Peminat buah nangka mesti suka pulut ni. Menurut Rosziyana Bakar pulut tu dikukus boleh, nak masak macam masak nasi pun boleh. Tapi jangan lupa rendam dulu pulut tu.
Pemilik resipi masak pulut guna high pressure cooker. Masak lima minit aje.Untuk kuah masak atas api.
PULUT NANGKA
.
BAHAN-BAHAN:
2 cawan pulut (rendam sebentar dalam sejam& toskan)
Santan kotak 1/2 cwn
Daun pandan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Air secukupnya
CARA MASAK :
1. Masak pulut dan semua bahan. Air sama paras dengan pulut ya. 2. Pemilik resipi guna high pressure cooker, masak lima minit aje 3. Kukus macam biasa pun boleh
KUAH SANTAN
Ads
.
BAHAN-BAHAN :
Gula Melaka 2 ketul
Santan 1 kotak
Buah Nangka 8-10 ulas (blend)
Bancuhan tepung jagung 2 sudu
Daun Pandan
Sedikit garam
Air secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Masak gula melaka dgn sedikit air kemudian tapis 2. Masuk semua bahan kecuali tepung jagung bersama gula melaka yg dh di tapis td. Masak hingga mendidih 3. Masukkan bancuhan tepung jagung
Ads
CARA MENGHIAS: 1. Belah buah nangka jangan sampai putus, buangkan bijinya. 2. Masukkan sedikit pulut 3. Resipi asal, kukus sekejap dalam 2-5 minit, jangan lama nanti buah nangka lembik. (tak kukus pun tak apa)
Kredit foto dan resipi: rosziyana bakar
INGIN MENCARI PRESSURE COOKER YANG MEMPERCEPATKAN KERJA MEMASAK PULUT NANGKA, JOM LAYARINYA DI SINI.
Mungkin ramai yang tak pernah makan ikan Yu kerana tidak biasa atau tidak pernah diperkenalkan cara memasaknya dari kecil. Selalunya kita tidak mahu mencuba kerana tidak biasa. Apa kata pecah kebiasaan itu dan boleh cuba buat masak kari. Rasanya memang best.
BAHAN-BAHAN:
1kg ikan yu | dibuang kulit dan dipotong kecil
2 biji bawang besar | dimayang
5 ulas bawang putih | ditumbuk
2 cm halia | dihiris
3 sudu makan rempah kari
2 pelepah daun kari
2 sudu makan asam jawa
3 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak zaitun untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, daun kari dan halia.
2. Masukkan rempah kari. Masak seketika kemudian masukkan satu cawan air. Biar sehingga pecah minyak.
3. Masukkan dua cawan air dan asam jawa. Biarkan mendidih.
4. Masukkan ikan. Perasakan dengan garam dengan secukupnya.
Keluarga suka berkumpul di hari minggu. Apa kata buat menu istimewa yang pasti disukai ramai. Min cadangkan menu nasi minyak dan beriani daging yang buat korang kecur liur. Rata-rata menyukainya , pasti bertambah sekeluarga makan nanti.
NASI MINYAK
Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi
1/2 cawan margerin/planta
3 1/2 cawan air
1 cawan susu cair
2 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 helai daun pandan
garam secukupnya
1 kiub stok ayam
Pewarna kuning
BAHAN KISAR:
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm halia
BAHAN HIASAN:
bawang goreng
daun bawang dihiris
CARA MEMASAK :
1. Panaskan margerin dalam periuk. Tumis bahan yang dikisar.
2. Masukkan bahan tumis rempah 3 sekawan bersama daun pandan sehingga naik bau.
3. Masukkan beras yang siap dicuci, garam, air dan susu cair juga stok kiub ayam.
4. Apabila nasi telah kering masukkan pewarna kuning. Letakkan bercapuk atau setompok-setompok. Tutup dan biarkan seketika.
5. Setelah kering, kacau rata. Biarkan seketika dan setelah masak, bolehlah dihidang bersama bahan hiasan. Siap!
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan rempah beriani dan cili kisar.
2. Masukkan daging dan daun ketumbar yang telah dipotong bersama kentang. Tambahkan ait dan garam dan perasa. Masak sehingga pekat. Hias dengan tomato ceri. Siap!
SELAMAT MENCUBA
Kredit: angah izan
INGIN MEMBELI PERIUK NASI BARU, BOLEH LIHAT DI SINI.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.