Ada orang suka makan puding karamel. Tapi ada puding karamel yang dibuat jadi kurang enak disebabkan bau telur ayam yang hanyir. Pun begitu, ada juga yang tidak berpeluang makan puding karamel disebabkan elergik dengan produk yang ada telur ayam. Nah, RASA kongsikan resipi puding karamel yang dibuat tanpa telur ayam. Rasanya tetap sama.
PUDING KARAMEL TANPA TELUR AYAM
BAHAN KARAMEL
4 sudu besar gula
3 sudu besar air
CARA MEMBUAT KARAMEL
1. Hanguskan gula sampai perang.
2. Kemudian masukkan air.
3. Kacau sampai gula cair dan sebati.
BAHAN PUDING
1 peket serbuk agar-agar (10 g)
4 cawan air
1 tin susu cair
7 sudu besar gula
7 sudu besar susu pekat
3 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanila
Sedikit pewarna kuning (jika ada)
CARA MEMBUAT PUDING
1. Masak semua bahan atas api sederhana.
2. Puding kena sentiasa kacau takut berketul.
3. Setelah masak, tapis puding atas karamel tadi.
4. Sejukkan puding. Simpan dalam peti ais dua jam.
5. Kemudian terbalikkan. Hati-hati bimbang pecah.
Ekstra: Tahap kemanisan ikut selera masing-masing. Boleh kurang dan tambah gula ikut cita rasa anda.
Resipi daripada Mastura Razali
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI