Bagi sesetengah orang, apalah sangat nak dibuat tentang masak nasi putih. Hanya sekadar nasi putih kan. Namun pernah terfikir tak, kenapa bila kita makan nasi putih di kedai, rasa lagi sedap?
Tapi bagi Ahmad Shukri Amiruddin, memasak nasi putih ini ada petuanya untuk bagi lagi sedap. Bukan masak begitu saja.
Menurutnya, inilah rahsia besar kedai-kedai makan dan para tukang masak bila masak nasi putih.
Selama 25 tahun saya belajar, bekerja, bergelumang dan mencari rezeki melalui perniagaan makanan. Malam ini saya akan bagi ilmu yang paling penting sekali dalam bidang masakan.
Saya nak kongsikan ‘ilmu pengasih’ yang digunakan oleh kebanyakan kedai-kedai nasi campur dan juga nasi lauk kenduri kawin. Kadang-kadang bila kita makan nasi di kedai memang sedap. Lepas tu orang kata kedai tu pakai jin, pakai bomoh, pakai hantu dan macam-macam lagi.
Perkongsian ilmu pangasih untuk anda. Anda boleh gunakan ilmu ini supaya suami anda lebih sayang sebab masak lagi sedap. Setiap kali masak nasi putih, bacalah Bismilah dan selawat masa basuh beras. Ikutlah berapa kali nak dibaca.
Masa nak masak nasi, masukkan sedikit garam dan minyak dalam nasi yang nak dimasak. Masukkan daun pandan. Kena pandai agak-agak supaya tak terlalu masin dan berminyak. Sukatan air nasi adalah seperti biasa. Apa tujuannya?
Minyak berfungsi supaya nasi tidak melekat dan sentiasa berderai. Garam pula untuk bagi nasi putih ada ‘rasa’ bila kita makan begitu saja atau dengan lauk berkuah. Daun pandan supaya nasi wangi satu dapur bila dah mendidih.
Kalau masak nasi selain nasi putih: nasi tomato, nasi minyak dan lain-lain, ikutlah cara ini beserta masukkan 3 atau 4 ketul gula batu bertujuan mengilatkan nasi supaya lebih cantik.
Limau kasturi ni memang sedap dan banyak guna. Sesuai jika digunakan untuk jus, sambal belacan dan sebagainya. Namun andai dibeli, dalam 1 paket ada banyak biji. Mustahil boleh habis guna dalam masa sehari. Baki buah yang tinggal jika dibiar, lama kelamaan limau kasturi akan jadi kecut dan busuk. Hmm…rugi-rugi. Tapi ada cara bijak untuk simpan limau kasturi perkongsian saudari Siti Fatimah Abas yang anda boleh cuba. Moga bermanfaat.
CARA SIMPAN BUAH LIMAU KASTURI
BAHAN-BAHAN:
Limau Kasturi
Tapis
Bekas ais
CARA-CARA:
1. Bersihkan buah limau dan potong dua.
2. Perah dan tapis bagi mengasingkan bijinya.
3. Setelah habis diperah, sudukan jus limau tadi ke dalam bekas ais.
4. Simpan dalam peti sejuk beku semalaman hingga betul-betul beku.
5. Kemudian bolehlah dikeluarkan dan simpan dalam bekas bertutup.
6. Jika nak guna, ambil 1-2 kiub limau kasturi dan masukkan ke dalam masakan, minuman ataupun sambal belacan.
Kalau suka makan hidangan berasas keledek elok sangat kalau tanam sendiri pokoknya. Walaupun tiada laman tak tak jadi masalah. Meskipun keledek tanaman menjalar tapi tak semestinya perlu ditanam atas tanah, dalam plastik beras pun boleh.
Keledek tetap menjadi dan banyak hasilnya. Bagi yang nak cuba tanam keledek menggunakan plastik beras ini boleh ikut cara yang dikongsi oleh Jatye Atie Christie.
Daripada buang beg plastik beras, kita buat macam ni ya! Dapat juga makan keledek yang manis ni kan.
Tanam keledek dalam plastik beras
Boleh guna plastik beras 5kg, atau 10kg. Tebuk bahagian bawah untuk pengaliran air.
2. Ambil tanah hitam, Cocopeat dan tanah biasa masukkan dalam plastik tadi.
3. Kemudian cucuk saja keratan batang keledek dalam tanah. Boleh juga tanam guna ubinya.
4. Siram sekurang-kurangnya sekali sehari dan letak di kawasan yang kena cahaya matahari.
5. Buatkan pancang kayu kerana pokok ini menjalar. Keledek boleh dituai selepas 3 bulan.
Yang ini, bawah beg plastik pun masih ada ubi. Bila dah tuai ambil keratan batang pokok keledek dan tanam lagi.
Tip kerat batang pokok keledek untuk ditanam
Penanaman secara keratan boleh dilakukan dengan memotong batang ubi keledek dalam lingkungan panjang 20cm hingga 30cm.
Kemudian, tanam keratan tersebut secara condong dan pastikan suku daripada bahagian keratan tersebut timbul pada bahagian permukaan tanah.
Pernah tengok buah labu siam? Rupanya seakan buah jambu tetapi ia merupakan sejenis sayur yang banyak digunakan dalam masakan oleh kaum Cina. Dan jika di Sabah, labu siam dipanggil Timun Jepun atau Timun Taiwan.
Labu siam atau nama saintifiknya Sechium edule merupakan sejenis tumbuhan menjalar, sebenarnya bukan berasal dari Siam atau Thailand, sebaliknya dikatakan berasal dari Amerika Tengah dan kemudian dibawa oleh orang Belanda ke seluruh dunia.
Kalau anda nak tahu, terdapat dua jenis labu siam yang diketahui iaitu berkulit licin dan yang berduri kecil.
Kebiasaanya, labu siam dimasak sebagai sayur. Misalnya ditumis dengan cili atau dijadikan ramuan dalam masakan sup. Ada juga yang menggunakan dalam masakan lemak cili padi dan yang paling menarik, sayur ini juga dikatakan boleh dijadikan sebagai rojak, iaitu dimakan mentah dicicah dengan kuah rojak.
Tetapi sebenarnya, labu siam ini sangat bagus untuk kesihatan kita. Labu siam dipercayai dapat menurunkan tekanan darah tinggi, kencing manis, merawat penyakit batu karang, dan mampu menurunkan kadar kolestrol.
BAHAN-BAHAN:
Labu siam Air masak
CARA-CARA:
1.Labu siam dipotong secara dadu. 2.Masak hingga mendidih atau labu siam menjadi lembut . 3. Kemudian, kisar labu siam sampai lumat. Tapis air dan ambil jusnya sahaja. 4. Minum dan amalkan selalu.
*kalau tak boleh minum terus, boleh juga masak sayur singgang pun sedap. Amal 2 kali seminggu menu ni. Insha-Allah, usaha doa tawakal.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.