Asam pedas merupakan antara menu yang menjadi kesukaan ramai. Namun, tidak ramai yang tahu cara untuk memasak asam pedas yang padu dan sedap. Namun, dengan perkongsian oleh Mizah Ngatiman ini, pastinya masakan asam pedas anda rasa lebih sedap dan enak.
Menurut Puan Mizah Ngatiman, petua ini dikongsi oleh Dato' Rizalman menerusi rancangan Pang Pung tempohari di mana Raja Permaisuri Tunku Azizah telah berkongsi tip masakan asam pedas yang sedap kepadanya. Ayuh kita baca perkongsiannya.
*****
Resepi Asam Pedas Daging Campur Tetel
Kata Dato' Rizalman kan, dalam rancangan Pang Pung beliau tempohari. Raja Permaisuri Tunku Azizah bagitahu, Masakan bertumis ni sedap kalau ia pecah minyak banyak kali.
Pecah minyak tumisan bahan kisar dulu kemudian pecah minyak sekali lagi bila kita masukkan ayam atau daging.
Jadi hari ni Lz cuba teknik tu dalam resepi asam pedas daging dan tetel. Memang sedap dan bila betul-betul pecah minyak daging dan tetel tu lembut elok teksturnya. Bayangkan tentu tambah sedap kalau dapat masak dalam periuk tembaga macam Dato' pakai tu kan
Kuah asam pedas macam ni kan, mebeles kalau dapat cicah dengan lempeng atau roti canai. Aduhai.. Nak-nak kalau kita perangat sebelah pagi untuk sarapan.
Ads
Lz kongsikan step by step di setiap gambar dan video di bawah.
BAHAN-BAHAN:
1 bekas Isi daging dan tetel
20 tangkai lada kering – rebus*
2sb biji ketumbar*
5 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
2 inci halia*
2 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup*
1 batang serai – diketuk
2sb asam jawa – jadikan pes
*kisar
BAHAN-BAHAN PENYEDAP RASA:
Ads
Daun kesum
Bunga kantan
Daun limau purut
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan kisar. Api kecil hingga betul betul dapat pecah minyak dan naik bau.
2. Masukkan daging dan tetel. Biarkan air daging dan tetel kering. Tutup kuali kita, api sederhana kecil. Kita tunggu ia pecah minyak sekali lagi.
Ads
3. Pecah minyak lagi sekali. Bolehlah masukkan air secukupnya untuk lembutkan daging dan tetel.
4. Bila air hampir kering masukan serai, daun kesum, daun limau dan bunga kantan. Perasakan juga garam dan gula secukupnya.
5. Akhir sekali masukkan pes air asam jawa.
6. Siap dah asam pedas kita.
Kredit resipi & foto: Mizah Ngatiman
ANDA JUGA BOLEH CUBA:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Episod keempat rancangan realiti ‘Ratu Hijabista’ menyaksikan para finalis yang cantik manis telah diberi satu tugasan iaitu memasak hidangan tradisional; Gulai Lemak Cili Api Ikan Keli. Ya..Bukan mudah untuk dinobatkan sebagai ‘Ratu’. Selain rupa paras yang cantik, mental dan fizikal juga diuji bagi mencari ikon wanita berhijab yang berinspirasi dan boleh menjadi contoh kepada segenap lapisan masyarakat.
Bertempat di Kampung Lonek, Kuala Pilah, para finalis diberi carabaran pertama iaitu ‘Ingredient Hunting’ dimana semua peserta ditugaskan untuk menangkap sendiri ikan keli di tali air. Macam-macam aksi gadis-gadis cantik ni. Ada yang berani, ada yang geli. Selesai menangkap ikan, para finalis harus menyiang ikan. Bahagian ni pun lucu. Ada macam-macam gaya siang ikan. Ada yang elok sempurna. Ada ikan yang hilang kepala. Bukan mudah ya untuk menyiang ikan hidup lebih-lebih lagi jenis yang berbisa ni. Namun pujian harus diberikan kepada semua kerana berjaya melakukan tugasan yang diberi.
Memasak dalam cuaca panas memberikan cabaran buat para finalis. Namun semuanya mampu menyediakan hidangan Gulai Lemak Cili Api Ikan Keli terbaik dan enak.
Ingatkan satu cabaran sahaja. Rupanya ada lagi cabaran kedua. Selebriti cantik manis; Mira Filzah muncul dengan membawa tugasan istimewa buat para finalis dimana mereka perlu memasak satu lagi sajian kuih tradisional. Terdapat tiga pilihan iaitu menu Cucur Jagung, Onde-Onde dan Kuih Ketayap.
Diacarakan oleh Uyaina Arshad dan Fikry Ibrahim, masakan pada hari tersebut juga diadili oleh juri tetap iaitu Puan Sri Normala Samsudin dan Dato’ Chef Ismail selaku juri jemputan.
Rasa nak cuba masak menu macam para finalis Ratu Hijabista masak tapi tak gemar ikan keli? Boleh cuba guna bahan-bahan lain seperti resipi di bawah ini:
Setelah berminggu-minggu diuji dan diadili, akhirnya sampai juga ke kemuncak yang ditunggu-tunggu. Siapakan yang bakal dinobatkan sebagai Ratu Hijabista musim pertama? Jadi saksikan episod akhir Ratu Hijabista pada hari Rabu, 30 September 2020, jam 9 malam di Astro Prima.
Juara ‘Ratu Hijabista’ akan membawa pulang wang tunai RM10,000, tiara, trofi dan selempang. Tempat kedua pula bakal membawa pulang wang tunai RM5,000 beserta trofi dan selempang manakala pemenang ‘Hijabista Favourite 2020’ pula akan dipilih berdasarkan undian peminat tertinggi di laman web rasmi www.hijabista.com.my
Tengok gambar sahaja dah boleh rasa kesedapan Sambal Belacan ni. Kalau nak tahu ada petua untuk mendapatkan rasa sambal belacan yang sedap. Kalau ikut cara ni, InsyaAllah hasilnya pasti tidak menghampakan. Bolehlah buat stok. Tahan lama kalau simpan dalam peti sejuk. Nak tahu cara buat Sambal Belacan sedap? Ini rahsianya.
RESIPI SAMBAL BELACAN YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN: 6 biji limau kasturi – dibuang biji 50gm belacan yang telah dibakar 3 biji cili merah 1 biji cili hijau 8 biji cili padi hijau 25 biji cili padi merah 100ml air asam jawa pekat Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Satukan limau kasturi, belacan, cili merah, cili hijau, cili padi merah, cili padi hijau dan air asam jawa. Kisar kasar. 2. Perasakan dengan gula dan garam dengan secukupnya. 3. Untuk menyimpannya, masukkan ke dalam bekas bersih, tutup rapat dan simpan dalam peti sejuk. 4. Jika ingin menyediakan Sambal Belacan dalam kuantiti yang banyak, boleh gandakan sukatan bahannya.
PETUA:
Bakar belacan sekejap supaya sambal jadi lebih beraroma.
Guna asam jawa yang dibancuh dengan air suam. Ia adalah petua supaya Sambal Belacan tahan lama.
Limau kasturi yang dikisar bersama kulit (pastikan biji dibuang) akan membuatkan sambal jadi lebih wangi dan sedap.
Semasa mengisar, guna beberapa biji cili api yang masih bertangkai. Ia adalah petua supaya tidak sakit perut apabila makan sambal.
Minggu ni nak masak apa ya. Jom buat kek pulak, anak-anak mesti suka ni. Kita cuba buat kek chiffoun pulak. Kaya dengan rasa oren
Lembut aje bila gigi bersentuhan dengan kek ni.
RESEPI ORANGE CHIFFON CAKE FLUFFY.
.
BAHAN-BAHAN :
Loyang : 7″ removable loose pan
Bahan A :
32gm minyak
65gm jus oren
Bahan B :
68gm tepung kek
Secubit garam
Bahan C :
4 biji kuning telur
Bahan D :
4 biji putih telur
50gm gula
Secubit cream of tartar/ cuka
CARA PENYEDIAAN :
1. Panaskan bahan A di atas kuali dengan apai kecil hingga panas. Matikan api.
2. Masukkan bahan B dan gaul hingga sebati.
3. Masukkan bahan C dan gaul hingga menjadi adunan yang halus.
4. Pukul bahan D menjadi meringue tahap soft peak sahaja. ( jangan sampai stiff peak)
5. Masukkan 1/3 daripada meringue tadi kedalam adunan kuning telur dan gaul hingga sebati.
6. Masukkan adunan kuning telur ke dalam baki meringue tadi dan gaul menggunakan spatula hingga sebati.
7. Bakar dalam oven yg sudah di panaskan terlebih dahulu.
Bakar :
180°C : 15 minit
Minit yg ke 14, buka dan keluarkan kek dan hiris bahagian atas kek, ( rujuk gambar) ambik masa seminit sahaja untuk hiris, masukkan semula dan sambung bakar pada suhu
150°C : 35 minit atau hingga masak. ( bergantung oven masing2)
Bila dah masak, tunggu sejuk baru keluarkan dari loyang. siap!
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.