Bagi penggemar sajian ayam grill @ ayam panggang, resipi yang satu ni anda kena cuba. Kata empunya resipi, saudari SuiSan Aliezsha menu ini beliau olah mengikut bahan yang dirasa sewaktu menikmati GCB mcd. Hasilnya? Rasanya memang sama! Sedap sangat. Boleh dinikmati bersama roti malah jika tiada, makan sahaja bersama nasi. Pasti puas hati. Jom lihat resipinya.
RESIPI AYAM GRILL ALA GCB MCD
BAHAN-BAHAN:
Paha ayam – dibuang tulang atau beli ayam siap untuk chicken chop
1.Basuh bersih ayam tadi. Kemudian tos dan ketepikan seketika. 2. Satukan semua bahan (kecuali lada hitam) ke dalam pengisar. Tambahkan sedikit air dan kisar halus. Ketepikan.
3. Panaskan buttercup dan juga planta di dalam kuali hingga cair. Kemudian masukkan bahan kisar tadi.
4. Kacau sampai kuah menjadi pekat. Pastikn gula dan madu semua terasa. Tambahkan juga serbuk lada hitam. 5. Bila sos telah sempurna, padamlam api dan sejukkan.
Ads
6. Perap ayam bersama sos selama beberapa minit. Lagi lama diperap, lagi enak hasilnya.
7. Kemudian susun ayam dalam dulang pembakar dan bakar pada suhu 200C selama 60 minit menggunakan api atas bawah. Namun masa membakar mungkin berbeza mengikut ketuhar masing-masing.
8. Keluarkan ayam kemudian grill seketika di atas dapur gas menggunakan kuali burger @ kuali leper selama beberapa minit. 9. Angkat dan siap untuk dihidang kepada keluarga.
Ada barbeku minggu ini bersama sanak-saudara sempena cuti sekolah.Paling penting kena ada ayam bakar bbq kerana ramai yang suka. Bahan perapan yang penting sebab kalau cukup bahan-bahannya akan menyedapkan rasa ayam yang dibakar nanti. Walaupun banyak bahan digunakan namun rasa confirm tidak menghampakan.
AYAM BAKAR BBQ
Bahan-bahan:
2 ekor ayam- dibasuh dan dipotong
Bahan kisar:
2-3 biji bawang besar
8-10 ulas bawang putih
5 batang serai
2 inci halia
3 inci lengkuas
( semua bahan ini dipotong kasar nanti nak dikisar)
4 sudu besar sos barbeku
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar gula
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar garam
Sedikit air
Cara memasak:
1. Masukkan ke semua bahan-bahan tadi ke dalam blender.
2. Kisar sampai hancur.
3. Tuang dalam bekas ayam tadi.
4. Gaul sebati.
5. Perap dalam chiller semalaman. Lagi lama lagi sedap.
Masakan negara Asean memang serasi betul dengan tekak kita. Bahannya mudah dicari dan rempah ratusnya agar menyamai dengan Malaysia.
Jika negara Thai kaya dengan penggunaan herba, daun limau purut, bunga kantan dan rasa masam pedai menggoda, Indonesia pula lebih dekat rasa sajiannya dengan masyarakat Melayu.
Ni min kongsikan 2 resipi dari Tanah Abang , Indonesia dan 2 hidangan dari negara Gajah Putih, Thailand . Dijamin sedap…
1.OPOR AYAM
BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam /dipotong 12 bahagian
500 gm santan segar
3 batang serai /diketuk
4 helai daun salam6 helai daun limau purut /dicarik
2 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk lada sulah
Bahan dikisar:
3 sm lengkuas
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
6 biji buah keras
1/2 sudu teh biji jintan
2 sudu makan gula merah
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar, serai dan daun salam. 2. Kemudian masukkan serbuk ketumbar, lada sulah dan kacau sehingga sebati. 3. Masukkan potongan ayam dan gaul hingga sebati. 4. Masukkan pula santan sehingga mendidih. 5. Kecilkan api dan apabila kuah sudah mula pekat, perisakan dengan garam dan gula merah. 6. Opor ayam boleh dihidangkan.
Saiz hidangan : 2- 3 orang makan Masa memasak :25 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh Jenis masakan : Lauk pauk Keistimewaan : Opor ayam cukup terkenal di kalangan masyarakat Jawa. Di Johor sajian ini juga adalah di antara sajian tradisi negeri ini.
INFO CHEF : Lauk ini banyak menggunakan santan, jadi untuk menjaga kualiti santan campurkan sedikit garam dan sebiji cili padi jika mahu menyimpan.
2. NASI GORENG BATAM
BAHAN-BAHAN :
150 gm nasi putih
2 biji telur ayam
5 ekor udang harimau
5 keping isi ayam /dihiris
1 ekor sotong putih/dihiris
2 ulas bawang putih /dititik
2 biji bawang merah/ dihiris
5 ekor udang kering/ditumbuk
2 sudu makan pes cili kering
3 sudu teh kicap pekat
Garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk hiasan :
Telur sarang
Keropok udang
Acar mentah
Chicken boxing
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan udang kering. 2. Masukkan pes cili kering dan tumis hingga garing, dan masukkan kicap dan telur. 3. Masukkan ayam, udang dan sotong sampai separuh masak dan masukkan nasi. 4. Gaulkan sampai garing. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa 5. Hidangkan bersama keropok udang dan bahan hiasan yang lain.
Saiz hidangan : 1 orang Masa memasak : 20 minit Cara memasak : Tumis dan goreng Jenis masakan : Nasi Keistimewaan : Set makanan lengkap, boleh menjadi sajian pagi, tengahari mahu pun petang
INFO CHEF:Untuk nasi tahan lama, masa masak nasi perah sedikit jus limau nipis ke dalam berasa yang sudah disukat air. Jangan risau rasa tak berubah dan menjadi lambat basi.
3. PHAD KRA PHAO GAI (AYAM PRAD KRA PHAO)
BAHAN-BAHAN :
200 gm isi ayam /dicincang
3 ulas bawang putih /dicincang
20-30 gm daun selasih
7 biji cili padi merah /ditumbuk halus
3 sudu makan minyak masak /untuk menumis
2 sudu makan kicap sotong atau kicap ikan
1/2 sudu makan sos tiram
1/2 cawan air rebusan ayam
2 sudu teh kicap pekat
4 sudu teh gula
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak dan tumiskan bawang putih bersama isi ayam dan cili padi yang telah ditumbuk. 2. Masukkan kicap sotong, sos tiram dan perisakan dengan garam dan gula. 3. Kemudian masukkan air rebusan ayam dan kacau sehingga sebati. 4. Masukkan kicap pekat 5. Setelah hampir kering masukkan daun selasih dan sedia dihidang.
Saiz hidangan : 2 orang Masa memasak : 10 minit Jenis masakan : Lauk utama Thai Cara memasak : Tumis Keistimewaan : Cili thai dan daun selasih menghasilkan kombinasi yang pedas dan beraroma sedap
INFO CHEF :Dalam masakan ini penting untuk mengawal api dan kerap kacau supaya ia tidak terlalu kering dan hangit.
4. HOR MOK TALAY (OTAK-OTAK UDANG)
BAHAN-BAHAN :
4 ekor udang /dicincang
1 ekor sotong /dicincang
4 ekor kupang /dicincang
2 biji telur
2 batang kacang panjang /dipotong kecil
1/4 batang lobak merak /dicincang halus
2 batang cili padi /dihiris
2 ulas bawang putih /dicincang
20 gm daun selasih
1/2 biji bawang holland /dicincang
2 biji bawang merah/ dicincang
10 ml santan
Gula secukup rasa
1/2 sudu teh sos tiram
1/2 sudu teh kicap sotong@ikan
CARA MEMASAK :
1. Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul hingga sebati. 2. Panaskan pengukus dengan air. 3. Masukkan adunan ini ke dalam foil dan tutup sepenuhnya dan masukkan dalam pengukus. Kukus selama 10 minit. 4. Sebelum dihidang anda boleh meletakkan sedikit santan di atasnya dan hias dengan sedikit cili merah jika mahu lebih pedas. 5. Hor mok sedia dihidang
Saiz hidangan : 2 orang Masa memasak : 15 minit Jenis masakan : Lauk utama/kudapan Cara memasak : Kukus Keistimewaan : Rasa pedas dan aroma daun selasih membuka selera
INFO CHEF :Hor Mok adalah otak-otak versi Thailand. Selain makanan laut boleh juga digantikan ayam atau isi ikan dory.
Kalau sebut rendang siapa yang tak suka, ramai yang suka lauk autentik yang cukup sinonim dengan Hari Raya. Terasa-rasa kat tekak sedapnya, tak kiralah makan dengan nasi, ketupat, pulut kuning atau pun lemang. Tapi kalau korang nak sedikit kelainan dan rasa lebih sedap, boleh tambahkan dalam rendang daun selom, kena pula dengan rendang cili padi. Tak rugi mencuba.
RENDANG CILI PADI AYAM & DAUN SELOM BAHAN-BAHAN:
500gm ayam potong kecil
Sedikit daun selom
300ml santan
Sedikit air
2 sudu makan kerisik
2 keping asam gelugor
4 batang serai | titik
1 helai daun kunyit | carik -carik
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
20 biji cili padi
4cm kunyit hidup
2cm halia
2cm lengkus
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji buah keras
CARA MEMASAK:
Ayam yang telah dibersihkan, digaul dengan separuh dari bahan kisar.
Masukkan dalam periuk atau kuali dan campurkan sedikit air, biarkan mendidih atas dapur.
Apabila air kering, masukkan lebihan bahan kisar tadi, santan, serai dan asam gelugor. Biarkan mereneh atas api sederhana.
Setelah kuah pekat, masukkan kerisik, daun selom dan daun kunyit.
Terus kacau, sambil itu perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api dan biarkan rendang mereneh hingga ayam empuk.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.