Hidangan ayam lemon ini bukan saja sedap tapi antara lauk yang ringkas untuk disediakan. Rasa masam manis dengan tekstur ayam rangup dan tanpa cili memang sesuai untuk kanak-kanak atau mereka yang tak makan pedas.
Resipi ayam lemon, rasa masam manis ayam rangup
Bahan-bahan
2 dada ayam-bersihkan dan keringkan
Bahan perap
3 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh minyak bijan
Sedikit pepper
1 biji telur
Bahan salut-campurkan
5 sudu besar tepung
5 sudu besar breadcrumbs
Bahan sos
1 sudu besar sos plum
3 1/2 sudu besar jus lemon
2 sudu besar cuka
4 sudu besar gula
2 sudu teh tepung jagung
Minyak secukupnya
Ads
Cara membuat
1. Perap ayam dengan bahan perap selama 2 jam atau semalaman.
2. Salut dengan bahan salut lalu goreng hingga garing dan kekuningan.
Ads
3. Potong ayam dan letak atas pinggan hidangan.
4. Campur semua bahan sos, didihkan hingga pekat.
Ads
5. Tuang sos atas ayam dan hias dengan limau sebelum dihidangkan.
Asal sebut menu Korea ramai remaja suka, apa kata mak-mak cuba menu ayam ala-ala korea yang kononnya di jadi kegilaan ramai remaja. Menunya senang dan kalau buat gerenti habis Silap-silap boleh buat bisnes. Tapi kalau remaja buat sendiri lagi baguskan.
AYAM GORENG ALA KOREA BAHAN UNTUK AYAM GORENG:
300gm drumet ayam | cuci bersih dan tos
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh garam
1 cawan tepung jagung
Minyak masak untuk menggoreng dana menumis
BAHAN TUMISAN:
4 ulas bawang putih | cincang halus
1/2 bawang besar | dadu halus
2 sudu makan chili flakes
1 sudu makan sos cili
2 sudu makan gula
2 sudu makan air asam Jawa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dalam kuali, gorengkan ayam yang telah diperapkan bersama bahan perapan hingga garing.
2. Angkat dan ketepikan. 3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit. Tumis bawang putih dan merah hingga wangi dan masukkan chili flakes. 4. Seterusnya masukkan sos cili, dan kacau rata hingga sebati. Jika terlalu garing tambah sedikit air. 5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 6. Masukkan air asam Jawa. Kacau rata sehingga kuah sedikit pekat. 7. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul rata dan angkat.
Hidangan ayam goreng pastinya menjadi kegemaran ramai. Lagi rangup, lagi sedap. Tapi jika kita ni ada anak-anak ramai, jenuh juga nak beli di restoran. Lebih-lebih lagi di zaman segala harga barang meningkat naik ni. Pastinya memerlukan belanja yang banyak untuk menikmati juadah di restoran sebegitu. Oleh itu, ibu-ibu boleh masak sendiri di rumah dengan hasil ayam yang lebih kurang sama seperti yang dijual. Buat jugak kentang gorenghomemade. Fuhhh…Jimat & pasti puas makan. Jom cuba!
AYAM GORENG RANGUP SPICY
BAHAN-BAHAN:
Ayam – potong saiz sederhana
Tepung goreng ayam serbaguna perisa pedas
Sedikit air
BAHAN SADUR:
Tepung goreng ayam serbaguna perisa pedas
Tepung beras
Tepung gandum
Serbuk cili secukupnya – ikut kepedasan yang dikehendaki
( Nota: Jumlah tepung bergantung pada jumlah ayam. Pastikan jumlah tepung goreng serbaguna lebih banyak dari tepung-tepung lain.)
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ayam dan toskan. Kemudian bancuh tepung goreng ayam serbaguna dengan air secukupnya. Pastikan kepekatan adunan sedang-sedang sahaja dan tidak terlalu cair.
2. Masukkan ayam ke dalam bekas berisi bancuhan tepung. Gaul rata dan perap selama 1/2 jam.
3. Satukan bahan-bahan sadur dan gaul rata.
4. Ambil ayam dan golekkan dalam campuran tepung hingga rata.
5. Goreng dalam minyak panas hingga garing dan menjadi warna keemasan. Angkat dan toskan minyak.
Ayam goreng sememang menjadi kesukaan ramai. Namun lebih enak jika dihidangkan berkuah seperti menu ayam goreng cili halia masam manis ini. Boleh dihidang untuk makan bersama keluarga. Jika anda tidak suka pedas boleh kurangkan kuantiti cili yang digunakan.
AYAM GORENG CILI HALIA MASAM MANIS
Bahan-bahan : 1/4 ekor ayam (potong garam kunyit & goreng) ketepikan 3 biji bawang merah (sederhana besar) 2 biji bawang putih 1 inci halia 1/2 inci belacan 4 biji lada merah 6 biji cili padi 1 atau 2 keping asam keping 1 sudu teh sos tiram 1 sudu teh cuka 1 sudu teh sos ikan 1 batang serai- diketuk Hirisan bawang besar Minyak untuk menggoreng Garam gula / gula merah (jika suka)
Cara memasak: 1.Kupas dan kisar (saya tumbuk jangan lumat sangat) bawang merah/ putih, halia, cilipadi, lada merah & belacan. 2.Masukkan dalam minyak yang dipanaskan (api sederhana) goreng hingga naik bau. 3.Masukkan sedikit air supaya tak kering sangat sambil masukkan garam, kacau sekejap dan masukkan gula 1/2 sudu teh saja dan sedikit gula merah.
4.Masukkan sos ikan, sos tiram, asam keping, cuka dan serai yang diketuk tadi.
5.Goreng sampai naik bau. Kalau kering sangat letakkan air sedikit mengikut keadaan.Masukkan ayam dengan hirisan bawang besar gaul sehingga bawang tu layu dan boleh padamkan api.
Selamat mencuba.
Kredit: angelic.argan
INGIN MEMBELI KUALI NON STICK , BOLEH LIHAT DI SINI.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!