
Sesekali dapat nikmati lauk pauk kampung memang tak toleh kiri kanan. Sedap tak terkata. Setelah lama tak dapat rentas negeri, kali ini puaskan hati makan masakan kampung air tangan ibu tercinta. Bila dapat makan lauk special rendang maman ayam kampung buat bertambah makan. Bahan-bahan seperti berikut.
Bahan-bahan:
1 kg daging / 2- 3 ekor ayam kampung
2 kilogram (kg) sayur maman
2 kg santan (bersamaan 6 biji kelapa)
7/8 keping asam keping
2 buku kunyit hidup
Cili api (ikut suka)
garam secukup rasa
Cara memasak:
1) Siang daun maman, basuh dan toskan supaya tidak terlalu basah.
2) Bersihkan daging dan masukkan ke dalam kuali.
3) Kisar kunyit dan cili api, campurkan ke dalam daging @ ayam tadi.
4) Masukkan santan dan garam. Kemudian, kacau bahan daging @ ayam dan air cili itu supaya rata.
5) Setelah kuah pekat masukkan asam keping.
6) Bila santan pekat, baru masukkan daun maman.
7) Ingat, jangan kacau selalu kerana dikhuatiri keluar air pahitnya. Lakukan perlahan-lahan supaya daunnya layu dan tenggelam. Setelah semuanya layu, barulah dikacau rata garamnya. Angkat dan hidang!
Krediti foto & resipi: Zqyah
Nak shopping barang rumah secara online boleh layari https://invol.co/cloqny
Dijamin Sedap. Resipi Bendi Goreng Tumis Belacan Bersama Udang
Kukkra Curry Resipi Sedap, Inilah Kari Ayam Nepal Tanpa Santan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Lasagna Roti Daging Homemade Paling Mudah Buat

Bagi penggemar sajian Lasagna, resipi perkongsian saudari Cik Daa ini antara yang mudah dan boleh dicuba. Bahan-bahannya mudah sahaja. Lasagna ini menggunakan roti sandwic sebagai asasnya dan dilapisi dengan sos daging dan juga keju yang enak. Fuhhh..memang memikat. Sangat berbaloi untuk dicuba.
CARA MASAK LASAGNA ROTI DAGING & KEJU

BAHAN-BAHAN:
4 keping daging burger – leraikan
2 biji telur
8 keping roti sandwich
2 sudu besar serbuk lada hitam Maggi – sukatan membukit dan bancuh dengan 2 sudu makan air
1 cawan susu segar
1 batang lobak merah – potong dadu
Cendawan butang – potong dadu – beli online disini
Daun sup
2 biji bawang putih – cincang halus – beli online disini
1 biji bawang besar – potong dadu – beli online disini
Garam secukupnya
Minyak masak untuk menumis
BAHAN TABUR:
Keju cheddar ( block)
Keju cheddar (keping)
Keju mozarella
Italian herbs secukupnya

CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Masukkan serbuk lada hitam. Kacau dan biarkan seketika. Guna api kecil.
2. Masukkan lobak merah, cendawan, daun sup dan daging burger. Perasakan dengan garam. Masak hingga daging dan sayur tu empuk dan kering.
3. Dalam bekas lain, masukkan susu segar dan pecahkan telur. Kacau sebati.
CARA MELAPIS ROTI:
1. Guna loyang yang sesuai. Sapu marjerin/mentega sebab tak nak bagi melekat.
2. Potong bahagian reja /tepi roti. Jika tak nak potong pun tak apa.
3. Ambil 2 keping roti dan celup ke dalam bancuhan susu segar+ telur tadi. Susun ke dalam loyang. (Bergantung kepada saiz loyang masing-masing. Loyang sayamuat 2 keping)
4. Tabur inti daging hingga tertutup permukaan roti. Letakkan 2 keping keju cheddar slice.

5. Ulang step 2-3 hingga habis roti. Lapisan paling atas adalah lapisan daging.
6. Bila dah siap, tabur mozzarella cheese, cheddar block dan cheddar slice sebanyak mana yang kita suka.

7. Tabur sedikit Italian Herbs. Kalau ada lebihan bancuhan telur tadi, boleh siram ke atas keju.
8. Panaskan dulu oven 180c. Kemudian bakar lebih kurang 40minit/180c hingga perang dan garing.

9. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Cik Daa
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Pulut Panggang Inti Ikan. Sajian Enak, Sesuai Untuk Minum Petang
Kak Mas Kongsi Resipi Pajeri Nanas Sedap & Kuah Pekat Tanpa Guna Santan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Wow, Sedapnya Sambal Gesek Nogori!

Bagi peminat pedas, makan tanpa sambal sangat tak puas rasanya. Kali ini RASA ingin kongsikan resipi sambal gesek yang dibuat oleh Syarifah Hasanuddin atau mesra dipanggil Effa.
Bak kata orang nogori sambal gesek podeh melaha. Pekena pula dengan lauk sambal kobis masak lemak atau masak lemak pucuk paku. Memang sedap. Nah Effa belanja resipi simple tapi boleh bertambah nasi.
SAMBAL GESEK NOGORI

BAHAN-BAHAN
Cili api (BELI DI SINI)
Ikan bilis (BELI DI SINI)
Garam secukup rasa (BELI DI SINI)
Limau kasturi atau nipis
CARA MEMBUAT
1. Tumbuk cili api sampai lumat. Masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi.
2. Masukkan garam gaul rata.
3. Perah asam limau sampai agak berair sedikit.
Selamat mencuba!
Sumber: Syarifah Hasanuddin
ANDA PASTI SUKA RESIPI SAMBAL INI JUGA
SAMBAL SARDIN
SAMBAL KENTANG BERLADA
JOM TONTON VIDEO NI
15 Aneka Biskut Moden, Nur Dyra Cookies Yang Terlajak Sedap

Biskut moden memang sentiasa dicipta dan dikemas kini setiap tahun. Setiap tahun hampirnya bulan Ramadan pelbagai biskut dengan rupa dan bentuk menarik jadi ‘buruan’.
Jom kita semak resipi biskut moden yang dikongsikan oleh Zaiton Ismail dari Dyra Bakery & Academy ini yang terlajak sedap, rangup dan cair di mulut.
1. ALMOND COFFEE COOKIES

BAHAN-BAHAN :
- 250 gm mentega
- 120 gm gula perang
- 400gm tepung kotak | jika ‘superfine’ tak perlu ayak
- 100 gm serbuk badam
- 50 gm serbuk coklat | diayak
- 20gm serbuk penaik
- 1 biji telur
- 1 sudu teh perisa kopi
- 100 gm hirisan badam
Bahan hiasan :
- Coklat putih secukupnya
- Hirisan badam secukupnya
CARA MEMASAK :
- Pukul mentega bersama gula perang hingga kembang.
- Masukkan telur diikuti dengan serbuk coklat.
- Kemudian masukkan tepung, perisa kopi dan serbuk badam
- Masukkan pula hirisan badam, adun sehingga menjadi doh. Hiaskan hirisan badam di atasnya juga.
- Panaskan oven dan bakar dalam suhu 170 darjah celcius selama 18 minit
- Sejukkan dan paipkan dengan coklat putih sebagai hiasan.
Saiz hidangan : 120 – 150 keping
Waktu memasak : 18 minit
Keistimewaan : Gabungan rasa kopi dan badam yang sedap
INFO CHEF : Anda boleh juga menggunakan pes serbuk kopi menggantikan perisa kopi.
2. GERMAN COOKIES

BAHAN-BAHAN :
- 250 gm mentega
- 100 gm gula aising
- 200 gm tepung kentang | diayak
- 100 tepung gandum | diayak
Bahan hiasan:
- Manik atau coklat urai hijau secukupnya
CARA MEMASAK :
- Pukul mentega dengan gula aising hingga kembang
- Masukkan tepung gandum dan tepung kentang, adun menjadi doh.
- Bulat-bulatkan dan tekan dengan belakang garfu. Celup garfu dalam air terlebih dahulu.
- Taburkan dengan coklat urai warna hijau
- Panaskan oven, bakar dalam suhu 170 darjah celcius selama 15 minit, atau hingga perang keemasan.
Saiz hidangan : 80 – 100 keping
Waktu memasak : 15-20 minit
Keistimewaan : Biskut ini mudah berderai dan cair di mulut
INFO CHEF : Rasa yang enak dan lembut. Hanya dengan empat bahan asas ia menghasilkan biskut yang ringkas dan mudah dibuat.
3 .TART WITH CHOCOLATE FILLING

BAHAN-BAHAN :
- 250 gm mentega
- 60 gm gula aising
- 300 gm tepung gandum | diayak
- 1/2 biji telur
- 120 kepingan coklat mini (mini bar)
Bahan hiasan :
Coklat urai hijau dan putih secukupnya.
CARA MEMASAK :
- Pukul mentega dengan gula aising hingga kembang. Masukkan telur dan gaul rata.
- Masukkan pula tepung dan adunkan menjadi doh.
- Setelah doh menjadi lembut, masukkan kepingan coklat di dalamnya sebagai inti.
- Bentukkan ikut suka, bulat-bulatkan.
- Panaskan oven dan bakar dalam suhu 170 darjah celcius selama 18 minit.
Saiz hidangan : 100 – 120 keping
Waktu memasak : 18- 20 minit
Keistimewaan : Inti coklat pasti memenuhi selera penggemar coklat.
INFO CHEF : Selain bar mini coklat susu biasa , anda boleh juga menggunakan bar coklat badam, gajus atau coklat lain kesukaan anda.
4. DAISY CHOCOLATE COOKIES

BAHAN-BAHAN :
- 250 gm mentega
- 110 gm gula aising
- 50 gm tepung ubi | diayak
- 20 gm serbuk coklat | diayak
- 300 gm tepung jagung | diayak
- 50 gm tepung kastad | diayak
- 1 sudu teh perisa coklat
- 1 biji telur
Bahan hiasan :
- Manik gula warna perak secukupnya
CARA MEMASAK :
- Pukul mentega bersama gula aising hingga kembang.
- Kemudian masukkan telur, pukul rata.
- Kemudian masukkan semua jenis tepung, adunkan menjadi doh.
- Kemudian masukkan doh dalam acuan berbentuk bunga dan tekan di atas dulang pembakar yang telah digriskan dengan mentega.
- Susun manik sebiji di atasnya.
- Panaskan oven dan bakar dalam suhu 170 darjah celsius selama 15 minit
Saiz hidangan : 120 – 150 keping
Waktu memasak : 15 minit
Keistimewaan : Rasa penuh bercoklat
INFO CHEF : Biskut ini mudah rapuh dan lembut berderai kerana penggunaan tepung jagung dan kastad.
5. CRANBERRIES CHOCOLATE CORN FLAKES COOKIES

BAHAN-BAHAN :
- 250 gm mentega
- 120 gm gula perang
- 1biji telur
- 350 gm tepung gandum | diayak
- 30 gm serbuk coklat | diayak
- 10 gm serbuk penaik | diayak
- 50 gm corn flakes | diramas
- 30 gm cranberi | dipotong kecil
Bahan hiasan :
- Coklat cair secukupnya sebagai hiasan
CARA MEMASAK :
- Pukul mentega bersama gula perang hingga kembang.
- Kemudian masukkan telur, pukul rata dan masukkan tepung gandum dan serbuk penaik..
- Masukkan pula serbuk coklat .Diikuti dengan corn flakes dan cranberi, gaul rata dan adunkan menjadi doh lembut
- Bulat-bulatkan dan sudukan di atas dulang pembakar.
- Panaskan oven dan bakar dalam suhu 170 darjah celcius selama 18 minit atau perang keemasan.
- Sejukkan kemudian boleh dilorekkan dengan coklat yang telah dicairkan dengan menggunakan beg piping.
Saiz hidangan : 150 – 180 keping
Waktu memasak : 18 minit
Keistimewaan : Buah cranberi dan corn flakes, gabungan rasa lazat
INFO CHEF : Anda boleh juga menggunakan buah beri jenis lain seperti strawberi dan raspberi menggantikan cranberi jika suka.
6. CHERRY SUN FLOWER SEEDS

BAHAN-BAHAN :
- 250 gm mentega
- 100 gm gula aising
- 350 gm gm tepung gandum | diayak
- 50 gm tepung kentang | diayak
- 50 gm tepung jagung | diayak
- 30 gm ceri hijau dan merah | dipotong kecil
- 30 gm biji bunga matahari | telah dipanggang
Bahan hiasan :
- Ceri hijau dan merah
- Biji bunga matahari secukupnya
CARA MEMASAK :
- Pukul mentega dan gula aising hingga kembang.
- Kemudian masukkan telur, pukul rata.
- Kemudian masukkan semua jenis tepung diikuti ceri hijau ,ceri merah dan biji bunga matahari serta gaul rata.
- Adun hingga menjadi doh
- Kemudian gelekkan doh dan terap ikut bentuk acuan yang disukai
- Panaskan oven dan bakar dalam suhu 170 darjah celcius selama 18 minit
Saiz hidangan : 130 – 150 keping
Waktu memasak : 18 minit
Keistimewaan : Buah ceri yang manis dan biji bunga matahari yang rangup
INFO CHEF : Panggang dahulu biji bunga matahari untuk biskut yang lebih rangup dan berlemak. Susun dengan jarak yang jauh sedikit kerana doh akan mengembang dan merebak.
7. DYRA RAISIN COOKIES

BAHAN-BAHAN :
- 200 gm mentega
- 100 gm gula perang
- 1biji telur
- 50 gm serbuk coklat | diayak
- 300 tepung gandum | diayak
- 1 sudu teh esen vanilla
- 100 gm kismis hitam campur kismis kuning
Bahan hiasan :
- Coklat putih cair dan kismis kuning secukupnya
CARA MEMASAK :
- Pukul mentega dan gula aising hingga kembang.
- Kemudian masukkan telur dan esen vanilla.
- Putar lagi dan masukkan tepung gandum.
- Kemudian masukkan serbuk coklat diikuti dengan kismis.
- Adun menjadi doh lembut
- Bulatkan dan susun atas dulang pembakar.
- Panaskan oven dengan suhu 170 darjah celcius hingga perang keemasan, selama 18 minit.
- Apabila sejuk hiaskan dengan coklat putih dan kismis di atasnya.
Saiz hidangan : 130 – 150 keping
Waktu memasak : 18 minit
Keistimewaan : Masam manis dengan rasa kismis dan penuh rasa koko
INFO CHEF : Anda boleh menambah kacang walnut atau jenis kacang lain untuk rasa lebih rangup.
8. BLACK SESAME AND ALMOND COOKIES

BAHAN-BAHAN :
- 250 gm mentega
- 110 gm gula aising
- 300 tepung gandum | diayak
- 20gm tepung kentang | diayak
- 30 gm bijan hitam
- 30 gm serbuk badam
- 1 sudu teh serbuk penaik
- Beberapa titik pewarna kuning
Bahan hiasan :
- Badam /kacang dan bijan hitam secukupnya
CARA MEMASAK :
- Pukul mentega dan gula aising hingga kembang.
- Masukkan tepung gandum, tepung kentang dan serbuk badam serta pukul rata.
- Kemudian masukkan bijan hitam dan pewarna kuning.
- Uli dengan tangan hingga menjadi doh.
- Terap mengikut kesukaan acuan.
- Hiaskan dengan biji hitam dan hirisan badam.
- Panaskan suhu dengan suhu 170 darjah celcius dan bakar selama 18 minit.
Saiz hidangan : 80 – 100 keping
Waktu memasak : 18 minit
Keistimewaan : Bijan hitam dan badam memberikan rasa berkacang
INFO CHEF : Bijan menghasilkan aroma harum biskut dan rangup
9. APRICOT SHIP COOKIES

BAHAN-BAHAN :
- 250 gm mentega
- 50 gm gula aising
- 400 gm tepung gandum | diayak
- 100gm apricot kering | dipotong kecil
- 100 gm serbuk badam
- Sedikit pewarna kuning
Bahan hiasan :
- Aprikot, ceri dan badam cincang secukupnya
CARA MEMASAK :
- Pukul mentega dan gula aising hingga kembang, masukkan pewarna kuning.
- Masukkan tepung gandum, diikuti dengan badam dan aprikot kering.
- Adunkan supaya menjadi doh.
- Bentukkan dengan acuan berbentuk kapal, jangan terlalu nipis.
- Hiaskan aprikot , ceri dan badam cincang di atasnya.
- Panaskan oven dengan suhu 170 darjah celcius dan bakar selama 15 minit.
Saiz hidangan : 120 -150 keping
Waktu memasak : 15 minit
Keistimewaan : Hiasan aprikot, ceri dan badam dalam biskut kapal, menaikkalan lagi rasa ramuannya
INFO CHEF : Anda boleh juga menggunakan buah-buahan beri lain menggantikan ceri
10. PEANUT BUTTER TART ALMOND

BAHAN – BAHAN:
- 250 gm mentega
- 60 gm gula aising
- 350gm tepung gandum | diayak
- 50 gm tepung jagung | diayak
- 100 gm mentega kacang
- 50 gm badam hiris
- 50 gm ceri merah dan hijau
Bahan Hiasan :
- Coklat cair warna merah mudah, dipaipkan.
CARA MEMASAK :
- Pukul mentega dan gula aising hingga kembang.
- Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan uli hingga menjadi doh.
- Kemudian gunakan acuan kulit tart dan bentuk tart seperti dalam gambar.
- Kemudian masukkan mentega kacang, ceri dan badam hiris ke dalam tart.
- Panaskan oven dalam suhu 170 darjah celcius, dan bakar selama 18 -20 minit atau sehingga perang keemasan.
- Setelah sejuk hiaskan atau paipkan coklat cair warna merah muda.
Saiz hidangan : 50 keping
Waktu memasak :18-20 minit
Keistimewaan : Inti mentega kacang,badam hiris memberikan rasa berlemak
INFO CHEF : Ceri merah dan hijau yang manis menyedapkan lagi biskut ini
11. ALMOND COOKIES

BAHAN-BAHAN :
- 250 gm mentega
- 100 gm gula aising
- 300 gm tepung gandum | diayak
- 50 gm tepung jagung | diayak
- 50 gm serbuk badam
Bahan hiasan :
- 50gm biji almond hiasan
CARA MEMASAK :
- Pukul mentega dan gula aising hingga kembang.
- Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung jagung.
- Masukkan serbuk badam dan gaul rata, adunkan menjadi doh.
- Kemudian terap mengikut acuan biskut yang digemari
- Letakkan sebiji badam sebagai hiasan
- Panaskan oven dalam suhu 170 darjah celcius dan bakar selama 18 minit atau hingga perang keemasan .
Saiz hidangan : 100 keping
Waktu memasak :18-20 minit
Keistimewaan : Rasa badam sebenar yang rangup
INFO CHEF : Resipi yang sama juga anda boleh gunakan untuk membuat biskut gajus.
12. SUGEE ALMOND COOKIES

BAHAN-BAHAN :
- 250 gm minyak sapi
- 120 gm gula aising
- 400 gm tepung gandum
- 1 sudu teh perisa pandan
- 1 sudu teh pewarna hijau
Bahan hiasan :
- 50 gm hirisan badam
- 100 biji labu hijau
CARA MEMASAK :
- Pukul minyak sapi dan gula aising hingga kembang.
- Kemudian masukkan perisa pandan dan pewarna hijau.
- Terap mengikut acuan dan hiaskan hirisan badam dan biji labu di atasnya.
- Panaskan oven dengan suhu 170 darjah celcius, dan bakar selama 20 minit
Saiz hidangan : 100 keping
Waktu memasak :20 minit
Keistimewaan : Biskut suji yang lembut dan gebu dengan perisa pandan
INFO CHEF : Biskut suji kaya dengan rasa minyak sapi yang lazat. Anda boleh juga menambahkan sedikit susu tepung untuk rasa lebih berkrim
13. BROWNIES COOKIES

BAHAN- BAHAN :
- 200 gm mentega
- 300 gm tepung gandum | diayak
- 50 gm serbuk koko | diayak
- 100 gm perang
- 10 gm serbuk penaik | diayak
- 20 gm coklat cip
- 1 biji telur
Bahan hiasan :
- Cip coklat secukupnya
- Coklat cair untuk dipaipkan atas biskut
CARA MEMASAK :
- Cairkan mentega, kemudian masukkan gula perang dan telur.
- Kemudian masukkan serbuk koko dan serbuk penaik, gaul rata.
- Adunkan menjadi doh dan terap mengikut acuan yang disukai.
- Hiaskan dengan cip coklat.
- Panaskan oven dan bakar dalam suhu 180 darjah celcius selama 18 minit.
- Sejukkan di atas redai, dan paipkan dengan coklat .
Saiz hidangan : 100 keping
Waktu memasak :18 – 20 minit
Keistimewaan : Brownies lembut kaya dengan rasa coklat
INFO CHEF : Jika mahukan rasa yang rangup bakar lama sedikit 18-20 minit, dan jika mahukan rasa ‘chewy’ pendekkan masa membakarnya kepada 15 mini
14. GREEN MINT COOKIES

BAHAN-BAHAN :
- 250 gm mentega
- 110 gm gula aising
- 1 biji telur
- 300 gm tepung gandum | diayak
- 10 ml perisa pudina
- 10 ml pewarna hijau
- 10 gm serbuk penaik | diayak
- 20 gm hirisan badam
Bahan hiasan :
- Coklat cair secukupnya untuk dipaipkan atas biskut.
- 120 biji labu secukupnya
CARA MEMASAK :
- Pukul mentega bersama gula aising dan kemudian masukkan telur
- Pukul rata dan masukkan tepung gandum dan serbuk penaik.
- Masukkan perisa pudina dan hirisan badam.
- Uli doh dan sudukan ke atas dulang, hiaskan dengan biji labu.
- Panaskan oven dan bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 18 minit.
- Sejukkan dan hiaskan dan paipkan coklat yang dicairkan di atasnya.
Saiz hidangan : 120 keping
Waktu memasak :18 – 20 minit
Keistimewaan : Kelazatan rasa pudina dan badam
INFO CHEF : Panggang dahulu biji labu , jika anda mahu memasukkan sedikit dalam adunan (10 gm) untuk rasa lebih rangup.
15. BUBBLE RICE COOKIES

BAHAN-BAHAN :
- 150 gm mentega
- 80 gm gula perang
- 1 biji telur saiz C
- 30 gm serbuk koko | diayak
- 30 gm coklat masakan | dicairkan
- 150 gm tepung gandum | diayak
- 100 gm bubble rice @ bertih beras
Bahan hiasan :
- Coklat warna merah muda yang dicairkan untuk paip atas biskut
CARA MEMASAK :
- Pukul mentega bersama gula perang.
- Masukkan telur dan kemudian masukkan tepung gandum,
- Kemudian masukkan coklat masakan yang telah dicairkan diikuti serbuk koko.
- Kemudian masukkan berteh beras, adunkan menjadi doh.
- Bulat-bulatkan dan susun dalam dulang
- Panaskan oven dengan suhu 180 darjah celcius dan bakar selama 15- 17 minit
- Setelah biskut sejuk paipkan dengan lorekan coklat.
Saiz hidangan : 100 keping
Waktu memasak :18 – 20 minit
Keistimewaan : Berteh beras yang rangup
INFO CHEF : Berteh beras dan koko memberi gandingan rasa yang cukup sedap dan pasti digemari tetamu.
RESIPI : ZAITON ISMAIL
TERIMA KASIH : Dyra Bakery & Academy,15- 1 Jln Elektron E U16/E, Denai Alam, Shah Alam. fb: nurdyracookies house, fb :Kzis Zis Zaiton Ismail

