Ikan Bakar akan jadi lebih enak jika rempah dan sambal yang digunakan lengkap dengan pelbagai ramuan masakan. Sebab itu rempah atau sambal Ikan Bakar menjadi nadi pada keenakan rasa Ikan Bakar. Jika anda masih tercari-cari resipi untuk membuat rempah ikan bakar yang lengkap dengan rasa masam, manisnya, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Nur Syamimi ini.
RESIPI REMPAH IKAN BAKAR TERENGGANU
BAHAN-BAHAN:
1 kg cili boh 1 kg bawang merah besar –BELI ONLINE 1 kg bawang putih – BELI ONLINE 15 batang serai 1 kuntum bungan kantan 1 genggam daun kesum 1 kg gula –BELI ONLINE 4 keping gula kabung – BELI ONLINE 3 sudu kecil garam –BELI ONLINE 1 sudu besar serbuk perasa 2 sudu belacan bakar –BELI ONLINE 1/4 cawan air asam jawa –BELI ONLINE Minyak masak
LANGKAH 1:
1. Kisar bawang besar, serai dan bawang putih sehingga lumat.
2. Hiris bunga kantan (ketepikan)
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak. Selepas itu masukkan bahan-bahan yang sudah dikisar lumat. Tumis sehingga naik bau.
Ads
2. Masukkan cili boh dan tumis sehingga garing dan naik bau.
3. Masukkan gula dan gula kabung. Biarkan seketika sehingga cair.
4. Masukkan garam, serbuk perasa dan belacan. Gaul sebati kemudian masukkan air asam jawa.
5. Biarkan mendidih selama 10 minit.
6. Masukkan hirisan bunga kantan dan daun kesum.
7. Masak selama dua jam dengan api yang perlahan. Siap.
Ads
NOTA: Kuantiti masakan rempah ikan bakar ini untuk stok simpanan bukan untuk sekali masak. Sesuai dijadikan sambal untuk semua makanan laut seperti kerang dan sebagainya.
Salah satu cara nak buat udang goreng yang sangat sedap. Campur dengan mentega dan juga keju mozarella. Resipi ini dikongsi oleh Bunga di facebook group Rasa Share Resipi. Jom tengok, lepas tu boleh try buat.
UDANG HARIMAU GORENG BUTTER MOZARELLA
BAHAN-BAHAN
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukupnya (BELI DI SINI)
5 ekor udang harimau
Minyak masak secukupnya
5 sudu besar mentega (BELI DI SINI)
1 biji bawang holland (hiris nipis)
5 tangkai cili padi (potong serong)
Keju mozarella secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Lumur serbuk kunyit dan garam pada udang. Gaul. Panaskan minyak masak. Goreng udang selama seminit. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan mentega. Masukkan bawang holand dan cili padi. Tumis sampai naik bau.
3. Masukkan udang tadi. Gaul rata. Matikan api. Angkat dan letak dalam pinggan.
4. Ketika udang masih panas, taburkan keju mozarella. Biarkan keju mencair. Sedia dihidang.
Bebola ayam homemade ni memang mudah nak dihasilkan. Hanya dengan menggunakan beberapa bahan ringkas dan mudah, anda boleh hasilkan hidangan sihat dan berkhasiat buat keluarga.
BAHAN-BAHAN:
Isi ayam ( anggaran 400gm)
Garam secukup rasa
2 sudu teh lada sulah
2 sudu makan tepung jagung
PENAMBAHAN JIKA SUKA:
Lobak merah | disagat
Daun sup @ daun ketumbar | dihiris
CARA MEMASAK:
1. Masukkan isi ayam, garam, lada sulah dan teung jagung ke dalam pengisar. Kisar hingga lumat.
2. Keluarkan bahan kisar dan letak dalam mangkuk. Jika suka, boleh tambah bahan-bahan lain seperti lobak merah dan daun sup@ ketumbar. Boleh juga digantikan dengan daun bawang dan apa-apa sayuran kegemaran.
3. Ambil doh dan bulat-bulatkan.
4. Didihkan air dan rebus bebola hingga terapung.
5. Angkat dan toskan airnya. Boleh digoreng atau dinikmati mengikut citarasa anda.
Nampak macam ala-ala, tapi mi segera goreng bujang ini memang sedap, pedas terangkat, lima minit siap boleh makan. Orang bujang wajib cuba sebab senang dan sedap, kalah mi segera goreng mamak. Jadinya cuba dulu baru tahu…
MI SEGERA GORENG BUJANG
BAHAN-BAHAN:
1 paket mi segera | rebus seketika dan tos
Sedikit hirisan isi ayam
Sedikit hirisan fish cake
Sedikit hiris sawi
Sedikit hirisan kobis
Sedikit hirisan lobak merah
1/2 biji bawang besar | hiris
1 ulas bawang putih | cincang
4 biji cili padi merah | hiris
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos cili
Sedikit garam jika perlu
Sedikit minyak masak untuk menumis
DIY MEMASAK:
LANGKAH 1: Panaskan minyak, tumiskan bawang merah dan putih serta cili padi hingga wangi.
LANGKAH 2: Masukkan fish cake dan isi ayam, kacau rata.
LANGKAH 3: Masukkan mi segera dan kacau lagi.
LANGKAH 4: Masukkan sayur-sayuran (sayur ni ikut suka)
LANGKAH 5: Masukkan sos tiram untuk penyedap rasa.
LANGKAH 6: Akhir sekali masukkan sos cili, gaul rata sehingga cukup rasa dan sedia untuk dihidangkan.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!