Sedapnya Sotong Goreng Telur Masin @ Salted Egg Squid ni. Memang sangat enak dimakan bersama nasi putih. Malah jika kuahnya lebih cair, sesuai dicicah bersama roti atau Mantao. Hidangan begini jika dinikmati di restoran makanan laut, harga pastinya sangat mahal. Untuk lebih jimat, anda boleh hasilkan sendiri di rumah. Yang paling penting, guna sotong segar untuk rasa lebih enak. Jom cuba resipi perkongsian saudara Wan LuQman ni. Pasti puas hati.
CARA MASAK SOTONG GORENG TELUR MASIN / SALTED EGG SQUID
1. Telur masin direbus dan dihancurkan terlebih dahulu.
2. Untuk memastikan sotong bersalut elok, harus buat ‘gam’nya terlebih dahulu. Caranya ialah masukkan tepung gandum ke dalam bekas sotong dan sedikit air. Gaul hingga bersalut dan pastikan pekat. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung kfc dan baking powder.
3. Gaul sotong ke dalam tepung satu persatu dan ketepikan.
Ads
4. Panaskan minyak dan masukkan kepingan sotong satu persatu.
5. Tip minyak goreng kekal bersih, setiap 2-3 kali trip goreng, bersihkan minyak dengan ceduk buang habuk-habuk tepung yang mendap didasar kuali. Barulah serbuk hitam tidak melekat pada sotong bila diangkat nanti.
6. Sotong yang siap digoreng. Ketepikan seketika.
7. Seterusnya, cairkan 2 sudu makan mentega dan 2 sudu makan minyak masak.
8. Masukkang bawang putih, cili padi dan daun kari. Tumis sekejap tapi jangan sampai garing pula.
9. Kemudian masukkan telur masin yang telah dilenyek tadi.
Ads
10. Tuangkan juga susu cair.
11. Tambahkan serbuk pati ayam dan juga gula dengan secukupnya. Kacau rata.
12. Bila kuah telah siap, tuang ke atas sotong yang digoreng tadi.
13. Sotong Goreng Telur Masin @ Salted Egg Squid sedia untuk dinikmati.
Walau sejauh mana kita merantau dan hidup dalam dunia moden, aneka masakan kampung tentunya sentiasa menjadi pilihan. Walaupun ringkas, tapi kepuasan dalam setiap suapan tu memang sukar digambarkan. Bagi anda yang teringin nak masak lauk kampung simple, ini antara resipi yang boleh dicuba. Memang sedap & buka selera.
1. GULAI LEMAK NANAS IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
3 biji nanas sederhana besar | kupas, belah empat, buang empulur dan hiris sederhana tebal
1kg ikan masin talang | cuci dan rendam 30 minit dan toskan
5 batang serai | diketuk
5 helai daun kunyit | disiat
2 keping asam gelugur
1 liter santan cair
2 kg santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3 biji cili merah
20 biji cili api | lebihkan jika mahu pedas
1 inci kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan-bahan kisar halus dan serai yang telah diketuk ke dalam periuk.
Tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih. Tambah ikan masin dan nanas. Kacau rata dan masak hingga nanas 1/2 empuk. Tuang sedikit air jika perlu.
Masukkan asam gelugur dan tuang pati santan. Kacau perlahan.
Masukkan daun kunyit dan sedikit gula. Masak sekejap dan rasa, jika perlu, baru tambahkan garam secukup rasa. Biar mendidih sekejap dengan api kecil dan kacau selalu. Boleh matikan api.
Sedia untuk dihidangkan
2. IKAN KEMBUNG GORENG CILI
BAHAN-BAHAN:
6 ekor ikan kembung | dilumur garam dan digoreng
4 sudu makan kicap manis
2 sudu makan kicap pekat
4 sudu makan sos cili
5 biji cili padi | dikisar
4 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dihiris
1 biji bawang besar Holland | dihiris
1cm halia | dihiris halus
Sedikit serbuk lada hitam
8 biji cili padi | dibuang tangkai
Sedikit air
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga garing.
Kemudian masukkan hirisan bawang putih, bawang besar, halia dan cili padi. Kacau sehingga naik bau.
Seterusnya masukkan kicap manis, kicap pekat, serbuk lada hitam dan sos cili. Kacau rata. Tambahkan sedikit air. Biarkan mendidih.
Masukkan ikan. Perasakan dengan garam jika perlu. Gaul rata dan biarkan mendidih seketika.
Sedia untuk dinikmati.
3. SAMBAL IKAN TONGKOL
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan tongkol saiz sederhana | dipotong kecil
6 biji bawang merah | dikisar
20 tangkai cili kering | direndam air panas dan dikisar
1cm belacan | dikisar
2 biji bawang besar | dihiris
4 keping asam gelugur
Sedikit garam kasar
Sedikit garam halus
Gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersihkan ikan dan susun di dalam periuk. Tabur garam kasar dan tiga keping asam gelugur.Rebus menggunakan api kecil sehingga ikan masak.
Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan seketika.
Dalam kuali yang sama, tumis bahan yang dikisar sehingga wangi. Masukkan satu keping asam gelugur, garam dan gula. Gaul rata.
Masukkan ikan yang digoreng tadi bersama hirisan bawang besar. Gaul sehingga semua bahan sekata dan bawang sedikit layu.
Sedia untuk dinikmati.
4. LAWA MANGGA MUDA
BAHAN-BAHAN:
5kg mangga muda | disagat halus
1kg santan kelapa | anggaran mengikut kesesuaian dan jenis manga
300gm cili kisar | guna cili kering china
Sedikit cili padi | mengikut tahap kepedasan yang diingini
60gm lada hitam kasar
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan sekejap santan menggunakan api sederhana namun jangan sampai pecah minyak.
Masukkan cili kisar dan biarkan masak lebih kurang 2-3 minit sahaja dengan api sangat perlahan. Ia bertujuan untuk memastikan lawa mangga tahan lama.
Satukan mangga dan bahan-bahan lain. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya.
Masa dahulu jika waktu-waktu pagi atau petang, lempenglah yang nenek kita masak. Sedap bukan main padahal bahan-bahan yang digunakan sangatlah ringkas. Ada yang nipis, ada yang tebal. Makan panas-panas memang membuka selera. Terasa nak makan Lempeng? Jom cuba resipi perkongsian Opah Mas Cotek ni. Pasti puas hati.
CARA MASAK LEMPENG LEGEND YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum
3 cawan air
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Ambil mangkuk besar dan masukkan tepung gandum, air dan garam secukup rasa.
2. Jika risau garam berketul, boleh larutkan dalam air. Adun sebati hingga adunan tepung tidak berketul.
3. Jika suka, boleh satukan semua bahan ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati.
4. Ambil kuali dan oles sedikit minyak masak.
5. Tuang 1-2 senduk adunan lempeng. Ratakan.
6. Balik-balikkan adunan lempeng hingga masak dan keperangan.
7. Angkat dan sedia untuk dinikmati mengikut cita rasa masing-masing.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!