
Kembali di atas permintaan yang tinggi, Tropicana Golf & Country Resort (TGCR) membawakan buffet Ramadan yang bertemakan Santapan 29 Malam.

Bermula dari 3 April hingga 2 May 2022, Santapan 29 Malam ini menyajikan lebih 200 hidangan dan 20 live stalls buat pengunjung yang datang berbuka puasa bersama ahli keluarga, kawan-kawan.
Pelbagai jenis hidangan yang menyelerakan seperti Nasi Bukhari Ayam yang dimasak dengan rempah wangi, tilapia bakar dan juga ikan pati masak tempoyak.


Tak cukup dengan itu, TGCR menyediakan menu kari kepala ikan, bubur lambuk, sup gearbox, apam balik crispy, ayam rendang, lemang, ketupat dan banyak lagi sampaikan anda rambang mata untuk memilih.

Buat mereka yang ingin menikmati menu eksotik cuisine, bolehlah menjengah di ruangan buffet Thai. Hidangan yang ada seperti salad daging Yam Neua dan Tom Yum Gai to Som Tam Thai.

Harga buffet Ramadan Santapan 29 Malam ini bermula dari RM128 nett per person (untuk ahli) dan RM148 (bukan ahli).
Untuk keterangan lanjut, boleh layari laman sesawang www.tropicanagolf.com
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
BALMUDA Jenama Ikonik Jepun Tiba Di Malaysia

Jenama BALMUDA telah dinobatkan sebagai pemenang anugerah reka bentuk inovatif di Jepun yang bakal mengubah pengalaman menjamu selera rakyat Malaysia. Jenama ini telah diasaskan di Tokyo pada 2003 oleh Gen Terao. Menggabungkan kemajuan sains dan kejuruteraan, peralatan BALMUDA menawarkan nilai tiada tandingan kepada para pengguna. Sesungguhnya BALMUDA The Toaster dan BALMUDA The Pot memperlihatkan inovasi fungsi yang sebenar.

BALMUDA The Toaster membawakan “teknologi stim” serba canggih dan kawalan suhu persis untuk mengubah roti dan pastri biasa yang telah disimpan semalaman menjadi hidangan yang segar dan sempurna!

BALMUDA The Pot direka untuk membolehkan penuangan jitu dengan muncung leher angsa, penguasaan suhu air dan teknik pengekstrakan untuk menyediakan cawan kopi yang membangkitkan aroma. Saiz kecil dan ringan membolehkan pengguna mengendalikan alat ini dengan stabil supaya mereka boleh mendidihkan jumlah air panas yang secukupnya, sama ada di rumah, majlis sosial, tempat kerja atau di mana-mana sahaja.

BALMUDA The Toaster dan BALMUDA The Pot masing-masing dijual pada harga runcit RM1,799 dan RM799, dan boleh didapati di gedung-gedung peralatan elektrik utama seperti Harvey Norman, TBM, ESH, Best Denki, Volt dan banyak lagi.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.balmuda.com.my atau www.visionary.com.my, atau ikuti kami di Facebook & Instagram: BALMUDA Malaysia.
Sambutan Hebat Pameran Pertanian, Hortikultur & Agro Pelancongan (MAHA 2022)

MAHA, program dwi-tahunan ini walaupun secara khusus adalah mengenai pertanian, hortikultur dan agro pelancongan, ia telah berkembang sehingga menjadi sebahagian dari landskap negara yang mempamerkan kemajuan dan pencapaian Malaysia.

MAHA 2022 yang diadakan di MAEPS Serdang bermula 4 Ogos hingga 14 Ogos 2022 berlangsung begitu meriah. Ternyata program ini menarik ribuan pengunjung menghadirinya.



MAHA 2022 disertai oleh syarikat swasta, badan korporat, syarikat multinasional, kementerian, jabatan dan agensi kerajaan peringkat persekutuan dan negeri, usahawan tani serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana institusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) tempatan dan antarabangsa institusi kewangan serta golongan belia. Sebanyak 1,500 ruang pameran dan jualan disediakan pada MAHA 2022 mengikut segmen.



MAHA 2022, program selama 11 hari menampilkan 22 segmen menarik melibatkan aktiviti pameran dan jualan meliputi seluruh ekosistem berkaitan rantaian nilai agromakanan.
Selain itu, di MAHA terdapat 13 pavilion negeri yang masing-masing mempunyai reka bentuk unik. Pavilion negeri ini menampilkan ciri-ciri negeri di Malaysia termasuk keunikan kesenian budaya, pusat tarikan pelancongan, produk dan makanan yang boleh dinikmati oleh pengunjung.


Di food empire pula terdapat 333 menu makanan popular negeri, makanan viral terkini, medan food truck, demonstrasi makanan,pertandingan barista challenge,wheel of fortune.



Di Castle of Fruits menyediakan pelbagai jenis buah-buahan, sayur-sayuran, bunga-bungaan, anak pokok serta input pertanian untuk jualan kepada pengunjung.
Sambutan pelbagai pihak terutamanya pemain industri terhadap MAHA 2022 amat menggalakkan.MAHA 2022 memberi peluang dan ruang kepada masyarakat, peladang, penternak dan nelayan melalui ekspo yang berlangsung sama ada melalui pemerhatian dan pembelajaran dalam teknologi baharu pertanian, mencari ruang pasaran, mempamer serta mempromosi produk masing-masing.
Dapatkan MUZY STAINLESS STEEL DRILL-FREE RACK dengan HARGA DISKAUN DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
COVID-19: Malaysia Ishtihar Perintah Kawalan Pergerakan Bermula 18-31 Mac 2020

Sebentar tadi menerusi siaran langsung Perutusan Khas COVID-19, Perdana Menteri Malaysia YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Mohd Yassin telah mengumumkan langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan dalam usaha membendung penularan virus COVID-19 di negara ini.
Antara intipati perutusan adalah seperti berikut:




Setakat hari ini (16 Mac 2020) sebanyak 553 kes COVID-19 dilaporkan di Malaysia termasuk 42 kes yang telah sembuh.Kebanyakan kes gelombang kedua ini adalah dari kes kluster yang sama iaitu kes kluster perhimpunan di Sri Petaling.
Tugas pengesanan peserta dan kontak rapat kepada peserta yang disah positif masih berjalan bagi membendung daripada terus merebak.
Sehubungan dengan itu, KKM menasihatkan mereka yang telah menghadiri “ijtimak tabligh” di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur dari 28 Feb hingga 1 Mac 2020 untuk segera menghubungi pejabat kesihatan daerah bagi membendung penularan jangkitan COVID-19. Sila hubungi CPRC hotline atau Pejabat Kesihatan Daerah.Mohon semua untuk memberikan kerjasama. Kita mampu mencegah penularan jangkitan COVID-19.
Pada Rabu yang lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan wabak Novel Coronavirus ( COVID-19) sebagai pandemik. Ia berikutan dengan terdapat 118,000 kes, lebih 4,000 kematian dan virus itu telah menemui ada di setiap benua kecuali Antartika. Endemik, Epidemik dan Pandemik. TIGA perkataan ini kerap digunakan untuk menunjukkan betrapa seriusnya sesuatu penyakit itu menular. Namun setiap satunya membawa maksud yangt berbeza.
ENDEMIK
- En-demik = Di dalam – daerah/orang
- Kejadian penyakit yang SENTIASA wujud dalam masyarakat atau tempat.
- Penyakit ini dijangka sentiasa ada kes tapi pada kadar yang stabil dan rendah.
- Contoh: Denggi
EPIDEMIK
- Epi-demik = Di kalangan-daerah/orang
- Kejadian penyakit yang naik mendadak melebihi kadar biasa.
- Kewujudannya dilihat jelas dalam komuniti dalam tempoh masa tertentu.
- Ia juga dikenali sebagai “ Wabak”.
- Contoh: Kejadian Polio di Sabah (2019)
PANDEMIK
- Pan-demik = semua-daerah/orang
- Kejadian wabak besar-besaran ke seantero dunia.
- Ia merentasi wilayah dan melibatkan populasi yang besar.
- Kebiasaannya melibatkan jangkitan penyakit baharu ( Novel).
- Ciri pandemik adalah melibatkan kadar serangan yang tinggi dalam masa yang singkat.
- Ia melibatkan sebaran yang pantas dan menyebabkan kadar kematian yang tinggi.
- Contoh: Kejadian ‘Black Death’ diantara kurun ke 14-17 yang melibatkan kematian 2/3 penduduk dunia ( Penyakit hawar/Yersinia pestis)

SITUASI TERKINI COVID-19 DI MALAYSIA & SELURUH DUNIA ( setakat 16/3/2020)


KKM juga menasihatkan orang ramai untuk sentiasa mengamalkan langkah-langkah berikut bagi melindungi diri anda dan orang lain dari COVID-19.
Pesanan : Langkah 1 terpakai tidak kira di mana anda berada.

Sumber Info & Foto: Kementerian Kesihatan Malaysia
APA ITU COVID-19?
Novel coronavirus(nCoV) adalah virus yang telah dikenalpasti menyebabkan wabak yang melibatkan saluran pernafasan dimana ia pertama kali dikesan di Wuhan, China pada Disember 2019.
Pada mulanya, kebanyakan daripada pesakit tersebut dikatakan mempunyai kaitan dengan makanan laut dan haiwan yang dijual di Pasar Makanan Laut Wuhan.
Akan tetapi bilangan pesakit telah meningkat dan kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai sejarah pergi ke pasar tersebut dan ini menunjukkan terdapat jangkitan yang berlaku sesama manusia(human to human tranmission).
Pada masa sekarang, kadar atau kebolehan virus ini merebak diantara manusia masih lagi tidak diketahui dan masih di dalam siasatan.
Simptom dan Tanda Novel Coronavirus
Mereka yang dijangkiti penyakit ini akan mempunyai simptom:
Pesakit akan mengambil masa dalam 2 hingga 14 hari untuk menunjukkan simptom-simptom tersebut. Ini adalah berdasarkan jangkamasa yang diambil oleh virus MERSCoV menunjukkan simptom.
Bagaimana coronavirus berjangkit?
Coronavirus adalah salah satu keluarga virus yang besar dan kebanyakkannya hidup dalam haiwan seperti unta, lembu, kucing dan juga kelawar.
Sangat jarang coronavirus dalam haiwan ini mampu menjangkiti manusia seperti dalam kes MERSCoV atau pun SARS.
Kebanyakan kes di Wuhan pada mulanya dikatakan mempunyai kaitan dengan makanan laut dan juga haiwan yang terdapat dalam pasar di Wuhan.
Akan tetapi dengan bilangan kes yang semakin meningkat dan kebanyakkan pesakit menyatakan tidak pernah pergi ke pasar tersebut, ini menunjukkan telah wujud jangkitan sesama manusia.
Apabila terdapat jangkitan sesama manusia seperti jangkitan MERS dan SARS, ini bermaksud virus ini disebarkan melalui cecair saluran pernafasan dengan cara batuk atau bersin.
Ia sama seperti jangkitan influenza dan juga virus lain yang tersebar melalui udara. Jangkitan SARS dan MERS ini selalunya berlaku pada ahli keluarga atau mereka yang rapat dengan pesakit.
Manakala, kebolehan virus baru ini untuk menjangkiti manusia masih lagi belum diketahui tetapi ia dijangkakan sama seperti jangkitan SARS.
Ujian pengesahan
Sampel yang diambil daripada pesakit untuk membuat ujian pengesahan adalah sampel darah, sampel sapuan tekak dan hidung. Sampel ini akan menjalani ujian Polymerase Chain Reaction(PCR) untuk mengesan genetik penyakit coronavirus tersebut.
Pencegahan dan rawatan
Masih tiada lagi vaksin untuk penyakit nCoV ini. Pencegahan yang terbaik buat masa ini adalah untuk mengelakkan diri daripada terdedah kepada virus ini.
Anda juga dikehendaki untuk melakukan aktiviti pencegahan yang asas untuk mengelakkan penyebaran penyakit melalui udara seperti:
Sentiasa membersihkan tangan sama ada menggunakan sabun ataupun ‘hand sanitizer’
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut menggunakan tangan yang kotor
Elakkan berdekatan dengan mereka yang sedang sakit (disebabkan batuk dan demam)
Elakkan pergi ke tempat awam ketika anda sakit
Tutup mulut dan hidung ketika anda batuk atau bersin dengan menggunakan tisu.
Ini adalah etika seharian yang anda boleh gunakan untuk mengelakkan penularan virus ini.
Rawatan
Tiada lagi rawatan ubat antiviral untuk menyembuhkan penyakit nCov ini. Pesakit yang mengalami jangkitan ini perlu diberikan rawatan sokongan sehinggalah pesakit baik daripada penyakit itu dengan sendirinya.
Artikel Berkaitan: Kronologi Wabak Novel Coronavirus
Rujukan:
sumber: https://thediagnosa.com/coronavirus-simptom-punca-rawatan/
Sumber Asal Artikel: https://pku.upm.edu.my/article/coronavirus_simptom_punca_dan_rawatan-5505






