Ramai yg minta resipi rendang pedas Perak. Selalu buat tapi trlupa nak tangkap gambar step by step. Yg penting ramuan utama dan tips2 penting. Walaupun ramai yg ambil cara mudah iaitu dgn memblender semua ramuan, tapi kalau nak sedap, semua ramuan hendaklah di hiris halus.
Daun kunyit dimasukkan peringkat akhir sebelum diangkat. Ini petua penting yg kita perlu ikut. Cuma cili je di blend. Sukatan kita boleh agak2 mengikut amaun yg nak di masak.
Ads
Cuma santan mesti cukup dan bawang juga kena banyak baru sedap. Kita gunakan kelapa fresh yg ditumbuk dan bukan kerisik. Ini bahan yg boleh ditambah atau di kurangkan.
BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam besar
3/4 kg santan pekat
15 – 20 ulas bawang kecil
2 inci halia
4 batang serai
1 inci lengkuas (x ada pun x pe)
3 helai daun kunyit yg lebar @ 4 helai sederhana.
Cili giling 3 sudu atau ikut citarasa kepedasan
3 sudu besar kelapa parut ditumbuk sedikit.
Garam secukupnya.
Ads
CARA MEMASAK:
1.Masukkan semua bahan, masak atas api sederhana. Masak hingga hampir kering dan masukkan daun kunyit yg sudah di mayang.
Ads
*Rendang kerang memerlukan 1 kg santan setiap 1 kg isi kerang. Santan perlu cukup pekat. Kalau cair kena tambah.
Kredit: Puan Sharifah Shaari
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Tauhu sumber protein yang sangat bermanfaat untuk kesehatan. Kandungan protein yang tinggi pada produk yang dihasilkan dari pati kacang soya ini kaya dengan pelbagai khasiat. Sumber nutrisi dalam tauhu diakui ramai, kaya dengan sumber zat besi, protein, kalsium dan mineral yang sangat diperlukan tubuh dan membantu mencegah pelbagai penyakit. Antaranya sakit jantung, diabetes, mengelakkan osteoporosis, menurunkan berat badan dan banyak lagi. Ada baiknya, mulai hari ini kita jadikan tauhu sebagai salah satu bahan dalam masakan harian. Ia bukan hanya mudah tetapi harganya juga murah. Berikut dua resipi tauhu yang dikongsikan dan boleh anda cuba di rumah
TOFU AYAM CINCANG SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN:
1 paket tauhu lembut | kukus
Sedikit isi dada ayam | cincang
4 ulas bawang putih | cincang
Sedikit hirisan daun bawang
Sedikit daun ketumbar | hiris
100gm sos tiram
5gm minyak bijan
Sedikit kicap cair
Sedikit minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dan goreng ayam yang dicincang sehingga garing. Ketepikan.
Gunakan minyak yang sama, goreng bawang putih hingga wangi.
Masukkan sos tiram, kicap dan minyak bijan. Biarkan mendidih.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah masak, siram di atas tauhu lembut tadi dan taburkan isi ayam cincang yang telah digoreng tadi.
Kemudian hiaskan dengan daun bawang dan ketumbar.
TAUHU GORENG NYONYA
BAHAN-BAHAN:
2 keping tauhu biasa | hancurkan
2 biji telur | pecahkan dan kacau rata
1/2 biji bawang Holland | hiris
1 biji cili merah | hiris
Sedikit timun
1 sudu makan kacang tanah kisar
2 sudu makan Sos Thai
1 sudu makan kicap pekat
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Tauhu dicampurkan dengan telur yang telah dikacau.
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan tauhu tadi ke dalam kuali.
Kemudian kacau hingga sebati.
Setelah tauhu bertukar warna kekuningan angkat dan ketepikan.
Hiaskan dengan timun, hirisan bawang dan cili.
Taburkan kacang tanah kisar di atasnya, kemudian tuangkan sos Thai dan kicap pekat di atasnya.
Sekarang dok tular Nasi Ayam Kunyit, apa kata kreatif sikit, kita padankan Ayam Goreng Kunyit dengan nasi goreng. Maka jadilah Nasi Goreng Ayam Kunyit, menu sempoi terlajak sedap. Sesuai sangat dengan orang bujang, tak pandai masak pun gerenti boleh buat punya. Resipi ni hanya ambil masa 15 minit, dah siap boleh makan. Gerenti sedap, puas hati dan tak payah tukar baju, keluar rumah dan buang minyak beli kat luar.
BAHAN-BAHAN:
Bahan Ayam Kunyit:
100 gm isi dada ayam | gaul dengan garam dan kunyit
Sedikit hirisan kacang buncis
Sedikit hirisan lobak merah
1/2 biji bawang besar | hiris
1 ulas bawang putih | cincang
Sedikit hirisan cili padi dan merah
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
Bahan Nasi:
1 mangkuk nasi putih
1 biji telur ayam
1 sudu makan sos tiram
Sedikit minya masak untuk menumis
LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1: Panaskan minyak, goreng isi ayam hingga garing. Angkat dan ketepikan.
LANGKAH 2 :Kemudian tumiskan bawang merah, putih, cili hingga wangi, diikuti sayuran.
LANGKAH 3: Masukkan semula isi ayam yang telah digoreng tadi dan perasakan dengan sedikit sos tiram.
LANGKAH 4: Untuk sediakan nasi goreng. Panaskan sedikit minyak pecah telur dan hancurkan.
LANGKAH 5: Masukkan nasi, diikuti dengan sos tiram.
LANGKAH 6: Gaul rata hingga cukup rasa dan hidangkan bersama ayam kunyit tadi.
Gulai kurma ayam bila dimakan dengan nasi minyak memang sedap. Hidangan ni sering menjadi lauk kenduri. Nak dapatkan gulai kurma yang pekat dan harum baunya, penggunaan rempah ratus terpilih digunakan.
Boleh cuba buat resepi gulai kurma ayam Kelantan yang dimasak cikgu Afy AL Habibi. Memang terliur dibuatnya.
GULAI KURMA AYAM
Bahan-bahan:
5 ketul ayam
1 biji kentang | dipotong
4 sekawan
3 sudu besar rempah kurma
1 mangkuk air asam jawa (semangkuk air + secubit dua asam jawa)
½ keping nisse
½ sudu besar gula perang
1 sudu kecil garam
Secubit dua perasa
150ml santan kotak
1 sudu besar gula perang
1/3 sudu kecil garam
Bahan kisar:
2 ½ biji bawang merah (saiz syiling 50 sen lama)
1 ulas bawang putih
Sehiris halia
Bahan hiasan:
Cili merah hijau
Daun kari
Cili kering
Bawang Holland
Cara memasak:
Panaskan sedikit minyak. Tumis 4 sekawan.
2.Tuang bahan kisar tadi sehingga wangi. Kemudian masukkan 3 sudu besar rempah kurma (jangan penuh membukit sangat setiap sudu ya).
3.Kacau dalam api paling perlahan sehingga terbit minyaknya.
4.Masukkan semangkuk air asam jawa. Perasakan peringkat pertama dengan nisse, gula perang, garam dan secubit dua perasa.
5.Tutup periuk dulu untuk proses pes menjadi pecah minyak. Masih dalam api perlahan.
6.Biar jadi rupa seperti dalam gambar, barulah gulai akan menjadi wangi dan elok kejadiannya.
7.Kemudian masukkan ayam dan kentang. Saya dah tak tambah air sebab nanti lepas ayam mengecut, airnya akan keluar lagi.
8.Kacau rata sebelum ditutup dengan tudung periuk.
9.Proses ‘palo awah’ ni mengambil masa 20-25 minit untuk memastikan pes meresap dengan baik dan ayam masak sempurna. Gunakan api paling kecil. Kacau sesekali.
10.Seterusnya masukkan santan. Saya guna lebih kurang 150ml (atau ikut kuantiti kuah yang diingini). Saya dah tak tambah air sebab air ayam masih banyak.
11.Seterusnya masukkan perasa peringkat kedua iaitu 1 sudu besar gula perang dan 1/3 sudu kecil garam. Sukatan mengikut citarasa masing-masing.
12.Selepas kuah mula mendidih, masukkan bahan hiasan. Semua bahan boleh digoreng seketika sebelum dicampur sekali. Dah siap.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.