bau hamis dan perlu dicuci dengan sempurna bagi membuang bau tersebut. Jika tidak dibersihkan dengan sempurna, bila dimasak seperti juadah rendang, sup atau digoreng, masakan anda akan sedikit berbau kurang enak. Kadang kala bau ini menjejaskan rasa makanan. Ada pelbagai petua dan cara dikongsi untuk membuang bau ini yang anda boleh cuba.
CARA HILANGKAN BAU HAMIS DAGING SEGAR
BAHAN-BAHAN:
Daging
Tepung gandum |anggaran 3 sudu makan untuk 1 kg daging
2-3 helai daun nangka | jika ada
CARA-CARA:
1. Bersihkan daging dan potong mengikut saiz yang sesuai untuk jenis masakan anda.
cleavercooking.com
2. Masukkan ke dalam bekas dan tabur tepung gandum. Masukkan juga daun nangka yang telah direnyuk-renyuk sedikit. Gaul rata dan biarkan dalam 30 minit hingga ke 1 jam.
http://easyasbananas.blogspot.com
3. Bersihkan daging dan toskan hingga kering sebelum dimasukkan ke dalam rendang.
http://myferretpet.com
4. Hasilnya daging akan tidak berbau malah lebih cepat empuk bila dimasak rendang atau sebagainya.
Batuk boleh mengganggu serta menjejaskan aktiviti harian kita. Ia akan membuatkan kita berasa tidak selesa sepanjang masa. Cuba petua yang diberikan pakar-pakar ubat China dan Taiwan ini untuk menggurangkan batuk yang berlarutan (persistence cough). Ianya sesuai untuk kanak kanak dan juga dewasa.
BAHAN-BAHAN
Buah Oren
Garam
CARA PENYEDIAAN
Buah oren dipotong bahagian atas dan bawah (seperti yang ditunjukkan di dalam gambar)
Tambah secubit garam di bahagian atas dan sapu rata. Jika boleh cucuk dengan garfu atau chopsticks sebelum tambah garam supaya garam dapat meresap dengan cepat ke dalam oren tersebut.
Kukus selama 2 jam (masa nak kurangkan pun boleh tapi jus oren tidak banyak)
Minum jus tersebut. Rasanya sedikit masin dan pahit. Buat dan minum sampai batuk berhenti.
Berkesan atau tidak terpulang kepada individual ya.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.