Resipi ni sesuai bagi yang nak piza segera tanpa uli gandum dan tunggu doh naik. Dah beberapa kali saya buat. InshaAllah walau piza dah sejuk, masih lembut. Bahan-bahan ini biasanya yang sedia ada di rumah.
Bahan:
Roti 8 keping (suka pizza nipis),Roti 10 keping (saya guna yang ni sebab suka pizza tebal)
Susu segar sedikit (agak-agak, tak sukat). Farm fresh pun boleh. Tapi di kedai dah habis, saya beli dutch lady.
Sardin (brand ni saya guna 2/3 sahaja, ada baki simpan).
Sos Tomato (lupa letak gambar, saya guna brand life)
3 keping Keju (boleh apa-apa keju lain)
Ads
Cara memasak:
1.Loyang sapu dengan margerin
2.Guna blender macam ni. Sebab kalau guna blender biasa, tak jadi, kene letak banyak susu, nanti pizza lembik. Ni orang panggil blender daging rasanya.
3.Blend jadi rupa macam ni. Tak keras sangat. Tak cair sangat.
4.Letak atas loyang. Ratakan penuh sabar.
5.Letak sos tomato
6.Letak sos dari sardin pula. Maksudnya sos yang dalam tin sardin. Ambil sos dia sahaja dulu.
7.Isi sardin tu lenyek bekas lain. Tabur rata. Ikut suka nak banyak atau sikit. Tapi banyak lagi sedap.
8.Letak tungku. Saya terbalikkan macam ni. Jangan letak air. Nanti jadi steamer pula. InshaAllah tak bocor kuali. Oven tradisional ni. Saya tak reheat.
Yang nak reheat dulu pun boleh.
9.Saya letak keju 3 keping. Potong panjang.
10.Buka api perlahan. Tutup. Masak 45minit – 60 minit. Saya kunci jam, risau lupa. Kalau kurang dari 45 minit, masak juga. Tapi saya suka garing sedikit.
11.Bila dah masak, yang mahir, tengah panas, boleh terus potong, bahagi 6 atau 8. Yang tak mahir, tunggu suam. Baru potong. Salah teknik nanti hancur. (Sebab dah pernah ada pengalaman, orang lain potongkan, bergerigi dan "hancur"). Saya takde pemotong piza yang gelek tu. Saya guna pisau biasa sahaja.
Ni pizza tebal. Yang tak suka tebal macam ni, buat 8-9 keping roti pun ok. Nak panaskan semula, kalau tak suka pizza sejuk, masuk semula kuali tadi. Panaskan api kecil 5-10 minit. Api kuat saya tak pernah buat. Mungkin bawah hangus tapi tengah dan atas belum masak.
Blend roti 5 keping dan sedikit susu. (10 keping tu maknanya 2x saya kisar). Jangan lebih susu nanti pizza tak jadi. Jadi lempeng lembik. Jangan kurang, nanti blender tak jalan.
*topping boleh guna/tambah/tukar yang lain. Sosej, ayam, daging, tuna, nenas, bawang, cili besar.
Ads
*garam dan gula tak perlu. Roti dah manis. Susu segar dan keju dah masin.
Ads
Credit : Nina Nuar
#mahn
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Bila tiba bulan Ramadan, ibu-ibu terutamanya yang bekerjaya tentunya sibuk merancang menu yang sedap, mudah dan digemari oleh ahli keluarga. Seawal minggu pertama berpuasa mungkin tiada masalah, namun bila masuk minggu kedua dan seterusnya, mulalah buntu memikirkan menu yang harus disajikan.
Jangan risau kerana MAGGI® berbesar hati berkongsi resipi Mi Maggi Goreng Ayam Kicap Ringkas yang boleh anda cuba masak. Sangat mudah dan tak guna banyak bahan pun. Selamat mencuba!
CARA MASAK MI MAGGI GORENG AYAM KICAP RINGKAS
Waktu memasak: 10 mint
Saiz hidangan: 6 orang
BAHAN-BAHAN
3 paket Mi MAGGI® 2-Minit Ayam
1 sudu besar minyak masak
250gm dada ayam
2 ulas bawang putih
3 biji bawang kecil
2 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil kicap pekat
50ml air
150gm sayur sawi
50gm lobak merah
30gm daun bawang
10gm cili merah
CARA MEMASAK:
1. Rebuskan Mi MAGGI selama 1 minit dan tapiskan bawah air sejuk untuk memberhentikan proses masakan.
2. Panaskan minyak, tumiskan bawang kecil, bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam dan tumis sehingga masak.
3. Masukkan 2 paket Perencah MAGGI Ayam, kicap manis, kicap pekat dan air. Gaulkan rata.
4. Gaulkan Mi MAGGI dan sayur sawi berserta lobak merah. Gaulkan sehingga sebati dan masak.
Korang mesti jarang dengan Nasi Kabuli Diraja ni, menu ni khabarnya popular di Pekan, Pahang. Rasanya memang terbaik sedap dan untuknya masak nasi ni, ia siap pakej dengan ayam goreng, ulam dan sambal sekali. Jadi kalau masak nasi ni, korang tak perlu tambah lauk atau sayur lain lagi. Senangkan sesuai sangat untuk hidangan berbuka puasa.
NASI KABULI DIRAJA
BAHAN-BAHAN:
UNTUK AYAM GORENG:
1 ekor ayam | belah 4 dan bersihkan
2cm ayam
2cm kunyit hidup
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
BAHAN TUMIS:
3cm halia | titik
2cm lengkuas | titik
10 ulas bawang merah | hiris
2 sudu makan ketumbar | kisar halus
2 batang serai | titik
1 sudu makan lada hitam | kisar halus
UNTUK NASI:
4 cawan beras basmathi |rendam lebih kurang 20-30 minit
1 helai daun pandan
Air rebusan ayam
Tambahkan sedikit garam.
BAHAN TAMBAHAN:
1 batang timun | hiris serong
1 biji tomato | hiris
Sambal belacan secukupnya
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit, kemudian perap sekejap.
Ambil sedikit bahan hirisan simpan untuk menumis nasi.
Panaskan minyaka tumis bahan hirisan dan titik hingga wangi.
Kemudian masukkan lada hitam dan ketumbar yang telah dikisar halus tadi,
Tambahkan air dan masukkan ayam, biarkan mereneh hingga ayam masak.
Keluarkan ayam dan tos. Simpan air rebusan untuk masak nasi.
Untuk menumis nasi, panaskan minyak, tumis bahan hirisan, bersama daun pandan.
Masukkan beras basmathi yang telah direndam dan tos tadi. Goreng seketika beras baru masukkan 3 cawan air rebusan ayam dan tambah 2 cawan air,
Tambah garam dan tutup periuk, biarkan nasi masak seperti biasa.
Sementara nasi masak, panaskan minyak, goreng ayam hingga kekuningan.
Setelah masak, masukkan nasi dalam pinggan, hidangkan bersama ayam goreng,ulam timun, tomato dan sambal belacan.
Ikan atau ayam goreng yang dimasak menggunakan pes kunyit homemade memang lebih enak. Aromanya yang wangi, sangat membuka selera. Jika di rumah anda ada tanam atau beli kunyit hidup dalam jumlah yang banyak, boleh cuba buat stok pes kunyit untuk masakan perkongsian saudari Syiqah Jaafar ni. Boleh tahan berbulan-bulan. Berbaloi untuk dicuba.
CARA BUAT STOK PES KUNYIT HOMEMADE UNTUK MASAKAN BERGORENG
BAHAN-BAHAN:
2 labu bawang putih
300gm kunyit hidup
1 bungkus garam halus
3 inci halia
Serbuk kunyit secukupnya – jumlah agak-agak. Fungsinya untuk jadikan pes kurang berair
Sedikit air
CARA-CARA:
1. Bersihkan dan kikis kulit halia, kunyit. Basuh dan toskan.
2. Satukan kunyit, bawang putih, halia dan sedikit air ( sekadar cukup untuk lumatkan bahan kisar) ke dalam pengisar. Kisar halus.
3. Tuang bahan kisar ke dalam bekas. Masukkan garam dan serbuk kunyit. Gaul sebati.
4. Masukkan pes kunyit dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Pes ni boleh tahan berbulan-bulan dan sesuai untuk masak aneka makanan bergoreng.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.