Kalau suka masakan yang berkeju dan berlemak, boleh cuba masak baked carbonara cheese meatball ini. Dengan bebola daging yang enak dan lembut, memang tak puas makan sepinggan. Boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Puan Farhana Azwa Nadzri yang mendapat lebih 100K shares. Mudah dan gerenti jadi.
1. Tumis bawang merah dan bawang putih. 2. Masukkan bebola daging atau ayam, cendawan butang dan brokoli. Goreng sehingga bebola daging atau ayam garing. 3. Masukkan semua bahan di dalam loyang. 4. Untuk sos pula, masukkan sos carbonara, susu segar, kiub pati ayam dan lada hitam. Kemudian, masak hingga mendidih.
5. Tuangkan sos di atas bebola daging atau ayam.
6. Susun keju dan bakar dalam oven selama 20 minit pada suhu 170°c.
Tak salah inovasi menu luar ikut selera kita supaya sesuai dengan tekak orang Malaysia yanaga tak lari dari rasa pedas, lemak dan masam manis. Apa kata korang variasikan menu pelbagai jenis pasta ikut selera kita. Mungkin lima menu yang Rasa kongsikan ini boleh memberikan korang idea untuk olah sendiri menu pasta ikut cita rasa keluarga dan orang kita.
. PASTA HALUS LEMAK DAGING SALAI BAHAN-BAHAN:
200gm pasta | rebus dan tos
150gm daging salai | hiris nipis
300ml santan pekat
Sedikit air
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar:
10 biji cili padi
3cm kunyit hidup
2 ulas bawang merah
2 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan kisar dalam periuk.
2. Kemudian masukkan air, gaul rata dan renehkan di atas api sederhana.
3. Setelah mendidih tambahkan asam gelugor dan hirisan daging salai.
4. Seterusnya masukkan santan, kacau rata, jika agak pekat tambah sedikit air.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Tutup api dan sedia dihidangkan bersama pasta.
.
PASTA MASAM MANIS BEBOLA DAGING BAHAN-BAHAN:
200gm pasta | rebus & tos
10-12 biji bebola daging
150ml susu segar
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos cili
3-4 sudu makan minyak masak | untuk menumis
Bahan Kisar:
3 biji cili merah
1 biji tomato
5 biji cili padi
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 tangkai daun ketumbar
1 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
3. Masukkan santan, sos cili dan tomato, kacau rata.
4. Masukkan bebola daging, kacau lagi.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Masukkan pasta dalam pinggan dan tuangkan kuahnya di atas pasta.
7. Pasta sedia dihidangkan.
.
PASTA SAMBAL UDANG TOMATO BAHAN-BAHAN:
200gm pasta | rebus dan tos
200 gm udang saiz XL | buang kulit dan bersihkan
1 biji tomato | buang biji dan dadu halus
1 sudu makan sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak | untuk menumis
Bahan Kisar:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah
5 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
3. Masukkan udang, kacau 2-3 minit.
4. Perasakan dengan sos tomato, garam dan gula secukup rasa.
5. Kacau seketika, setelah cukup rasa tutup api.
6. Masukkan pasta dalam mangkuk, kemudian tuangkan sambal di atas pasta.
7. Pasta sedia dihidangkan.
.
PASTA CENGKERANG GORENG TOMYAM BAHAN-BAHAN:
250gm pasta cengkerang | rebus dan tos
100gm isi dada ayam | hiris kecil
100gm udang | buang kulit dan cincang
1 biji bawang besar | cincang halus
3 ulas bawang putih | cincang halus
10 biji cili padi | hiris
2 batang serai | hiris halus
3 helai daun limau purut | hiris halus
2 sudu makan pes tomyam
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak | untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
3. Masukkan hirisan cili, serai dan daun limau purut.
4. Kacau seketika masukkan pes tomyam.
5. Tambahkan sedikit air dan masukkan hirisan isi ayam dan udang.
6. Perasakan dengan serbuk pati ayam. garam dan gula secukup rasa.
7. Akhir sekali masukkan pasta cengkerang, gaul rata.
8. Tutup api, pasta sedia dihidangkan.
.
PASTA SPIRAL GORENG KARI BAHAN-BAHAN:
200gm pasta spiral | rebus dan tos
1 cawan sayur campur
1 keping fish cake | hiris kecil
100gm isi ayam | hiris kecil
1 kiub pati ayam | hancurkan
2 sudu makan rempah kari
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos cili
2 sudu makan yogurt
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air rebusan pasta
3-4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
3. Setelah wangi masukkan bancuhan rempah kari bersama serbuk cili.
4. Setelah timbul minyak tambah di dalamnya sos tomato, cili dan tiram.
5. Kacau rata, kemudian masukkan hirisan ayam dan fish cake.
6. Seketika kemudian tambahkan dengan sayur campur dan sedikit air rebusan pasta.
7. Setelah sekata, masukkan yogurt dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
8. Akhir sekali masukkan pasta, gaul rata dan tutup api.
9. Pasta goreng sedia dihidangkan.
Ayam masak merah bersantan ini mungkin biasa dimasak oleh orang Utara, tapi tak semua pernah mencubanya. Memang sedap, cukup rasa dan paling penting banyak kuah. Sesuai dimakan dengan nasi tomato, nasi minyak dan macam macam nasi.
Walau nampak seakan sama tapi bahan-bahan sedikit berbeza. Memang sesuai dengan nasi tomato dan lain-lain.
Ayam masak merah bersantan stail utara
Bahan-bahan:
1 ekor ayam dipotong ikut suka – dibersihkan digaul dengan garam, kunyit dan digoreng tapi jangan goreng terlalu lama nanti keras
Bahan tumis:
1/2 biji bawang besar dipotong nipis
2 ulas bawang putih
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji cengkih
Bahan kisar:
20 biji cili kering dipotong direbus dikisar halus (jika suka pedas guna 25-30 biji cili kering)
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 batang serai
1cm halia
2cm lengkuas
Bahan lain
1 tin kecil tomato puri
1 cawan santan pekat
1 tin kecil kacang peas
Cara membuat:
1. Tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris nipis.
2. Bila bawang dah layu baru masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih. Goreng sebentar kemudian terus masukkan bahan kisar.
3. Gaul rata kemudian masukkan tomato puri. Masak sampai tumisan pecah minyak dan biarkan sedikit kering (periuk kena sentiasa ditutup sebab masakan ini merecik).
4. Masukkan ayam yang siap digoreng tadi bersama santan pekat. Gaul rata kemudian masukkan gula dan serbuk secukup rasa. Biarkan mendidih.
5. Perlahankan api kemudian biarkan kuah ayam sampai berminyak baru tutup api. Akhir sekali masukkan kacang peas hijau sebagai hiasan.
Menu kampung mudah dan cepat dimasak, ni lah resipi legend kesukaan ramai terung bulat goreng berlada. Campur pulak ikan bilis memang mantaplah, goreng dulu lagi best.
Resipi perkongsian Nurul Hawa Nadila Sari ni memang berbaloi untuk dicuba. Dah ada sajian ni, lauk lain takde pun takpe. Dah cukup sedap ni…
TERUNG BULAT GORENG BERLADA DENGAN IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN :
Terung bulat (warna unggu/hijau pun boleh) – dipotong 2 dan direndam dalam air utk hilangkan getahnya
1 bungkus ikan bilis – dicuci ( lebih kurang 1/2 genggam) – nak goreng dulu pun sedap
4 biji cili akar
2 biji cili hidup
* ditumbuk halus/dikisar separuh hancur pun boleh
1 biji bawang merah besar
2 biji bawang putih
1 keping asam keping
Serbuk pati ikan bilis @ perasa
2 sudu makan minyak
CARA MEMASAK :
1. Tumis bahan yang ditumbuk halus hingga wangi… 2. Masukkan ikan bilis dan asam keping kacau rata
3. Masukkan terung 4. Masak mengikut kematangan terung yang dikehendaki akhir sekali masukkan perasa atau kiub ikan bilis…(terung separuh msk pn boleh) Dapomamakemba