Teringin nak makan ayam kurma tapi santan pula tiada kat dapur. Kalau begini boleh buat versi tanpa santan. Tak berlemak tapi tetap sedap kerana bahan rempah yang ada.
Menu ini juga sesuai untuk ibu yang dalam pantang. Cara membuat dikongsi oleh Nurasykin Ali melalui Facebook Resepi Ibu Berpantang.
Resipi ayam masak kurma tanpa santan
Bahan – bahan:
1/2 ekor ayam (boleh guna ayam kampung atau ayam organik untuk ibu dalam pantang)
Rempah kurma (1 pek kecil)
4 sekawan :
• 3 biji pelaga
• 1 batag kayu manis
• 1 bunga lawang
• 2 cengkih
Bahan tumbuk :
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1-2 tangkai daun kari
1/2 sudu kecik pes asam Jawa
Bahan lain
1 biji ubi kentang -potong 6
Tomato -potong 6
1 tangkai cili merah
Bawang besar -belah 4
Cara membuat:
1. Masukkan minyak 3 sudu. Tumis 4 sekawan sampai wangi. Kemudian masuk bahan ditumbuk dan daun kari. Tumis lagi sampai wangi.
2. Kecilkan api. Masukkan rempah kacau jangan bagi hangit. Masukkan ayam. Jika kering sangat tambah sedikit air.
3. Kacau sampai ayam kecut. Masukkan air satu cawan dan juga asam jawa.
4. Masukkan kentang, tutup periuk dan biar ayam rempah dan kentang semua direneh dengan api sederhana.
5. Bila sudah mendidih dan nampak semua sebati sedap perasakan dengan garam dan sedikit gula. Boleh juga sedikit kiub ayam.
6. Akhirnya sekali masukkan bawang besar yang dibelah supaya kuah rasa manis, tomato dan cili merah. Besarkan api dan selepas mendidih boleh tutup api. Siap!
Selamat mencuba!
Sumber: Artikel olahan dari laman web PaMa
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI