1. Cairkan marjerin dan biarkan sejuk. 2. Bancuh air, gula, garam, susu, telur. Kacau biar sebati. 3. Masukkan tepung dan sebatikan dengan bancuhan tadi. Masa ni jangan letak air terlalu bnyak. Cukup untuk racik-racikkan tepung. 4. Kemudian, masukkan marjerin tadi dan akhir sekali, masukkan minyak. Gaul sehingga hampir sekata.
5. Masukkan air secukupnya. Jangan terlalu lembik, nanti cepat koyak masa nak tebar. Doh biar keras sikit. Sukatan 400-500ml tu sesuai untuk 1kg tapi boleh ejas ikut kesesuaian. 6. Uli 3 kali diselang seli dengan rehatkan doh selama 10 minit. Setiap ulian boleh buat 10-15 minit.
Ads
7. Uli dengan tekanan yang lembut. Bila dah biasa, boleh buat uli 2 kali je. Uli sampai masak. Doh akan jadi licin dan berkilat. 8. Kemudian, rehatkan doh selama 30-40 minit. Tutup dengan kain lembab. Cukup masa, boleh bentukkan doh. Untuk sekilo, saya biasa buat 20 biji je. Boleh kecilkan lagi untuk dapat 23-25 biji.
9. Lumur doh dengan marjerin. Jangan kedekut kat sini. Kemudian, boleh simpan dalam bekas bertutup. Boleh ditebar seawal 3-4 jam. Saya biasa buat semalaman. 10. Cukup masa boleh digoreng, boleh ditebar atau tarik mengikut keselesaan.
11. Sebelum tu, doh tu boleh penyet-penyetkan dulu untuk mudahkan tebar nanti. Lepas penyet-penyet, rehat kejap dalam 10-15 minit. Jangan lupa minyakkan sikit tangan dan doh. 12. Dah masak. Masa panas-panas tu, boleh tepuk-tepuk untuk bagi roti gebu dan nampak berlapis.
Jom cuba buat nugget homemade! Ha…bagi ibu-ibu yang ada anak yang susah nak makan nasi, memang susah hati kan? Bukan apa, risau jika mereka tidak dapat zat serta keperluan nutrisi yang cukup untuk tumbesaran. Melalui perkongsian saudari Hani Nanny, ada menu mudah yang anda boleh cuba. Malah jika buat menu ni, lebihan nasi juga boleh digunakan tanpa perlu membazir.
Anak payah nak makan nasi? No worries lah. Jom try buat nugget, Boleh je campak-campak sayur, ayam ikut kesukaan dalam tu. Kalau dah goreng confirm nam tujuh ketul dijamahnya. Buat bebanyak pastu frozenkan, Bebila nak makan gorengkan saja..mudahkan?
CARA BUAT NUGGET NASI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Nasi (empunya resipi guna beras jepun) – beras biasa pun boleh
Isi ayam
Daun bawang(optional) – boleh juga tambah lobak merah dan lain-lain sayur ikut citarasa
Perasa
1-2 biji telur – dipukul
Serbuk roti secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan nasi, isi ayam, sayur dan perasa dengan secukupnya. Gaul hingga sebati.
2. Canai adunan nasi tadi dan tekap dengan pencetak kesukaan. Pastikan anda sapu sedikit minyak pada pencetak dan permukaan nasi supaya tidak melekat.
3. Celup kepingan nugget nasi dalam bancuhan telur.
4. Kemudian salut dengan serbuk roti. Lakukan hingga habis adunan.
5. Selepas siap, sejukbekukan nugget terlebih dahulu sebelum digoreng.
Masakan Thai sememangnya terkenal di seluruh dunia. Bahkan masakan ini juga cukup dekat dengan masyarakat di Malaysia. Dengan adunan rasa masam, masin dan pedas sentiasa menjadi pilihan ramai penduduk Malaysia. Jika anda penggemar masakanThai,ini RASA kongsikan lima resipi masakan Thai berasaskan ayam yang comfirm sedap.
SALAD AYAM BAHAN-BAHAN:
2 ketul isi dada ayam
1 sudu teh sos ikan
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu teh sos Thai
300gm daun kubis | hiris halus
2 batang lobak merah | hiris halus
1 batang timun | hiris halus
3 batang daun bawang | potong 3cm panjang
250gm kacang tanah goreng
1 biji cili merah | potong halus
4 biji cili padi |potong halus
1 biji cili Benggala hijau |hiris memanjang
1 biji cili Benggala merah |hiris memanjang
2 tangkai daun pudina
2 pokok daun ketumbar |potong kasar
Minyak masak secukupnya
BAHAN UNTUK SOS SALAD:
2 sudu teh minyak bijan
1 sudu makan mentega kacang
3 sudu teh sos ikan atau secukup rasa
1 biji limau nipis | ambil jusnya
3 sudu teh cuka
4 sudu teh gula pasir
4 biji bawang putih | cincang
2 sudu makan air masak
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, satukan dada ayam bersama sos ikan, serbuk lada hitam dan sos Thai. Perap selama 30 minit. Setelah itu goreng dada ayam di dalam kuali angkat dan hiris agak nipis. Ketepikan.
Di dalam mangkuk salad ,satukan semua bahan yang telah dihiris dan dipotong halus tadi. Masukkan ayam dan gaul sebati.
Untuk membuatkan sosnya; masukkan kesemua bahan sos ke dalam bekas plastik kedap udara dan goncang sehingga kesemua bahan sebati. Apabila saat untuk menghidang, tuangkan sos ke dalam salad tadi dan gaul sebati. Siap untuk dihidangkan.
AYAM HALIA BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam | potong 6 – 8 ketul
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
5cm halia |hiris halus dan memanjang
1 biji bawang besar | hiris
4 biji bawang putih | hiris
4 biji cili padi | hiris
1 tangkai cili merah | hiris
1/2 batang lobak merah | hiris halus dan memanjang
4 tangkai kacang panjang | potong 3cm panjang
2 sudu teh sos ikan atau secukup rasa
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu teh gula atau secukup rasa
2 sudu teh cuka atau secukup rasa
60ml air
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, gaulkan ayam bersama serbuk kunyit, garam dan serbuk lada hitam. Ketepikan.
Panaskan minyak lebih kurang enam sudu makan di dalam kuali dan goreng sebentar ayam selama lebih kurang 5 minit, angkat dan ketepikan.
Di dalam kuali yang sama, tumiskan halia, hirisan bawang besar, bawang putih, cili padi dan cili merah sehingga wangi. Kemudian masukkan lobak merah, kacang panjang, sos ikan, serbuk pati ayam, gula, cuka dan air.
Masaklah sehingga kuah mendidih akhir sekali masukkan kembali ayam dan kacau sebentar.
Tutupkan api. Siap untuk dihidangkan.
AYAM PANDAN BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam | potong 6-8 ketul
4 biji bawang putih | kisar halus
1 biji bawang besar | kisar halus
3cm halia | kisar halus
3cm lengkuas | kisar halus
6 tangkai cili padi | kisar halus
2 batang serai dihiris halus | kisar halus
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Daun pandan secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam bersama kesemua bahan kisar, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk kunuit, serbuk pati ayam, garam dan gula.
Perap semalaman bagi mendapatkan rasa yang lebih enak.
Setelah itu bungkuslah ayam tersebut dengan daun pandan seperti membungkus ketupat palas.
Goreng di dalam minyak yang banyak dengan api yang agak sederhana besar agar ayam masak sekata.
Ayam pandan siap untuk dihidangkan.
AYAM KARI HIJAU BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam | potong 4-6 ketul
1 biji bawang besar | dikisar
4 biji bawang putih | dikisar
6 tangkai cili padi hijau | dikisar
4 pokok daun ketumbar | potong kecil serta kisar bersama akarnya
4 helai daun limau purut | dihiris halus serta dikisar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk kari ayam
1 sudu teh serbuk pati ayam
2 keping asam gelugur
125ml santan pekat
250ml air
1 biji tomato | belah enam
1 biji bawang besar | belah empat
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam kuali tumiskan bahan yang telah dikisar bersama serbuk jintan manis, serbuk kari ayam, serbuk pati ayam, asam gelugur, garam dan gula secukup rasa sehingga pecah minyak.
Masukkan santan pekat, masak selama 5-6 minit atau sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan ayam dan air kacau sebentar, biarkan sehingga air mendidih atau sehingga kuah agak memekat.
Setelah itu masukkan tomato yang telah dihiris dan bawang besar yang telah dibelah empat.
Masaklah sehingga tomato dan bawang agak lembut. Tutupkan api. Kari hijau ayam sedia untuk dihidangkan.
Nasi Minyak Terengganu ni, selain boleh dinikmati bila ada kenduri kendara atau di harai-hari istimewa seperti Hari Raya, ia juga ada dijual sebagai hidangan sarapan pagi oleh kebanyakan restoran di Terengganu. Menariknya set Nasi Minyak Terengganu sedikit berbeza kerana lauk pauk yang digandingkan akan menggunakan rempah ratus tempatan yang ada dijual di sana. Jika anda ingin mencuba, berikut dikongsikan set Nasi Minyak Terenggau yang dimakan bersama Gulai Daging dan Acar Pedas Nanas.
NASI MINYAK TERENGGANU
BAHAN-BAHAN: 3 pot beras basmathi | rendam 10 min 5 pot air 1 labu bawang besar | belah dua & hiris nipis 3 inci halia | dihiris & diketuk 2 batang kulit kayu manis 3 kuntum bunga lawang 5 biji buah pelaga 8 kuntum bunga cengkih 2 sudu besar minyak sapi 3 sudu besar minyak masak 3 sudu besar Sunquick Oren – beli online disini 3 sudu besar sos tomato 2 helai daun pandan Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan air dalam rice cooker dn panaskan sehingga mendidih.
Sementara itu panaskan minyak sapi + minyak masak dan tumis hirisan bawang besar sehingga wangi.
Masukkan 4 sekawan, daun pandan dan halia dan tumis lagi hingga naik bau dan bawang keperangan atau garing.
Bila air dalam rice cooker sudah mendidih tuangkan bahan tumisan dan didihkan lagi sekejap.
Masukkan beras, Sunquick Oren, sos tomato, garam dan gula secukup rasa dan masak nasi seperti biasa.
Bila nasi masak biarkan 5 – 10 minit baru kacau nasi baru nasi kita cantik dan tidak patah.
GULAI DAGING TERENGGANU
BAHAN-BAHAN: 1 kg daging | hiris nipis, basuh dan toskan 3 sudu besar kerisik 3 sudu besar rempah gulai bunga rose 1 sudu besar rempah masak bunga rose Santan secukup nya 1 keping kecil Nisan /gula melaka Asam gelugor Garam, gula dan perasa secukupnya 10 tangkai cili kering 15 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 1 inci halia 1 inci lengkuas 1 inci kunyit hidup Sedikit belacan Minyak secukupnya |untuk menumis
BAHAN TUMIS : 1 labu bawang besar | hiris nipis 1 inci halia | hiris halus 3 kuntum bunga lawang 2 batang kulit kayu manis 10 kuntum bunga cengkih 3 sudu besar cili kisar
CARA MEMASAK:
Tumiskn bahan-bahan tumisan kecuali cili kisar hingga wangi dan garing.
Masukkan cili kisar dan tumis lagi sekejap hingga cili masak dan pecah minyak.
Masukkan bahan kisar, rempah gulai, rempah masak dan kerisik dan gaul sebati.
Masak menggunakan sederhana hingga rempah masak dan pecah minyak.
Masukkan daging dan perasa secukupnya, kacau rata dan masak sekejap hingga daging separuh masak.
Masukkan air secukupnya dan rebus hingga daging empuk.
Baru masukkan santan, renehkan sekejap dan perasakan dengan garam, gula dan
Renehkan gulai hingga masak dan pecah minyak.
Gulai daging versi cepat sebab itu saya tumis sekali jalan. Untuk lebih sedap rebuskan dahulu daging dengan rempah rempah, kemudian baru tumis (tumis darat).
INFO: Untuk rasa lebih sedap campurkan gula nisan dengan gula melaka dan kalau suka juga boleh tambah kentang ke dalamnya.
ACAR PEDAS NENAS
BAHAN-BAHAN: 1 biji nanas | potong kecil-kecil Cili kisar secukupnya Nisang /gula melaka scukupnya Sedikit garam Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Masakkan air, nisan/gula melaka, sedikit garam dan cili kisar.
Renehkan hingga betul-betul masak.
Kemudian tuangkan dalam bekas berisi hirisan nanas tadi.
Gaul sebati.
Acar sedia dihidangkan bersama Gulai Daging dan Nasi Minyak.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.