Tengok resipi rendang udang ni, terus rasa lapar. Kali ini RASA ingin kongsikan resipi yang dibuat oleh Valli Kitchen. Resipi ini ada dikongsikan di facebook group RASA Share Resepi. Memang nampak sedap sungguh.
Jadi, kalau korang selalu buat rendang ayam atau daging, kali ini bolehlah cuba buat rendang udang pula. Bahannya pun tak banyak. Cuma waktu menumis tu memang lama sikit. Kena betul-betul masak dan naik minyak. Barulah sedap rendang udang korang nanti.
BAHAN-BAHAN
400 gram udang
Minyak masak untuk menumis
4 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa
1 sudu besar gula melaka
6 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
1 cawan santan
BAHAN KISAR
1 labu bawang merah
3 ulas bawang putih
3 tangkai serai
2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
4 sudu besar pes cili kering kisar
CARA MEMBUAT
1. Bersihkan udang. Ketepikan.
2. Bawang putih, bawang merah, serai, lengkuas, kunyit dan halia dihiris kecil-kecil.
3. Kisarkan bahan tadi dengan pes cili kering kisar. Ketepikan.
4. Sediakan kerisik. Kelapa parut disangai atas kuali. Ketepikan.
5. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sampai naik minyak.
6. Masukkan garam. Kacau lagi.
7. Masukkan udang. Kacau lagi dan biarkan udang masak.
8. Masukkan sedikit air.
9. Masukkan gula melaka dan daun limau purut. Masukkan juga daun kunyit yang dihiris kasar.
10. Masukkan santan. Masukkan kerisik. Kacau sebati. Biarkan kering sedikit. Matikan api.
Selamat mencuba!
Kredit Resipi: Valli Kitchen
Korang nak beli BLENDER baru tak? Jom klik sini untuk tengok BLENDER BARU. Nanti boleh kisar bawang nak masak daging masak hitam dengan blender. Yeeha!
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/resipi-oreo-cheesecake-yang-mantap/
https://rasa.my/lelaki-ini-olah-roti-jadi-biskut-kering-bergula-kreatif-sungguh/
https://rasa.my/perghhh-mantap-sungguh-gulai-ikan-tenggiri-paling-power-ni/
Jom tengok video ni – Salman Nasi Kandar