BuburAyamala Mcd memang sedap. Bagi anda yang mempunyai ahli keluarga yang ramai, memang sesuai sangat masak menu ni secara homemade. Bila buat sendiri, anda boleh letak aneka bahan sampingan yang disukai. Nak masak pun tidak renyah mana malah kosnya juga jauh lebih murah berbanding yang dibeli. Terasa nak makan Bubur Ayam ala Mcd hari ni? Saudari Uwan Nolly Epin ada kongsikan resipinya. Ringkas je tapi hasilnya sedap. Nanti bolehlah cuba.
CARA MASAK BUBUR AYAM SEDAP ALA MCD
BAHAN-BAHAN:
2-3 keping dada ayam 1 1/2 pot beras – cuci dan toskan 1 1/2 inci halia – hiris nipis macam mancis api 2 kiub pati ayam – beli online disini Air secukupnya Minyak bijan – beli online disini Daun bawang – hiris Ubi kentang – potong dadu – beli online disini Maggi cukup rasa secukupnya Cili merah – untuk hiasan 1 sudu teh lada sulah – jika suka – beli online disini
Ads
CARA MEMASAK: 1. Didihkan air secukupnya.Rebus ayam sehingga empuk dan masukkn kiub pati ayam. 2. Bila ayam sudah masak, keluarkan dan tos airnya. 3. Masukkan beras yang telah dicuci ke dalam oeriuk rebusan ayam. Masak hingga beras kembang. 4. Masukkan lobak merah. Jika suka boleh masukkan fishcake yang dipotong dadu. Ia akan menjadikan bubur nasi jadi sedap. 5. Sementara tunggu bubur masak, carik-carikkan isi ayam tadi. 6. Bila bubur sudah hampir masak, masukkan hirisan halia. Perasakan dengan garam secukup rasa. Jika tidak cukup masin, boleh tambah serbuk Cukup Rasa.
7. Jika suka bubur yang ada rasa sedikit pedas, boleh masukkan serbuk lada sulah. 8. Akhir sekali, masukkan sebahagian dari ayam carik tadi ke dalam bubur. Gaul sebati dan tutup api. 9. Untuk hidangan, masukkan bubur ke dalam mangkuk, hiaskan dengan ayam carik tadi. 10. Tabur bawang goreng dan hirisan cili merah dengan secukupnya.
11. Jika suka, titiskan sedikit minyak bijan. Bubur Ayam ala Mcd siap untuk dihidangkan. 12. Enak dinikmati bersama telur masin, serunding, nugget dan lain-lain.
Ramai sukakan ayam sambal, tapi kalau tambah dengan petai, memang memberikan rasa yang sangat padu kepada penggemar petai yang boleh menjadikan makan nasi bertambah-tambah. Kepada anda yang belum cuba menu ni dan ingin mencuba, resipinya ada disediakan di bawah, anda boleh cuba bila-bila ada kelapangan.
AYAM MASAK CILI HIJAU PETAI BAHAN-BAHAN: 1 ekor ayam | potong kecil, bersih dan tos 1 batang serai | titik 1 helai daun pandan | simpul 2 sudu makan sos ikan Garam secukup rasa 1 kiub perasa ayam secukup rasa Sedikit belacan | jika suka Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis BAHAN KISAR: 5 tangkai cili hijau 10 biji cili padi 3 ulas bawang putih 4 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
Ayam yang telah dibersihkan tadi digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam hingga masak.
Keluarkan minyak goreng ayam, tinggal anggaran dua senduk.
Masukkan daun pandan dan serai, tumis hingga naik bau.
Seterusnya masukkan bahan kisar, kacau rata.
Tambahkan petai, belacan (jika suka) perasa ayam dan sos ikan.
Akhir sekali masukkan ayam goreng, kecilkan api dan gaul rata.
Pizza Hawaian Chickenhomemade resipi perkongsian saudari Aishah Mohamed ni nampak sangat sedap. Hanya guna kepingan wrap dan beberapa bahan-bahan mudah yang lain sahaja. Memang jimat. Sesuai sangatlah dihidangkan untuk keluarga sebagai sajian makan malam. Malah boleh juga dijadikan sajian sarapan. minum petang, atau bila-bila masa yang sesuai. Paling penting sangat mudah. Campak-campak sahaja bahannya, 30 minit dah boleh makan. Jom cuba!
RESIPI PIZZA HAWAIAN CHICKEN SEDAP BOLEH MASAK SECARA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN: 3 keping roti rolls up wraps Gardenia atau sebarang jenama 1 ketul dada ayam – potong dadu Pizza topping grated cheese Bawang holland – potong dadu – beli online disini 1/2 biji cili benggala – potong dadu Nanas secukupnya – potong dadu 5 sudu makan tomato puri – beli online disini 1 sudu makan sos cili – beli online disini Maggi cukup rasa secukupnya 2 sudu makan minyak zaitun – beli online disini
CARA MEMASAK: 1.Potong dada ayam dan 1/2 biji bawang holland menjadi saiz dadu. Kemudian cuci dan gaulkan dengan sedikit maggi cukup rasa dan minyak zaitun. 2.Goreng dalam kuali sehingga ayam dan bawang masak. Tidak perlu sampai garing. 3. Ambil kepingan roti roll up wrap kemudian layurkan seketika di dalam kuali. 4. Campurkan tomato puri bersama sos cili. Gaul rata. 5. Sapu campuran tomato puri dan sos cili diatas setiap keping roti wraps yang telah dilayurkan tadi. 6. Letak campuran isi ayam dan bawang yang telah digoreng tadi diatas wraps dan letak topping cili benggala, nanas serta keju dengan secukupnya. 7. Bakar dalam ketuhar mengguakan api atas selama 15 minit pada suhu 180C. 8. Pizza Hawaian Chicken homemade sedia untuk dinikmati.
Bercadang nak buat makan-makan dan tercari-cari menu sempena cuti hari merdeka esok? Ini antara menu-menu istimewa yang sesuai dijadikan sajian makan tengahari. Semuanya sangat sedap, mudah dan membuka selera.
Maklumlah sekarang ni pun tengah musim cuti sekolah, jadi memang seronok kalau masak bermacam-macam menu. Paling penting, semuanya adalah hasil dari air tangan ibu.
Tengahari lebih sesuai jika masak lauk pauk pelbagai rasa. Tapi andai jemu dengan nasi, sajian ringkas seperti bihun juga ada dikongsi. Lebih ringan dan sesuai dinikmati hingga ke malam hari. Jomlah cuba. Anda sekeluarga pasti gemarkannya.
KOLEKSI MENU YANG SEDAP & MUDAH SEMPENA CUTI HARI MERDEKA
1. NASI DAGING
BAHAN-BAHAN:
1kg daging – rebus empuk
1kg beras basmathi – cuci & tos – beli online disini
1.5kg air
1/2 tin susu cair – beli online disini
2 sudu makan rempah kurma – sangai seketika – beli online disini
2 sudu makan minyak masak
1 sudu makan minyak sapi – beli online disini
1 kiub pati daging
1 helai daun pandan
2 biji tomato – belah empat
Garam secukup rasa
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
BAHAN HIRIS:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3cm halia
BAHAN AIR ASAM:
10 biji cili merah
10 biji cili padi
30gm belacan
Sedikit ikan bilis
Sedikit gula
Garam jika perlu
2 biji tomato
2 biji bawang besar
2 sudu makan kerisik – beli online disini
1 cawan air rebusan daging
1 sudu makan pes asam jawa – beli online disini
1 sudu makan sos cili – beli online disini
1 sudu makan sos tomato – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk. Tumis rempah penumis dan bahan hiris hingga wangi.
2. Masukkan rempah kurma. Kacau rata dan masukkan sedikit air. Kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan beras yang telah ditoskan. Kacau seketika bersama daun pandan.
4. Masukkan separuh dari hirisan daging, air rebuan daging, susu cair, kiub pati daging dan tomato. Perasakan dengan garam secukup rasa.
5. Pindahkan periuk ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa.
6. Untuk menyediakan air asam, satukan semua bahan dan kacau rata.
7. Hidangkan bersama nasi daging.
2. UDANG GULAI LEMAK CILI PADI & DAUN SELOM
BAHAN-BAHAN:
1kg udang saiz XL – bersihkan
1 cekak daun selom – celur seketika
700ml santan
1 keping asam gelugur – beli online disini
3 batang serai – titik
1 helai daun kunyit – hiris
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
20 biji cili padi
4cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Masukkan santan ke dalam periuk bersama bahan kisar, serai, daun kunyit dan asam gelugur. Renehkan.
2. Bila kuah sudah mendidih, masukkan udang dan daun selom yang telah dicelur tadi. Masak hingga udang bertukar warna kemerahan.
3. Perasakan dengan garam secukupnya dan kecilkan api.
4. Biar selama 2-3 minit dan padamkan api. Angkat serta sedia untuk dihidangkan bersama menu potluck yang lain.
3. SATE DAGING GORENG
BAHAN-BAHAN:
1kg daging – hiris kecil & nipis
200gm kacang tanah – sangai & kisar – beli online disini
1/2 cawan gula
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Cuci daging bersih-bersih dan toskan airnya.
2. Masukkan daging ke dalam mangkuk bersama bahan kisar, garam, gula dan kacang tanah. Gaul rata dan sebati.
3. Tutup bekas daging dan perap semalaman dalam peti sejuk.
4. Apabila sedia untuk dimasak, keluarkan sate dari peti sejuk dan biarkan pada suhu bilik seketika.
5. Panaskan minyak masak dalam kuali non-stick, Goreng sate guna api sederhana. Bila masak, angkat dan tapis sate tadi bagi membuang lebihan minyak.
6. Jika sate agak kering semasa dimasak, masukkan air perapan daging dengan secukupnya.
7. Sedia untuk dihidangkan.
4. KARI IKAN BAWAL MAS
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan bawal mas – potong dua atau tiga
200ml santan
½ cawan air asam
3 tangkai daun kari – lurut dari tangkai
1 sudu makan serbuk cili – beli online disini
3 sudu makan rempah kari ikan – beli online disini
1 sudu teh serbuk kunyit
1 ½ sudu makan rempah penumis
2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN HIRIS:
1 biji bawang besar
8 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
3cm halia
BAHAN TAMBAHAN:
1 biji terung panjang – belah dua & potong empat
3 biji bendi – potong dua
1 biji cili merah – belah dua
1 biji cili hijau – belah dua
1 biji tomato – belah empat
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan hiris hingga wangi.
2. Masukkan rempah penumis dan daun kari. Kecilkan sedikit api.
3. Setelah garing, masukkan bancuhan serbuk kari, serbuk cili dan serbuk kunyit. Kacau rata hingga pecah minyak. Tambah air dan air asam jawa.
4. Bila kuah mereneh, masukkan ikan diikuti dengan santan. Biarkan mendidih.
5. Tambahkan terung, kacang bendi, cili dan tomato.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Setelah 2-3 minit, trutup api dan hidangkan segera.
5. SOTONG BAKAR SERAI
BAHAN-BAHAN:
1kg sotong bersaiz XL – bersih & toskan
100ml santan kotak – beli online disini
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
4 biji bawang merah
3 tangkai cili kering
2 batang serai
2 ulas bawang putih
BAHAN SUMBAT:
2 keping tauhu
1 biji telur
3 sudu makan daging kisar
1 biji bawang besar – dadu halus
3 biji bawang merah – cincang halus
2 ulas bawang putih – cincang halus
3 biji cili merah – cincang halus
1 sudu makan sos tiram – beli online disini
1 sudu teh serbuk lada sulah – beli online disini
Garam secukup rasa
1 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan bahan perapan sotong, campurkan bahan kisar bersama santan. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukup rasa. Ketepikan.
2. Bagi menyediakan bahans umbat sotong, panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
3. Tambahkan daging kisar, tumis hingga kering.
4. Masukkan tauhu yang dihancurkan. Gaul rata.
5. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Tutup api dan sejukkan.
6. Bila inti sejuk, pecahkan telur, kacau rata dan tambahkan hirisan daun bawang serta daun ketumbar.
7. Sumbat bahan isian ke dalam sotong, padatkan dan tutup guna kepala sotong. Pin guna lidi dengan kemas.
8. Gaul sotong dengan bahan perapan. Perap seketika.
9. Untuk memasak, panaskan sedikit minyak dalam kuali non-stick dan panggang sotong guna api sederhana hingga masak. Sedia untuk dinikmati bersama menu potluck yang lain.
6. BIHUN GORENG TAUCU
BAHAN-BAHAN:
100gm bihun – beli online disini
100gm tauge – buang ekor
100gm daun bawang – hiris pendek
1 keping kek ikan – hiris
150gm udang – buang kulit
3 sudu makan pes cili kering
2 sudu makan pes taucu – beli online disini
1 sudu makan sos tiram – beli online disini
1 sudu malam sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR HALUS:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu makan udang kering – rendam & tos
2 sudu makan ikan bilis – rendam & tos
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan pes cili kering. Kacau lagi dan masukkan taucu. Kacau rata.
3. Seterusnya masukkan udang. Apabila sudah bertukar warna, tambahkan sos tiram dan sos tomato. Gaul.
4. Masukkan bihun yang telah direndam tadi. Masukkan juga sedikit air dan masak hingga bihun lembut.
5. Tambahkan tauge dan daun bawang serta perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya.
6. Angkat dan sedia untuk dinikmati.