Ads
Home Makan Resipi Ayam Masak Kuzi Cara Pantai Timur

Resipi Ayam Masak Kuzi Cara Pantai Timur

Ads

Ayam masak kuzi antara hidangan dari Kelantan dan juga Johor. Cuma cara memasaknya  antara dua negeri ini juga agak berbeza.

Apapun ayam masak kuzi ini cukup enak dimakan dengan dengan roti jala atau apa jenis roti, mahupun nasi. Bagi yang nak cuba membuat ayam masak kuzi cara pantai timur, boleh ikut perkongsian resipi oleh Halina Ab Hamid.

Cara buat ayam masak kuzi

Resipi Ayam Masak Kuzi Cara Pantai Timur

Ads

 

Bahan-bahan

1 ekor ayam – direbus & goreng (minyak goreng ayam simpan untuk menumis)
1/2 kg bawang merah – mayang, goreng dan kisar
3 sudu besar sos tomato
1/2 tin susu cair
1/4 tin susu manis
6 ulas bawang putih  -ditumbuk
2 inci halia – ditumbuk
2 sudu makan penuh rempah kuzi – (cap Kg Langgar)

Cara memasak 

1. Tumis bawang putih & halia dengan mengunakan minyak sapi dan  minyak goreng ayam sampai naik bau.

2. Masukkan rempah kuzi dan tumis lagi sampai masak (lebih kurang 20 minit).

3. Bila sudah masak, masukkan bawang goreng yang sudah dikisar (tambah air, kena pandai agak-agak). Masukkan juga susu cair, susu pekat dan sos tomato. Kacau sebati hingga menggelegak.

Ads

4. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tak cukup rasa tambah tomato, garam dan gula. Nak manis atau masin atas cita rasa masing-masing. Boleh juga tambahkan kismis dan kacang gajus jika suka.

5. Bila ayam kuzi dan pekat seperti dalam gambar boleh tutup api. Boleh dihidangkan untuk dimakan dengan nasi, roti atau roti jala.

Selamat mencuba.

Ads

Sumber: Halina Ab Hamid.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI