Sebut tentang popia goreng, memang ramai penggemarnya. Manakan tidak, intinya yang pelbagai dengan kulit popia yang digoreng rangup membuatkan kita makan tak cukup satu. Dapat pula dicicah sos pedas manis, memang padu.
Kali ini, Rusmiyati Mudin sudi berkongsi resipi air tangannya dalam menghasilkan popia ayam kentang yang dijadikan jualan suatu ketika dahulu. Menurutnya lagi, dia sudi berkongsi resipi dan menghalalkannya kepada sesiapa yang ingin mencuba.
Dah terbayang keenakan popia ini, dengan gabungan rasa inti ayam dan kentangnya. Ditambah pula dengan sos pencicahnya yang ada rasa pedas, manis dan masam. Apa tunggu lagi? Jom kita buat.
Sedapnya kalau dapat makan pisang goreng yang keraknya rangup. Kena pula dengan pisang yang sedang elok masaknya, lagi hebat rasanya. Menurut Cikgu Afy Al Habibi, untuk mendapatkan pisang goreng yang sedap, ada beberapa tip yang harus diikuti. Antaranya ialah, adunan tepung haruslah dibancuh sendiri dan tidak menggunakan tepung segera.
Malah pisangnya juga kena pilih yang sederhana masak, lembut dan manis rasanya. Warnanya? Pilih yang kuning keemasan. Barulah hasil pisang goreng tu nampak lagi menyelerakan. Sebaiknya guna pisang lemak manis.
Cikgu Afy berkongsi resipi bancuhan tepung pisang goreng yang boleh anda semua cuba. Istimewanya, beliau tak letak pun kapur. Hasilnya tetap rangup tau. Jom cuba! Bolehlah masak untuk minum petang nanti.
2 sudu makan telur – sebaiknya guna telur putih sahaja lebih baik
1/2 cawan kecil air sejuk
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung beras, garam, serbuk kunyit, telur dan air ke dalam bekas. Kacau rata semua bahan tadi. Tekstur adunan tepung haruslah tidak terlalu pekat dan perlu sedikit cair.
2. Buang kulit pisang lemak manis satu persatu. Masukkan ke dalam adunan. Tidak perlu belah kerana saiz pisangnya kecil.
3. Gunakan pengepit. Masukkan satu persatu pisang ke dalam minyak gorengan sambil merenjis adunan tepung yang melekat di pengepit. (renjisan tepung untuk menghasilkan serdak rangup)
4. Pisahkan terus pisang yang melekat antara satu sama lain dalam kuali. Balik-balikkan supaya pisang masak sempurna.
5. Bila serdak tepung gorengan sudah kekuningan, angkat dan toskan minyaknya terlebih dulu. Jangan biar sampai hangit. Biasanya serdak akan lebih cepat garing berbanding pisang.
6. Bila pisang goreng sudah kelihatan sebegini, bolehlah angkat dan toskan.
7. Sedia untuk dinikmati.
8. Bancuhan tepung tadi juga boleh digunakan untuk menggoreng ikan, sotong atau udang. Sedap!
TIP UNTUK MENGHASILKAN PISANG GORENG YANG CANTIK
1. Guna minyak yang banyak semasa menggoreng. 2. Pastikan minyak betul-betul panas (berdesir semasa pisang dimasukkan). 3. Api awalnya perlu kuat dan biar sederhana sehingga pisang masak.
Kuih peneram kuih tradisi yang masih digemari hingga kini. Dulu dulu kuih ini mesti ada bila raya. Tapi kesedapan kuih ini memang sepatutnya dimakan bila-bila.
Apa istimewanya kuih ini padahal bahan-bahan setakat lima ramuan aje. Bila disemak resipi perkongsian Zalina Zali ini mungkin rahsia keenakannya terletak pada penggunaan gula yang dimasak bersama air (gula hangus). Doh pula diperap dahulu empat hingga lima jam atau lebih sedap lagi jika diperap semalaman. Berbaloi dicuba ni,boleh jadi kudapan masa menonton tv.
PENERAM BAHAN-BAHAN :
4 cawan tepung beras cap gajah 3
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan gula merah*
1 cawan gula pasir*
1 cawan air*
CARA MEMASAK : 1. Bahan² yang bertanda * tu campur & masak sampai mendidih.. 2. Siap terus tuang dalam tepung,kacau tepung sampai sebati guna senduk jangan guna tangan pulak sebab air gula tu panas. 3. Dah siap gaul perap 4 @5 jam, nak sedap lagi perap semalaman..
4. Dah siap perap boleh lah tekap dengan acuan dan goreng.
Berbaloi-baloi untuk dicuba. Sedap makan panas panas ni.
Kredit :zalina zali
ANDA SEDANG MENCARI PERALATAN DAN PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH YANG MEMUDAHKAN KERJA ANDA, JOM LAYARINYA DI SINI, BANYAK PILIHAN MENANTI.
Sekarang ni dah ramai yang sukakan tempe kerana selain sedap, ramai yang mengakui khasihat untuk kesihatan. Menariknya tempe boleh dipelbagaikan cara pengambilan dengan pelbagai cara. Antara yang ingin dikongsikan ini adalah resipi Tempe Goreng Rangup, ia bukan hanya boleh dijadikan hidangan sampingan tetapi kudapan sihat di waktu senggang. Kena dengan pencicahnya memang ketagih jadinya..
TEMPE GORENG RANGUP.
BAHAN-BAHAN:
2 keping tempe | hiris nipis
150gm tepung gandum
70gm tepung beras
3 ulas bawang putih | haluskan
Daun bawang | hiris halus
1/2 sudu teh lada putih
1/2 perasa ayam
Garam secukup rasa
Air secukupnya
CARA PENYEDIAAN
1. Satukan tepung gandum, tepung beras, lada putih, garam dan perasa ayam.
2. Campurkan air, sedikit demi sedikit, sambil kacau rata hingga mendapat bancuhan yang diperlukan.
3. Panaskan minyak dalam kuali.
4. Celupkan tempe yang telah dihiris tadi dalam bancuhan tepung.
5. Goreng hingga kuning keperangan.
6. Angkat dan toskan.
7. Enak sebagai kudapan dan dicicah dengan sos yang anda suka.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.