Kek Cheese /Kek Kejuhomemade sedap ni memang sangat mudah untuk dicuba. Bahan-bahan sangat ringkas malah cara penyediaannya pun mudah. Bagi anda yang baru berjinak-jinak dalam pembuatan kek keju, resipi perkongsian saudari Nor Atikani antara yang terbaik yang boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MEMASAK: 1. Pecahkan telur dan asingkan kuning dan putihnya. Letak dalam bekas berlainan.
2. Masukkan krim keju ke dalam bekas. Lembutkan. Kemudian masukkan kuning telur.
3. Sebatikan kedua-dua bahan ni hingga sebati menggunakan pemukul tangan (whisk).
4. Masukkan tepung naik sendiri dan tepung jagung yang telah diayak bersama. Gaul sebati.
5. Seterusnya, panaskan whipping cream bersama mentega hingga cair menggunakan Teknik double boiler.
6. Setelah cair, masukkan campuran whipping cream tadi ke dalam adunan tepung.
Ads
7. Pukul sehingga semua bahan sebati dan tidak berketul. Ketepikan.
8. Untuk membuat meringue, pukul putih telur menggunakan mixer hingga berbuih.
9. Kemudian masukkan gula ising dan cream tartar.
10. Pukul lagi adunan hingga bertanduk.
11. Ambil senduk adunan putih telur dan masukkan ke dalam bekas adunan tepung tadi. Ratakan.
12. Kemudian masukkan lebihan adunan putih telur. Kaup balikkan hingga rata dan sebati.
Ads
13. Ambil loyang dan alaskan dengan baking paper. Tuang adunan kek tadi.
14. Panaskan ketuhar pada suhu 160C. Bakar kek guna teknik Water Bath selama 1 jam lebih. Ketuhar mungkin berbeza jadi kena tengok suhu dan masa ikut ketuhar masing-masing. Water bath adalah teknik bakar kek dimana perlu letak air panas di dalam tray sebelum dimasukkan loyang kek.
15. Bila kek dah keperangan, bolehlah dikeluarkan. Sedia untuk dinikmati ikut citarasa masing-masing.
Sambal bilis kacang ini boleh jadi lauk tapi sedap juga diratah begitu saja. Kalau dapat yang rangup boleh habis sebekas.
Sambal bilis kacang ini juga tahan lama jika betul cara masaknya. Kalau teringin buat stok di rumah boleh ikut resipi perkongsian Salma Ideris. Boleh tahan berminggu-minggu katanya.
Bahan-bahan digoreng garing
1 kg kacang tanah (lebih pun boleh)
Ikan bilis ( kuantiti ikut cita rasa)
Tempe (pastikan potong nipis jika nak masukkan sekali)
Bahan dikisar
Cili kering ( kuantiti ikut tahap pedas)
Cili api ( letak lebih kalau nak pedas)
1/2 biji bawang holland
1/2 labu bawang putih )
3 sudu gula pasir
3 keping gula kabung/melaka
Sedikit garam & serbuk perasa
1 keping asam keping
Cara membuat
1. Goreng garing kacang tanah, ikan bilis, tempe. Ketepikan.
2. Guna minyak yang banyak, tumis bahan yang dikisar. Masak guna api besar, kacau sentiasa dalam setengah jam.
3. Masukkan asam keping.
4. Bila dah likat macam sira keluarkan asam keping, matikan api.
5. Biarkan sambal sejuk kemudian masukkan bahan yang digoreng. Kacau sebati. Siap!
Tip sambal kacang kekal rangup
Pastikan bahan tumis tidak hangit.
Kacang tanah, bilis, tempe wajib kena garing.
Untuk kekal rangup boleh juga letak cuka (jangan masukkan asam lain) waktu tumisan sudah terbit minyak bersama dengan garam dan gula. Padamkan api, masukkan bilis, kacang dan hidupkan kembali api.
Cara untuk kekal rangup, biar sambal sejuk kemudian baru gaulkan ikan bilis dan kacang.
Kuih getas merupakan kuih tradisional yang sangat unik kerana rasanya yang lemak manis. Ada yang juga memanggil getas-getas atau gegetas. Cara penyediaannya antara yang paling senang berbanding kuih tradisional yang lain. Uli, gentel dan goreng je. 10 minit dah boleh siap! Rasanya yang lembut dan kenyal itu menjadikan ia amat diminati dan sering dijadikan sebagai hidangan minum petang seisi keluarga.
KUIH GETAS
BAHAN-BAHAN
1/2 biji kelapa parut
2-1/2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum
1 cwn air (atau secukupnya)
1 sudu teh garam
Untuk sira gulanya
1/2 cawan gula
1/2 cawan air
CARA PENYEDIAAN
Satukan kelapa, tepung pulut dan tepung gandum dalam bekas, masukkan garam, gaul. Masukkan air sedikit demi sedikit (jangan cair sangat.. nanti susah nak bentuk), uli hingga jadi doh lembut. Bentukkan doh mengikut citarasa.
Bentukkan doh sebesar nugget
Goreng dengan api sederhana.
Air dan gula dimasak dalam kuali, biar betul-betul pekat baru masukkan kuih yang telah digoreng tadi. Kacau hingga kering.
Air dan gula dimasak hingga pekat. Berbuih macam ni tanda gula telah pekat.
Masukkan kuih yang telah digoreng dan boleh tutup api, kacau hingga jadi seperti ini.
Menu ni kalau ke kedai nasi kandar kadang harganya kayangan juga. Tapi sebab sedap punya pasal bedal juga, kadang tak cukup seekor udang. Sebaiknya masak sendiri baru puas makan. Sedap yaamat rasa kemanisan udang bersama bawang serta wangi rempah tu buatkan berselera makan tak sedar boleh bertambah nasi.
Udang Masak Masala
Bahan-bahan: 10-15 ekor udang- cuci bersih Daun ketumbar -potong halus 5 tangkai cili padi -potong kasar 3 biji tomato- potong halus 3 biji bawang besar -potong mayang (jika suka pedas boleh lebihkan cili padi)
Bancuh rempah dengan bahan berikut: 2 sudu makan rempah ikan 2 sudu makan serbuk ketumbar 2 sudu makan serbuk jintan putih 1 sudu makan serbuk jintan manis 1 sudu makan serbuk kunyit 2 cawan air
¾ cawan minyak masak
Cara memasak:
1.Panaskan minyak.
2.Bila minyak sudah panas tumis bawang besar sehingga betul-betul layu. Masakan ini memang perlukan bawang yang banyak, baru rasa kemanisan masakannya.
3.Pastikan bawang sudah layu, masukkan bahan bancuhan rempah.
4.Masukkan cili potong.
5.Juga masukkan tomato yang telah dipotong halus.
6.Kacau sebati hingga rempah pecah minyak. Kena rajin kacau supaya rempah tak hangit.PENTING. Kena masak rempah ini sehingga betul-betul masak. Anggaran dalam 10-15 minit pecah minyak. Kalau rempah tak masak elok memang rasa lain bila makan nanti. Kena rajin kacau supaya rempah tak berbau hangit.
7.Bila rempah sudah betul-betul masak masukkan santan cair.
8.Kacau bagi santan sebati dengan rempah.
9. Perasakan dengan garam secukup rasa.
10.Bila bahan rempah dah sebati elok, terus masukkan udang yang telah dicuci bersih tadi.
11.Kacau perlahan, biar rempah sebati meresap dalam udang. Masa ni nampak kuah sedikit cair sebab air udang sudah keluar. Masakan ini kuahnya tidak terlalu pekat.
12.Bila udang sudah masak, taburkan daun ketumbar, kacau sekilas dua dah boleh tutup api. Masa ni jangan masak terlalu lama pula nanti udang jadi keras.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.