Hari ni Min nak cerita pasal personaliti Chef yang mempunyai nama yang’sedap’ didengar,unik sekali. Tiga perkataan iaitu Dennie Yudie Darmawan berbinkan ayahnya Samsuardi, tapi dia anak jati Malaysia tau. Mempunyai 18 tahun pengalaman dalam bidang kulinari (F & B) segala pengalaman yang dilalui banyak membentuk dirinya sekarang.
Berjawatan Eksekutif Sous Chef di hotel berprestij Eastin Hotel, Petaling Jaya, Selangor, Dennie adalah orang ‘kanan’ yang banyak membantu ketuanya, Eksekutif Chef Alex Leong Mun Fai.
Kini sudah empat tahun dia berkhidmat di sini , membantu mengekalkan prestasi operasi dapur ,kualiti makanan dan minuman, penyeliaan dan penyediaan menu, penyeliaan staff , perbelanjaan dan kos dan pelbagai lagi.
Di antara yang menjadi keutamaan adalah mengekalkan kebersihan penyediaan makanan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh ISO dan HACCP
Ads
Chef Dennie memulakan kerjayanya dari ‘bawah’ daripada tahun 2000 apabila mula bekerja di Hotel Nikko , Kuala Lumpur sebagai Commis 3 ketika masih dalam pengajian diploma Genting Centre of Excellent, Malaysia. Ketika itu dia menjalani latihan praktikal di sana.
Sehingga kini Chef Dennie pernah bekerja di 7 hotel berprestij iaitu :
Ads
1.2000- 2005, Hotel Nikko KL – Commis 1 2.2005 -2008, Sime Darby Convention, KL – Jurumasak 3.Julai 2008, Nov 2008, Hotel Shangri KL – Commis 1 4.2008-2009, Impiana KLCC Hotel & SPA, KL – Chef De Partie 5.2010-2011, IKEA, UAE, Abu Dhabi – Penolong Kanan F & B (Pengurus) 6.2011- 2012, Urban Spoon Restaurant – Sous Chef (Pengurus) 7.2014 hingga kini, Hotel Eastin, PJ – Eksekutif Sous Chef
Kegigihannya terserlah kerana pernah menerima anugerah Kehadiran Sempurna, sebanyak 3 kali. Semasa bekerja di Hotel Nikko beliau pernah menerima pendedahan bekerja selama setengah tahun di Hotel Azadi, Tehran Iran
Ads
Meminati selebriti berbangsa Arab, Chef Ammar Ali , dia juga mahir membuat masakan Arab yang dipelajarinya dari mentornya ini. Pengalaman bekerja di Abu Dhabi juga walaupun hanya dua tahun tetapi banyak membantu Chef Dennie mendalami skil memasak masakan Arab.
“Memasak masakan Arab ni kena tahu teknik dan peralatan masak yang betul. Dan juga paling penting boleh menerima teguran dari tetamu Arab yang agak cerewet sedikit. Pemilihan rempah ratusnya kena segar dan berkualiti,” ujar Denni kepada RASA.
Prinsip memasaknya mudah sahaja. “ Bila memasak masakan bukan sahaja perlu sedap, tetapi juga bersih cara penyediaannya .”
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bagi para peminat rancangan masakan, pastinya pernah menonton dan mengenali atok ini yang popular menerusi channel Youtube ‘ Grandpa Kitchen ‘kan? Dalam video-videonya, beliau banyak memasak hidangan dalam jumlah yang besar untuk sajian anak-anak yatim yang memerlukan.
Sifat pemurah serta aksinya yang bersahaja ketika memasak menggunakan dapur kayu menarik minat seluruh dunia sehinggakan channel Grandpa Kitchen berjaya mengumpul lebih dari 6 juta pengikut.
Namun, para peminat tidak dapat lagi menonton aksi Grandpa atau nama sebenarnya Narayana Reddy dari Telangana, India kerana beliau dilaporkan telah meninggal dunia. Menerusi video yang dimuatnaik pada 30 Oktober 2019, Grandpa dinyatakan telah meninggal dunia pada 27 Oktober 2019 di usia 73 tahun.
Grandpa from Grandpa's kitchen is dead. He was the most wholesome man on all of youtube, making large meals which he shared with orphans in his community. Been following him for a long time, and I cant really put into words how painful this is for me.
Siapa kata untuk mendapatkan kulit yang cerah harus menggunakan ubat tambahan? Tidak perlu! Terdapat beberapa jenis bahan semulajadi yang mampu membuatkan kulit wajah anda cerah, malah lebih putih dan halus. Yang penting perlu rajin mempraktikkannya..Selamat mencuba!
MADU
Selain antibakteria, madu juga berfungsi sebagai agen pemutih dan pelembap kulit. Caranya mudah sahaja. Anda cuma perlu menyapu madu tersebut di wajah anda. Biarkan selama lima minit kemudian cuci dengan air suam.
BETIK
Sepotong buah betik juga boleh membuatkan wajah anda menjadi cerah taw! Caranya dengan menggosokkan betik pada wajah anda selamat 2 hingga 3 minit. Kemudian bilas wajah anda. Mudah kan?
LEMON
Potong lemon kepada beberapa keping kemudian sapu hirisan lemon tersebut pada wajah anda selama lima minit. Kemudian bilas. Haa lepastu kita tengok hasilnya..
TIMUN
Timun bukan sahaja boleh menyegarkan mata, tetapi anda juga boleh menggunakan hirisan timun tersebut untuk diletakkan di wajah anda. Biarkan beberapa minit. Bukan boleh mencerahkan wajah tetapi juga menyihatkan kulit wajah.
KUNYIT
Tahukah anda kunyit sebenarnya antiseptik dan antibakteria yang baik? Disebabkan itu masker kunyit baik untuk mencerahkan wajah. Caranya, campurkan susu dengan kunyit terlebih dahulu, kemudian sapu pada wajah dan bilas setelah 10 minit. Untuk memudahkan, anda boleh cari masker dari kunyit di pasaran.
ALOE VERA
Sekiranya anda mempunyai masalah warna kulit tidak sekata, gel aloe vera boleh menjadi cara yang baik untuk mengatasi masalah tersebut dan akan memberikan tona kulit yang lebih sekata.
LIMAU
Vitamin C yang terdapat dalam limau amat penting untuk menjaga kesihatan kulit. Anda hanya memerlukan setengah cawan air limau dan setengah sudu teh kunyit kemudian sapu diseluruh wajah. Biarkan kering kemudian baru bilas.
Bentuknya seakan-akan bunga kubis namun ia berwarna hijau. Brokoli merupakan tanaman sayuran yang termasuk dalam kumpulan sayuran kubis atau Brassicaceae. Di Malaysia, brokoli mudah diperolehi dan enak dinikmati dengan pelbagai gaya masakan.
Sebagai bahan makanan, brokoli biasanya direbus atau dikukus, atau boleh juga dimakan mentah. Walau bagaimana pun, cara terbaik dalam memasak brokoli adalah dengan cara dikukus.
foto: www.drweil.com
Tujuannya adalah agar segala vitamin dan nutrisi penting yang ada di dalam brokoli tidak hilang sepanjang proses pemasakan.
Merebus brokoli akan membuat sekitar 50 % asid folik yang terkandung di dalamnya jadi hilang. Oleh kerana itu, jika ingin memasak brokoli dengan cara direbus, sebaiknya jangan merebus brokoli terlalu lama, cukup sekitar 5 minit saja. Jangan lebih.
KANDUNGAN GIZI BROKOLI
Brokoli telah lama diketahui sebagai salah satu sayuran yang menyihatkan kerana kandungan gizi di dalamnya. Brokoli merupakan:
Sayuran yang mempunyai kalori yang rendah.
Rrendah lemak dan bebas kandungan lemak tepu.
Tinggi kalium dan rendah sodium sertatidak mengandungi kolesterol.
Brokoli mengandung energi, karbohidrat, vitamin, dan mineral yang sangat berguna untuk
KEBAIKAN BROKOLI
Brokoli dikatakan mengandungi kandungan nutrisi yang paling bagus dalam memerangi kanser. Sebab itulah ia diangkat sebagai ‘super food’. The American Cancer Society mencadangkan pengambilan brokoli kerana:
Ia mengandungi fitokimia sebagai anti kanser. Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa diet yang kaya dengan brokoli dapat mengurangi risiko beberapa jenis kanserseperti kanser payudara, kanser usus dan juga kanser paru-paru.
Brokoli mengandung antioksidan dan vitamin C yang tinggi.
Brokoli juga mengandungi serat yang membantu pencernaan dan mencegah sembelit.
Kali ini kami kongsi satu lagi resipi masakan brokoli untuk anda cuba.
SUP BROKOLI BERKRIM
BAHAN-BAHAN:
200gm kentang sederhana besar } Kupas kulit dan potong dadu
100gm brokoli } potong kecil-kecil & cuci bersih
60gm bawang Holland } potong dadu
1 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar mentega
1 liter air
600ml susu cair
1 kiub ayam
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan periuk dengan dua sudu besar mentega. Tumiskan bawang holland hingga layu dan terbit wangi.
Setelah itu masukkan air serta kentang dan brokoli. Biarkan mendidih. Masukkan juga tepung gandum untuk memekatkan rebusan. Bila kentang dan brokoli cukup empuk, padamkan api dan biar ia sejuk.
Apabila rebusan suam, tuang ia ke dalam pengisar hingga bertukar menjadi krim dan tuang semula ke dalam periuk.
Dalam periuk yang sama, masukkan susu cair, air, kiub ayam, garam secukup rasa dan reneh lagi. Masukkan serbuk oregano dan kacau kata.
Setelah pekat seperti yang dikehendaki, angkat dan bolehlah dihidangkan. Boleh hias dengan sedikit brokoli yang dicelur jika mahu.
Info chef: Enak dimakan bersama roti bawang putih.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!