Menu petang apa yang ingin dihidangkan buat keluarga? Jom kita buat popia sayur dan daging burger. Resipi yang dikongsi ini pasti menjadi kesukaan ramai. Ikut langkah demi langkah membuatnya pasti menjadi.
Popia ni sedap, penuh dengan sayuran dan rasa daging burger yang enak. Kerangupan popia yang tak boleh bawa bincang, dicicah pula dengan sos pencicah. Confirm licin sepinggan.Buat banyak-banyak boleh disejukbeku.
POPIA SAYUR & DAGING BURGER
Bahan-bahan:
Sepeket kulit popia 3 keping burger daging. (Nak guna burger ayam pun boleh) nak isi lebih pun ok 1 biji bawang besar dihiris 2 ulas bawang putih diracik Kubis Lobak merah Kacang buncis Lada sulah
Cara membuat:
1.Kubis dan lobak merah disagat. Kacang buncis dihiris nipis-nipis.
2.Panaskan kuali. Isi sedikit minyak. Gorengkan burger daging yang telah didadu kecil. Goreng sehingga separuh masak.
3.Lalu dimasukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis sehingga bawang-bawang layu dan daging burger betul-betul masak.
4.Macam ni kejadiannya.
Ads
5.Masukkan sedikit garam.
6.Maggi cukup rasa.
7.Letakkan sedikit gula.
8.Diikuti lada sulah. Kacau sebati.
9.Kemudian masukkan sayuran dan kacau sebati.
10.Tumis sekejap. Agak agak dah layu sikit terus tutup api.
Ads
11.Alihkan ke dalam bekas yang berlubang untuk menapis air yang keluar. Bawah bekas tu lapik dengan bekas lain.
12.Bancuh 2 sudu besar tepung gandum dengan air untuk dijadikan gam pada kulit popia.
13.Ambil sekeping kulit popia.
14.Sudukan inti.
15.Lipat sedikit dan di hujung kulit popia disapu dengan bancuhan tepung.
Ads
16.Gulung kemas-kemas. Buat sampai habis.
17.Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng popia tadi dengan menggunakan api sederhana perlahan.
18.Angkat dan toskan.
19.Sedia dihidangkan untuk minum petang bersama keluarga.
Tak lengkap rasanya musim cempedak kalau tak merasa Cempedak Goreng panas-panas, betul tak? Bau dia wangi semerbak, kulit rangup keemasan, isi lemak manis. Memang kombinasi yang buat ramai tak boleh berhenti mengunyah! Sama ada untuk minum petang atau jualan kecil-kecilan, resipi ni confirm buat orang teringat-ingat. Maklumlah, cempedak pun dah mahal kan? Jadi lebih baik buat sendiri di rumah.
CEMPEDAK GORENG
Bahan-bahan:
1 biji cempedak
1 cawan tepung gandum
¾ cawan tepung beras
2 sudu tepung pisang goreng
1 cawan air | adjust
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu minyak masak
1 sudu besar bijan
Cara Memasak:
Di dalam mangkuk, satukan tepung gandum, tepung beras, tepung goreng pisang, garam, serbuk kunyit dan air. Air masuk sedikit demi sedikit mengikut sukatan tepung masing-masing. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
Kemudian, masukkan minyak masak yang panas serta bijan dan kacau hingga sekata.
Boleh celupkan cempedak dan gaul sebati.
Di dalam kuali yang panas, masukkan cempedak dan goreng hingga keperangan.
Lebih elok jika minyak banyak dan cempedak tenggelam supaya tak perlu nak terbalikkan.
Angkat dan toskan.
Cempedak Goreng sedia untuk dihidangkan.
TONTON VIDEO PENUH DI SINI:
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Mudah rupanya nak buat RotiJohn homemade ni. Kalau ke pasar malam, ia ibarat menu wajib beli. Jika anda penggemar hiodangan ni, cubalah buat sendiri. Pasti puas hati dan jimat banyak. Resipi perkongsian saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad ni nampak mudah. Jom cuba!
RESIPI ROTI JOHN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Roti john/roti oblong (belah tengah)
Daging kisar ramly (daging burger pun boleh)
Bawang merah, cili merah & cili api – dihiris
2-3 biji telur
Planta secukupnya
Sos cili secukupnya
Mayones secukupnya
Sos Thousand Island secukupnya
Sayuran : Timun, kubis – disagat halus
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Satukan telur, daging, bawang, cili dan juga garam. Ketepikan.
2. Sapukan plantan pada roti. Ketepikan.
3. Cairkan sedikit planta di dalam kuali. Kemudian masukkan campuran daging dan telur tadi. Biarkan hingga masak.
4. Tekap roti diatas daging tadi. Biarkan seketika baru diterbalikkan.
5. Bila dah masak, angkat.
6. Letakkan sayur serta sos cili, mayones dan sos Thousand Island.
7. Potong ikut saiz bersesuaian dan sedia untuk dinikmati.
Kudapan kuih tiram, ada yang panggil kuih lidah buaya, bujang lapuk, sabana, kapal terbang dan banyak lagi. Tapi ramai yang susah untuk dapai kuih tiram yang rangup dan cantik kembang. Ini cara mudah yang anda boleh pelajari.
KUIH TIRAM BAHAN A:
300gm tepung gandum
20gm tepung jagung
10gm majerin,
CARA MEMBUAT:
Adun sebati semua bahan.
Bahagi 3 bahagian (110gm untuk 1 bahagian)
BAHAN B:
157gm air tapis
5gm garam
CARA MEMBUAT:
Kacau sebati bagikan 3 bahagian(54gm untuk 1 bahagian)
Untuk yang berwarna boleh masukkan 1 atau 2 titis pewarna makanan
DOH YANG SUDAH SIAP:
BAHAN UNTUK GAM TEPUNG:
50gm tepung beras
50gm tepung jagung
50gm minyak
CARA MEMBUAT:
Adun sebati dan jangan berketul.
CARA MENCANAI:
1.Ambil 1 doh leperkan sedikit supaya senang hendak mesin, gunakan mesin pasta.
2.Mula mesin guna no3 (tebal) sudah jadi macam itu potong tengah, dapat 2 keping dan mesin pula no 9 (nipis)
3.Ini yang sudah siap mesin nipis no 9.
4.Sapu gam tepung, tinggalkan sedikit bahagian hujung tidak perlu gam supaya goreng nanti bahagian hujung tidak terbuka.
5.Mula gulung sampai hujung,
6.Ulang step sampai habis
12. Ambil 1 gulung potong selebar 1 jari telunjuk atau 1 cm, buang sedikit bahagian hujung kanan dan kiri.
13. Ambik 1 potong tekan sedikit dengan jari, kemudian tekan dengan gelas di tengah dan tolak gelas ke depan dan ke belakang 2 kali. Tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal.
14. Siap nipiskan semua, boleh panaskan minyak.
15. Minyak sudah panas masukkan 1 keping, dah timbul terbalikan kemudian buat macam dalm gambar guna garfu dan lidi.
INFO: Sejukkan dulu kuih tiram sebelum taburkan dengan serbuk gula.