Biasanya menu acar ni dihasilkan menggunakan ikan atau sayur-sayuran. Namun, guna ayam pun tak kurang sedapnya. Sekali cuba, memang bertambah makan.

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • ½ ekor ayam |lumurkan kunyit dan garam
  • 1 biji bawang besar |potong wedges
  • 3 sudu cili sos
  • ½ batang timun |buang tengah dan dipotong memanjang
  • ½ batang lobak merah |dipotong seperti membuat acar
  • Sedikit biji sawi
  • 1 sudu makan cuka
  • Sedikit air
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Minyak secukupnya

Bahan-bahan kisar:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm halia

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng ayam hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak, dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
  3. Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
  4. Masukkan cuka, sos cili, gula, garam dan sedikit air.
  5. Setelah mendidih, masukkan timun, lobak merah, cili hijau, cili merah dan bawang besar.
  6. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng.
  7. Gaul rata dan angkat dan hidangkan.

 

Ads

INFO CHEF: Selain ayam, boleh juga menggunakan ikan.

Ads

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI