Ayam Masak Cencaluk. Menu yang sangat ringkas, mudah dan sedap yang anda boleh masak sebagai sajian keluarga tercinta. Menu ini boleh tahan enaknya bahkan satu ketika dahulu, Tuanku Permaisuri Agong juga pernah berkongsi resipinya di IG Story Dato Rizalman. Nak cuba? Saudari AnieyRohani Abu Iban ada kongsikan resipinya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Sekarang ni, si kecil memang mudah diserang demam, batuk dan selesema. Keadaan cuaca dan pelbagai lagi masalah kesihatan sejagat memang memudahkan si kecil untuk turut berjangkit. Boleh cuba buat sup dan lebihkan herba seperti bawang putih dan halia untuk menambah antibodi si kecil.
SUP ISI AYAM UNTUK SI KECIL
BAHAN-BAHAN
2 sudu besar minyak zaitun
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 biji bawang merah (ditumbuk)
Sedikit halia (ditumbuk)
Isi ayam / kaki ayam
Sup bunjut / rempah 4 sekawan
Air secukupnya
Sedikit daun sup
Sayuran hijau
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit bawang putih yang digoreng.
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia sehingga layu .
2. Masukkan isi ayam dan masak seketika.
3. Masukkan sup bunjut dan air secukupnya.
4. Biarkan sehingga mendidih.
5. Kemudian masukkan sayuran hijau dan serbuk lada hitam. Kacau sebati .
6. Apabila sayur sudah masak, tutupkan api .
7. Taburkan bawang putih yang digoreng .
8. Boleh juga masukkan sedikit minyak bawang putih agar aroma sup tersebut boleh membangkitkan selera si manja.
Buat yang kering idea atau baharu ‘bermesra’ dengan dapur, anda boleh memilih untuk menghidangkan variasi jenis sup yang tidak mengambil masa yang lama dan mudah untuk dibuat untuk hidangan berbuka mahu pun bersahur. Selamat mencuba.
1. SUP AYAM THAILAND
BAHAN-BAHAN:
1/4 ekor ayam | dipotong kecil
1 batang serai | dititik
2sm lengkuas | dititik
1 batang saleri | dipotong serong
1 biji tomato | dipotong empat
1 batang akar daun ketumbar
3-4 biji cili padi | dipotong
½ biji limau nipis
1biji bawang besar | dihiris
2 ulas bawang merah | dikisar
1 ulas bawang putih | dikisar
Sedikit sos ikan
1 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu besar serbuk jintan manis
1/2 sudu besar serbuk jintan putih
Air secukupnya
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bahan kisar sehingga harum.
Masukkan sekali cili padi, lengkuas, serai, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih sehingga agak pecah minyak sedikit.
Kemudian masukkan air secukupnya dan masukkan ayam. Biarkan seketika sehingga ayam masak.
Seterusnya, masukkan batang saleri, tomato dan akar ketumbar. Perasakan secukupnya.
Akhir sekali, perahkan jus limau nipis dan tutup api.
INFO CHEF: Jangan biarkan kulit limau nipis di dalam sup untuk mengelakkannya dari menjadi pahit. Seeloknya, hanya masukkan perahan limau nipis sahaja tanpa kulitnya.
2. SUP IKAN SAWADEE-KA
BAHAN-BAHAN:
5-6 keping isi ikan merah
1 batang serai | dititik
2sm lengkuas | diketuk
5 helai daun limau purut
2 helai daun pandan | disimpul
3 biji bawang merah | dihiris halus
2 ulas bawang putih | dihiris halus
3-4 sudu besar perahan limau nipis
1 kiub pati ikan
5 biji cili api | dipotong serong
1 liter air
Garam secukup rasa
Sedikit daun bawang
1 tangkai daun ketumbar
Minyak bagi menumis
Sedikit bawang goreng
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak. Kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili api, daun limau purut, dan daun pandan sehingga wangi.
Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih.
Kemudian masukkan ikan dan masak dengan api yang sederhana. Tambahkan garam dan sedikit pati ikan. Tutup api.
Taburkan daun ketumbar dan bawang goreng sebelum dinikmati.
INFO CHEF: Sesetengah resipi di Thailand menggantikan penggunaan limau nipis dengan belimbing buluh.
3. SUP BEBOLA DAGING
BAHAN-BAHAN:
500gm bebola daging
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih | dimayang
2sm halia | dihiris halus
1/2 batang saderi | dipotong halus
3-4 biji cili padi | dihiris halus
1 sudu besar lada hitam | ditumbuk kasar
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu besar pati ayam
1 sudu kecil garam
Air secukupnya
Sedikit daun bawang
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia. Kemudian masukkan air.
Sebaik air mendidih, masukkan lada hitam, ladu sulah dan bebola daging.
Perasakan dengan pati ayam dan garam kemudian masukkan saderi.
Biar mendidih seketika dan taburkan daun bawang. Sedia dihidang.
INFO CHEF: Jika bebola daging yang digunakan mempunyai bau yang ‘kuat’, anda boleh perahkan limau nipis atau masukkan cuka ke dalam sup.
4. SUP SAYUR DIET
BAHAN-BAHAN
4-5 ulas bawang putih | dicincang
2 biji bawang kecil | dihiris halus
2sm halia | diketuk
2 ketul tauhu | dipotong empat
100 gm putik jagung
200gm cendawan shimeji
2 biji tomato | dipotong enam
200gm brokoli
1/2 batang saderi
1 sudu kecil pati ayam
1 sudu kecil garam
3 sudu besar minyak zaitun
Air secukupnya
CARA MEMBUAT:
Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih beserta bawang merah dan halia.
Apabila naik bau, masukkan air dan biarkan mendidih.
Kemudian masukkan brokoli, putik jagung dan cendawan. Biarkan sehingga mendidih sekali lagi dan masukkan sayuran yang lain.
Perasakan secukupnya dengan garam dan pati ayam dan akhir sekali masukkan tauhu.
Biarkan mereneh seketika sebelum menutup api.
INFO CHEF: Anda boleh mempelbagaikan pilihan sayur-sayuran yang mahu digunakan dalam resipi ini.
5. SUP TELUR GOYANG DAN SUHUN
BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang besar | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
2sm halia | dikisar
2 biji telur
100gm kacang pea
100gm sawi bak choy
2 biji tomato | dipotong empat
50gm suhun
30gm sayur fucuk
2 sudu besar pati ayam
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada hitam kasar
Air secukupnya
2 sudu besar minyak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
Kemudian masukkan air dan biarkan mereneh.
Seterusnya masukkan kacang pea, sawi bak choy dan tomato.
Apabila mendidih, segera masukkan suhun dan sayur fucuk ke dalam sup.
Perasakan secukupnya dengan garam, pati ayam dan lada hitam.
Pecahkan telur dan biarkan masak. Sedia dimakan.
INFO CHEF: Untuk telur yang sempurna, gunakan api sederhana panas supaya kuningnya cair dan bahagian putihnya masak elok.
Bau aroma cili kering yang digoreng menaikkan lagi kesedapan hidangan yang nampak sederhana ini. Hidangan ayam yang penuh dengan rasa sikit pedas, masin & manis cukup menyelerakan.
AYAM SOS TIRAM MASAK CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
250gm ayam
3cm halia
1/2 bawang besar
7 cili kering – rendam hingga separuh lembut
daun bawang – hiris
Minyak untuk menggoreng
BAHAN A (PERAP):
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh kicap cair
sedikit kicap pekat
BAHAN B (UNTUK KUAH):
1/2 cawan air masak
1 sudu makan sos oyster
1/2 sudu teh kicap pekat
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh (pilihan) tepung
Sedikit serbuk lada putih & hitam
PERSEDIAAN:
Perap ayam dengan bahan A selama 30minit
Campurkan semua bahan B hingga larut
CARA MEMASAK:
Goreng ayam yang telah di perap dan ketepikan.
Panaskan kuali dan sedikit minyak. Masukkan halia, setelah naik bau masukkan bawang besar dan cili kering. Goreng sehingga bawang sedikit layu.
Masukkan bahan untuk kuah & ayam yang telah di goreng tadi.
Setelah kuah sedikit pekat, angkat & hidangkan.
Taburkan hirisan daun bawang. Siap untuk dihidangkan.
INFO:
Bagi yang suka kuah boleh lebihkan air.
Sukatan bahan adalah bergantung kepada citarasa masing-masing (boleh ubah ikut citarasa anda)