Resipi ayam masak kicap kenduri ini boleh dicuba jika teringin menikmati ayam kicap yang sedap. Paling enak dimakan dengan nasi panas dan segelas sirap ais, macam makan kenduri. Memang kombinasi yang padu!
Ayam kicap ini pastinya kena dengan selera ramai kerana pekat, manis dan pedas cukup rasa di samping aroma rempah yang menambahkan keenakannya.
Resipi ayam masak kicap kenduri
Bahan-bahan
½ ekor ayam -dipotong
Garam secukupnya
Serbuk kunyit secukupnya
3 sudu besar minyak masak
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
6 biji bunga cengkih
½ sudu besar pes asam jawa -dibancuh dengan sedikit air
Garam & gula secukup rasa
Kicap manis secukupnya -anggaran mengikut warna dan rasa
1-2 tangkai daun kari
1 biji bawang besar -dihiris bulat, jika suka
Minyak untuk menggoreng
Bahan kisar
3-4 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1 ibu jari halia
Cili giling (ikut tahap kepedasan yang diingini)
Cara memasak
1. Gaul ayam dengan garam dan kunyit, kemudian goreng hingga masak. Angkat dan ketepikan.
Ads
2. Gunakan minyak yang sama, tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, dan bunga cengkih hingga naik bau.
3. Masukkan bahan kisar dan gula (anggaran 2-3 sudu besar). Tumis dengan api sederhana hingga pecah minyak. Kacau sentiasa supaya tidak hangit.
4. Apabila bahan tumis sudah pecah minyak, masukkan bancuhan asam jawa, sedikit garam, dan gula jika perlu.
Ads
5. Tuangkan kicap manis secukupnya untuk memberikan warna dan rasa yang seimbang. Pastikan tidak terlalu banyak supaya tidak terlalu manis atau masin. Kacau sebati dan sesuaikan rasa.
6. Jika suka, boleh masukkan bawang besar yang dihiris bulat. Masak sebentar hingga bawang sedikit layu.
7. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan daun kari. Gaul rata dan biarkan ayam menyerap kuah sebentar dengan api kecil. Siap!
Ads
INFO: Jika mahu sambal lebih banyak, lebihkan bahan kisar
Ayam panggang memang sedap. Ramai yang suka. Rasanya berempah dan boleh diolah sama ada nak pedas atau agak manis. Tapi kali ini kita modenkan sikit sos percik tu. Kita letak keju. Ha, lain daripada yang lain kan? Jom cuba buat.
AYAM PANGGANG & SOS PERCIK BERKEJU
BAHAN-BAHAN AYAM PANGGANG
1 inci halia
2 ulas bawang putih
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil lada sulah
Garam secukupnya
5 ketul paha ayam
Sedikit minyak masak
CARA MEMBUAT
1. Kisar halia dan bawang putih. Campurkan dengan serbuk kunyit, lada sulah dan garam.
2. Lumurkan bahan tadi pada paha ayam.
3. Panaskan kuali leper dan letakkan sedikit minyak.
4. Panggangkan ayam atas kuali sehingga masak.
BAHAN-BAHAN SOS PERCIK BERKEJU
BAHAN A
15 tangkai cili kering (direndam)
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
3 batang serai
2 cm kunyit hidup
CARA MEMBUAT BAHAN A
1. Kisar semua bahan di atas.
BAHAN B
250 ml santan pekat
2 sudu besar gula
1 sudu besar tepung beras
2 kiub pati ayam
3 keping keju
CARA MEMBUAT BAHAN B
1. Campur Bahan A dan Bahan B dalam periuk.
2. Masak atas api sederhana sehingga kuah hampir pekat.
3. Curahkan kuah percik atas ayam panggang.
Bagi penggemar menu Ayam Kicap, resipi perkongsian saudari Maya Miera ni tentunya anda harus cuba. Lain dari Ayam Kicap yang bias akita makan tu. Bahan-bahan penyediaannya tidak terlalu sukar dan kebanyakannya memang sudah sedia ada di dapur. Kombinasi rasa pedas dan manis menjadikan sajian ini digemari ramai. Cubalah. Anda pasti sukakan rasanya.
Menu yang cepat siap dan mudah memang digemari oleh kaum ibu. Lauk pauk berasaskan kicap contohnya, adalah antara hidangan yang cepat dimasak. Ringkas, sedap & boleh dipelbagaikan rasanya. Anak-anak pun suka. Nak cuba? Jom lihat aneka resipi menggunakan kicap yang boleh dijadikan hidangan hari ini.
1. AYAM KICAP CILI PADI BERSERAI
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong kecil, cuci bersih dan tos
3 batang serai | titik
12 biji cili padi | hiris memanjang
2 biji bawang besar | hiris bulat
3 ulas bawang putih | titik
3cm halia muda | hiris memanjang
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan air asam Jawa
Garam,gula dan perasa secukupnya
4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali.
Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih,halia, cili padi dan serai hingga wangi.
Masukkan ayam kacau rata. Tunggu ayam kecut dan tambah sedikit air.
Biarkan isi ayam empuk dan air ayam kering sedikit baru masukkan kicap pekat dan air asam Jawa.
Seterusnya masukkan kicap manis, diikuti dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Setelah timbul minyak dan kuah kering, tutup api.
Ayam sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika suka anda juga boleh masukkan hirisan daun limau purut.
2. AYAM MASAK KICAP LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam
2 biji ubi kentang
(Goreng dan asingkan)
BAHAN TUMIS:
5 ulas bawang merah – hiris halus
3 ulas bawang putih – hiris halus
2 inci halia -hiris halus
BAHAN SOS:
2 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
2 sudu lada hitam
Sedikit air asam
1 sudu air bancuhan tepung gandum atau tepung jagung.
CARA MEMASAK:
Tumis bahan hiris hingga garing.
Masukkan semua bahan sos, ayam & ubi kentang
Masukkan garam dan perasa sambil kacau rata
Kredit resipi & foto: maria aiman2801
3. TULANG RUSUK BAKAR KICAP
BAHAN-BAHAN:
1kg tulang rusuk lembu | potong 7cm
10 sudu makan kicap
500ml santan
1 sudu makan gula perang
1 sudu makan serbuk ketumbar
2 sudu makan air asam Jawa
1000ml air
Garam secukupnya
3 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
6 tangkai cili kering
3 biji buah keras
2cm lengkuas
5ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Gaulkan tulang yang sudah dicuci bersih dengan bahan kisar dan perap selama 20 minit.
Panaska minyak, tumiskan tulang yang telah diperap sehingga berubah warna.
Masukkan air, gula perang, air asam dan garam secukupnya. Masak hingga mendidih.
Setelah mendidih masukkan kicap dan santan.
Kacau rata dan biarkan mereneh atas api kecil hingga kuah pekat.
Tutup api, biarkan tulang sejuk seketika.
Seterus sediakan pemanggang.
Sementara pemanggang panas, sampukan lebihan kuah rebusan pada tulang dan bakar hingga wangi.
4. TEMPE GORENG KICAP
BAHAN-BAHAN:
1 keping tempe | hiris menyerong
1 biji bawang besar | belah dua dan hiris bulat
2 ulas bawang putih | titik
8 biji cili padi | hiris
Sedikit cili benggala merah dan hijau | dadu
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh air asam jawa
1 sudu makan kicap pekat panis
Garam, gula secukup rasa
Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis.
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng tempe hingga sederhana garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan bawang putih, bawang merah dan hirisan cili padi. Kacau rata hingga layu.
Masukkan tempe, sos tiram, kicap dan air asam. Kacau rata
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Sebelum angkat masukkan hirisan cili benggala. Kacau lagi seketika.
Tutup api dan hidangkan tempe panas-panas bersama nasi putih
5. DAGING KICAP PEDAS
BAHAN-BAHAN:
100gm hirisan daging nipis
Minyak untuk menumis secukupnya
BAHAN PERAPAN DAGING:
3 biji bawang merah | kisar
2 biji bawang putih | kisar
2.5cm halia | kisar
Sedikit jintan manis tumbuk
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan pes sambal/cili kering
1 biji bawang merah | potong bulat
1 biji cili hijau | hiris
Garam dan gula secukupnya
Sedikit daun ketumbar
CARA MEMASAK:
Daging diperap dengan bahan yang telah dikisar, jintan manis dan kicap manis selama 15 minit. Ketepikan.
Panaskan kuali dan masukkan daging perapan, Setelah air perapan kering meresap ke dalam daging barulah dimasukkan minyak untuk menumis.
Tumis pes sambal bersama daging perapan tadi. Setelah agak naik bau, masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati.
Setelah sambal pecah minyak, masukkan hirisan bawang besar dan cili hijau. Kecilkan api dan biar seketika.
Angkat, tabur sedikit daun ketumbar dan sedia untuk dihidangkan
6. SOSEJ MASAK KICAP MANIS
BAHAN-BAHAN:
10 ketul sosej
1 biji cili merah | hiris
3 biji bawang merah | mayang
2 ulas bawang putih | mayang
2 sudu teh serbuk kari
4 sudu makan kicap
Sedikit air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Daun sup secukupnya | untuk hiasan
CARAMEMASAK:
1.Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang
putih hingga kekuningan. Kemudian masukkan cili merah
dan kacau.
Masukkan serbuk kari dan kacau rata.
Tuangkan kicap manis dan sedikit air jika ingin berkuah.
Masukkan sosej seketika dan angkat. Hias dengan daun sup.
7. AYAM KICAP BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | dipotong kecil
1 biji bawang besar | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
1 cm halia | dikisar
1 batang kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
5 biji cili padi
1 paket kecil rempah kari
1/2 paket kecil rempah kurma
1/2 paket kecil serbuk cili
Kicap pekat secukupnya
Sos cili secukupnya
Sos tiram secukupnya
Cuka secukupnya
Serbuk kunyit secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis dan menggoreng
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit.
Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing. Angkat, toskan dan asingkan.
Kemudian panaskan lebihan minyak tadi dan tumis bahan kisar bersama kulit kayu manis, bunga lawang sehingga naik bau.
Seterusnya masukkan rempah kari, rempah kurma dan serbuk cili secukup rasa. Tumis sehingga garing dan naik bau.
Setelah itu masukkan kicap pekat, sos cili, sos tomato, sos tiram dan cuka. Kacau rata.
Akhir sekali masukkan ayam goreng dan cili padi. Perasakan dengan secukupnya.
Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan.
8. SARDIN GORENG KICAP BERKENTANG
BAHAN-BAHAN:
1 tin sederhana Ikan sardin
2 susu makan kicap manis
1 biji kentang
1/2 biji bawang Holland
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
3 sudu pes cili kering
5 biji cili padi
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bawang putih hingga wangi.
Masukkan kentang kacau hingga kentang separuh masak.
Seterusnya masukkan sardin, kacau rata.
Masukkan kicap, hirisan cili dan daun bawang.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Akhir sekali masukkan bawang Holland, kacau hingga bawang layu.
Angkat dan hidangkan.
9. SOTONG GORENG KICAP
BAHAN-BAHAN:
300gm sotong | bersihkan dan sumbatkan sesunggutnya dalam badan
1 biji bawang besar Holland | hiris
2 ulas bawang putih | cincang
2cm halia | hiris memanjang
1 batang serai | hiris bulat
Sedikit hirisan cili benggala merah dan hijau
Sedikit air asam jawa
2 sudu makan kicap pekat
Garam dan gula secukupnya
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bawang Holland, bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
Masukkan sotong, kacau rata sehingga sotong kecut.
Masukkan air asam, kicap pekat manis, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan hirisan cili benggala, kacau 1-2 minit lagi.
Tutup api dan sedia dihidangkan.
10. KEMBUNG BAKAR BERKICAP
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan kembung besar| dibersihkan
2 batang serai | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
3 ulas bawang merah | dikisar
10 tangkai cili kering | dikisar
2.5 cm belacan | dikisar
1 sudu teh serbuk kunyit
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
BAHAN SAMBAL KICAP:
5 biji cili padi |ditumbuk halus
1 biji bawang merah | dihiris
Gula dan garam secukup rasa
1-2 biji limau kasturi | diambil jus
Kicap manis secukupnya
CARA MEMASAK:
Kelar ikan dan gaulkan dengan bahan-bahan yang dikisar.
Kemudian masukkan serbuk kunyit, gula dan garam. Gaul sebati.
Bakar ikan sehingga masak. Angkat dan ketepikan seketika.
Untuk menyediakan sambal kicap, campur kesemua bahan dan gaul rata. Sedia untuk dinikmati bersama ikan.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!