Resipi ni sesuai untuk keluarga yang ramat ‘umatnya’. Bagi 3 kg kerang, wah banyak tu tapi bila dah mula makan tak perasan pun dah balun makan banyak mana. Kerang masak rendang memang sedap weii.
Cili kering campur cili padi memang meleleh air liur. Jom cuba resipi rendang pedas ni.
RENDANG KERANG PEDAS
Ads
BAHAN-BAHAN :
3kg kerang | gosok dengan berus sabut, basuh bersih dengan air mengalir, tuang air panas, tutup 10minit, ambil isi
Ads
Bahan kisar :
Ads
5 biji bawang merah ros
2 biji bawang merah besar
5 ulas bawang putih
2inci halia
1inci lengkuas
1inci kunyit hidup
5 batang serai | ambil bahagian dalam putih sahaja
10 biji cili api kampong
10tangkai cili kering – buang biji, rebus dan kisar halus
Santan – 1 biji kelapa
3sudu makan kerisik
2 keping asam
3 helai daun kunyit – hiris halus
½ cawan minyak
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan kisar dan cili. Tumis sampai kering dan pecah minyak
2. Masukan santan, biarkan merenih dengan api perlahan
3. Masukan kerisik dan asam keping – reneh sampai pekat
4. Masukan isi kerang dan keringkan rendang dengan api perlahan, perasakan garam dan gula.
5. Masukan daun kunyit yang dihiris halus dan rasakan dengan garam
Kuih lejen ni kalau tak betul-betul ikut caranya memang tak menjadi. Kuih orang-orang lama ni tidak boleh challenge kuih moden. Rasanya memang tidak boleh dinafikan. Kuih ni sedap dengan rasa harum kacangnya.wangi tahi minyaknya dan lemak manis gula merahnya. Kalau ada yang teringin, boleh cuba buat dengan resipi ini.
Kuih koleh kacang
Bahan-bahan: 3 cawan tepung kacang hijau 1 cawan santan pekat 2 cawan air Sedikit garam Air gula merah dari 2 cawan gula merah (jadikan 2 cawan. Kalau nak manis tambh gula lagi.Ni mak cik naik serentak. Sebelah tu masak taik minyak gunakan api besar. Dah jadi taik tu nanti tapis.Minyak tu ketepikan dulu.
Cara memasak: 1.Bancuh semua bahan-bahan di atas, tepung kacang,santan,air gula merah.air dan garam. 2.Tapis,masak api sederhana sampai kental.Biar betul-betul masak.Nanti boleh masukkan minyak dari taik minyak tu biar nampak cantik berkilat dan wangi. Masukkan dalam loyang.Tabur taik minyak tu. Siap untuk dihidang. *kuih banyak ni mak cik guna santan segar anggaran sekilo(tapi tak habis pun sekilo.Agak-agaklah)
Cara membuat: 1.Setengah daripada jagung dihiris. Setengah lagi disagat atau dikisar dengan bahan lain.
2. Kisar,campurkan tepung beras, tepung gandum,tepung jagung, gula, santan dan garam. Nak tambah setengah dari jagung pun boleh. Kisar hingga sebati. 3.Tuangkan adunan ke dalam kuali/periuk. Masukkan juga jagung yang telah dihiris. Kacau dan masak dengan api perlahan sehingga pekat. Tutup api. Biarkan adunan sejuk sedikit. 4.Sudukan satu atau dua sudu besar adunan lepat ke atas sehelai kulit jagung/ daun pisang yang telah dilayur/kukus dan disapu sedikit minyak. Gulung dan lipat dengan kemas. Buat hingga adunan habis. 5.Panaskan pengukus. Bila air kukusan telah mendidih, kukus adunan lepat selama 20 minit. Kredit: #norfazidagda
Siapa suka Ayam Gunting? Ha..kalau pergi pasar malam, pasti terliur je tengok ayam goreng panas-panas tu kan? Ada pula serbuk tabur tu. Lagi lah ralit makan. Bagi anda yang nak cuba buat sendiri Ayam Gunting ni secara homemade, boleh cuba resipi perkongsian saudara Are Peace ni dan menurut beliau, resipi ni diperolehi dapat dari peniaga Ayam Gunting sendiri. Wow..Mesti sedap. Jom cuba!
CARA BUAT AYAM GUNTING PASAR MALAM SECARA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Isi ayam | dihiris nipis
1 kotak kecil tepung goreng ayam serbaguna
1 1/2 cawan serbuk roti
Telur | dipukul
CARA MEMASAK:
Campur tepung goreng ayam bersama serbuk roti.
Kemudian masukkan ayam. Gaul hingga rata.
Celup ayam di dalam bancuhan telur.
Masukkan kembali ke dalam adunan tepung tadi. Salut rata.
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing.
Angkat dan toskan minyak. Tabur serbuk perasa ayam gunting.
( Masa memasak, goreng ayam sekeping demi sekeping. Jangan masukkan semua ayam ke dalam tepung.)
BAHAN SERBUK AYAM GUNTING
1 kiub pati ayam
2 sudu makan paprika – kalau suka pedas, boleh tambah.
1/2 paket twisties BBQ
1/2 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan gula
CARA-CARA:
Satukan semua bahan-bahan diatas dan kisar kering.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.