Kalau tak tahu nak makan apa, jom try buat ayam goreng. Ayam goreng adalah antara makanan yang paling mudah nak dibuat. Orang ramai pun suka. Tapi macam mana nak buat ayam goreng yang sedap? Lagi-lagi ayam berempah. Nah, kami kongsikan resipinya.
Bolehlah dimakan untuk sarapan bersama nasi lemak. Memang sedap.
BAHAN-BAHAN
1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka)
BAHAN KISAR
3 batang serai (BELI DI SINI)
5 ulas bawang putih (BELI DI SINI)
3 biji bawang merah
Halia sebesar ibu jari (BELI DI SINI)
BAHAN LAIN
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu makan serbuk cili. Jika nak pedas boleh tambah lagi.
2 sudu makan rempah kari daging
Sedikit garam (BELI DI SINI)
CARA MEMBUAT
1. Masukkan semua bahan dalam beks berisi ayam dan gaul sebati.
2. Perap 1 jam dan boleh digoreng.
3. Tabur daun kari yang digoreng sekali.
Resipi oleh Nor Hasimah dari Telegram KakiMakan Channel
NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/resipi-oreo-cheesecake-yang-mantap/
https://rasa.my/lelaki-ini-olah-roti-jadi-biskut-kering-bergula-kreatif-sungguh/
https://rasa.my/perghhh-mantap-sungguh-gulai-ikan-tenggiri-paling-power-ni/
Jom tengok video ni
https://www.youtube.com/watch?v=8z9E4CUDm5Q&list=PLeFxvDQwYge2Z4S3GiUhGD-X4hTKVMcL_&index=7