Pudding Brownies Tanpa Telur & Mentega Tapi Rasanya Tetap Sedap

Share

Buat penggemar manisan, rugi jika anda tidak pernah merasa pudding brownies. Menariknya, resipi yang dikongsi oleh Fatin Damia ini tidak perlu menggunakan telur dan mentega. Sekali pandang, memang dah terasa kesedapannya dalam tekak. Jom kita cuba buat untuk ahli keluarga hujung minggu ini.

RESIPI PUDDING BROWNIES

 

BAHAN-BAHAN:

  • 5 keping roti
  • 850 ml susu coklat
  • 10gm agar agar serbuk
  • 1/2 cawan gula
  • Secubit garam
  • 100gm coklat masakan ** (Kakak guna jenama Beryl’s)
  • 2 sudu besar serbuk koko ** (Kakak guna jenama Van’s Houten. Boleh ganti dengan Milo jika suka)

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Kisar halus semua bahan kecuali bahan bahan yang bertanda **

2. Setelah itu, masak semua bahan di dalam periuk dan masukkan bahan bahan yang bertanda **.

3. Masak sampai semua bahan menjadi sedikit pekat. Setelah masak, tuang ke dalam bekas dan simpan puding ke dalam peti ais selama lebih kurang 4 jam ataupun semalaman sebelum dihidangkan.

 

 

Selamat mencuba!

Jika anda sedang mencari AIR FRYER yang berkualiti dengan harga yang berpatutan, boleh dapatkan DISINI.

Kredit Resipi & Foto: Fatin Damia

Anda Juga Boleh Cuba Resipi Ini:

Published by
Naqiyatul Uzma