
Makanan kudap-kudapan untuk anak-anak, memang boleh kadang-kadang boleh memeningkan kepala.
Namun tak perlu risau. Mak-mak boleh cuba resipi bebola donut 3 bahan yang serba mudah dan sedap daripada Noratiqah Nordin. Lembut, sedap dan cepat.
Tak perlu uli, tak perlu canai, guna piping beg dan gunting terus masuk dalam kuali. Goreng, gaul dengan gula, dah siap.
CARA BUAT BEBOLA DONUT 3 BAHAN

BAHAN-BAHAN:
250g tepung gandum (saya pakai lili warna hijau) – beli online di sini
300g susu segar
1 paket yis – beli online di sini

Dapatkan Lancaster Polo Camella Handbags Set dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA-CARA:
1. Masukkan yis ke dalam susu. Gaul hingga tak ada nampak serbuk yis.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
2. Masukkan tepung. Gaul hingga sekata semua. Tutup dengan plastik. Biarkan selama sejam.


[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
3. Doh akan jadi kembang berganda. Gaul untuk buang anginnya.

4. Ambil piping beg dan letak minyak, supaya adunan tak melekat dekat plastik.
5. Ini caranya (rujuk video di sini). Mudah saja. Tak perlu uli-uli. Kalau tak ada piping bag, pakai saja plastik apa-apa dan gunting hujung plastik.

6. Dah siap masak. Gaul dengan gula atau apa-apa yang disukai.

Kredit resipi: Noratiqah Nordin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tak Uli Beria Tapi Gebu. Resipi Donat Kampung Ni Memang Patut Cuba
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Asam Pedas Ikan Pari Kuah Paling Kaw. Mudah Sangat Cara Masaknya

Keenakan sajian Asam Pedas terletak pada kuahnya yang padu. Cukup pekat, rasa pedas, masam dan masinnya, menjadikan sajian ini digemari ramai. Untuk lauknya boleh guna pelbagai jenis ikan, daging, ayam mahupun sotong. Semuanya enak. Namun pastikan semuanya segar. Barulah rasa lebih mengancam. Bagi anda yang nak masak lauk Asam Pedas Ikan Pari, bolehlah cuba resipi yang dikongsi oleh saudari Haslinda Hashim ni. Cukup mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Rasanya pun sedap. Memang berbaloi untuk dicuba.
CARA MASAK ASAM PEDAS IKAN PARI PALING SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
Ikan – boleh guna apa sahaja ikut cita rasa
Bunga Kantan
Bendi
Daun kesum
Tomato – belah
7-8 sudu makan pes cili – lebihkan jika suka pedas – beli online disini
Air asam jawa @ pes asam jawa – beli online disini
Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
1-2 biji bawang besar – nak kuah pekat boleh guna lebih – beli online disini
5 ulas bawang putih – beli online disini
1 inci belacan – beli online disini
1 hiris halia
1 hiris lengkuas
Serai – dititik
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak masak dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
2. Kemudian masukkan cili kisar dan serai yang telah dititik. Tumis lagi hingg garing dan pecah minyak.
3. Tambahkan air asam jawa dengan secukupnya. Boleh juga tambah pes asam jawa kemudian tambah air mengikut kepekatan yang diingini.
4. Bila kuah mula mendidih, masukkan ikan, daun kesum, bunga kantan dan juga bendi. Biar hingga ikan masak dan sayur lembut.
5. Akhir sekali masukkan hirisan tomato serta perasakan dengan garam, gula dan juga perasa dengan secukupnya.
6. Asam Pedas Ikan Pari sedia untuk dihidang.
Kredit resipi & foto: Haslinda Hashim
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kek Pandan Kampung Paling Sedap. Masak Guna Dapur Gas Je
Koleksi Resipi Lauk Telur, Ayam & Daging Boleh Masak Sepanjang PKP
Resipi Nasi Arab Sedap & Paling Senang. Sukatan Untuk 6 Orang Makan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Ayam Goreng Crispy Cornflakes, Betul-betul Rangup.

Emping jagung atau popular disebut Cornflakes,bukan sahaja sedap dibuat biskut. Tapi boleh dijadikan ramuan masakan bergoreng. Ayam Goreng Crispy Corflakes ni memang berderap rangupnya.
Resipi dari perkongsian FB Khadijah Jaafar,pengasas Meester Muruku ni menggunakan bahan tepung yang digaul sendiri (bukan tepung segera). Ayam selepas dicelup dengan tepung, telur, lapisan akhir golekkan dalam cornflakes yang dihancurkan. Mana tak krap krup memakannya.
AYAM GORENG CRISPY CORNFLAKES

BAHAN-BAHAN :
- 2 keping dada ayam @ bahagian ayam lain
- 2 cawan cornflakes – dihancurkan
- 2 biji telur
- 1/4 cawan buttermilk (1/4 cawan susu segar + 1/4 sudu kecil cuka)
Bahan Perap:
- 1/4 sudu kecil serbuk lada lada hitam
- 1/4 sudu kecil oregano
- 1/4 sudu kecil serbuk lada putih
- 1/4 sudu kecil paprika/serbuk cili
- 1/4 sudu kecil serbuk ayam
- Garam secukup rasa
Bahan Tepung :
- 1 cawan tepung naik sendiri
- 1/2 sudu kecil serbuk lada lada hitam
- 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
- 1/2 sudu kecil paprika/serbuk cili
- 1/2 sudu kecil serbuk ayam
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Masukkan buttermilk. Kalau tak de buttermilk. Campurkan susu segar & cuka. Kacau. Tujuan masukkan buttermilk supaya ayam lembab.
2. Untuk perapan ayam. Campurkan buttermilk, ayam dan bahan perapan. Biarkan di dalam peti sejuk lebih kurang 1 jam.
3. Campurkan bahan tepung dalam mangkuk.
4. Celup ayam ke dalam tepung.
5. Dalam mangkuk lain pecahkan & pukul telur.
6. Celup ayam ke dalam telur.
7. Golekkan ayam di dalam cornflakes.
8. Ulang sehingga ayam habis.
9. Panaskan minyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan ayam. Supaya ayam lebih rangup. Goreng sehingga masak.
Kredit foto & resipi : FB khadijahjaafar
#resepiciktie
ANDA SEDANG MENCARI AIR FRYER UNTUK MENGGORENG AYAM,JOM LAYARINYA DI SINI.
ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI INI :
6 Menu Mudah Mak-Mak Boleh Masak Sempena Cuti Hari Merdeka

Bercadang nak buat makan-makan dan tercari-cari menu sempena cuti hari merdeka esok? Ini antara menu-menu istimewa yang sesuai dijadikan sajian makan tengahari. Semuanya sangat sedap, mudah dan membuka selera.
Maklumlah sekarang ni pun tengah musim cuti sekolah, jadi memang seronok kalau masak bermacam-macam menu. Paling penting, semuanya adalah hasil dari air tangan ibu.
Tengahari lebih sesuai jika masak lauk pauk pelbagai rasa. Tapi andai jemu dengan nasi, sajian ringkas seperti bihun juga ada dikongsi. Lebih ringan dan sesuai dinikmati hingga ke malam hari. Jomlah cuba. Anda sekeluarga pasti gemarkannya.
KOLEKSI MENU YANG SEDAP & MUDAH SEMPENA CUTI HARI MERDEKA
1. NASI DAGING
BAHAN-BAHAN:
1kg daging – rebus empuk
1kg beras basmathi – cuci & tos – beli online disini
1.5kg air
1/2 tin susu cair – beli online disini
2 sudu makan rempah kurma – sangai seketika – beli online disini
2 sudu makan minyak masak
1 sudu makan minyak sapi – beli online disini
1 kiub pati daging
1 helai daun pandan
2 biji tomato – belah empat
Garam secukup rasa
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
BAHAN HIRIS:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3cm halia
BAHAN AIR ASAM:
10 biji cili merah
10 biji cili padi
30gm belacan
Sedikit ikan bilis
Sedikit gula
Garam jika perlu
2 biji tomato
2 biji bawang besar
2 sudu makan kerisik – beli online disini
1 cawan air rebusan daging
1 sudu makan pes asam jawa – beli online disini
1 sudu makan sos cili – beli online disini
1 sudu makan sos tomato – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk. Tumis rempah penumis dan bahan hiris hingga wangi.
2. Masukkan rempah kurma. Kacau rata dan masukkan sedikit air. Kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan beras yang telah ditoskan. Kacau seketika bersama daun pandan.
4. Masukkan separuh dari hirisan daging, air rebuan daging, susu cair, kiub pati daging dan tomato. Perasakan dengan garam secukup rasa.
5. Pindahkan periuk ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa.
6. Untuk menyediakan air asam, satukan semua bahan dan kacau rata.
7. Hidangkan bersama nasi daging.
2. UDANG GULAI LEMAK CILI PADI & DAUN SELOM

BAHAN-BAHAN:
1kg udang saiz XL – bersihkan
1 cekak daun selom – celur seketika
700ml santan
1 keping asam gelugur – beli online disini
3 batang serai – titik
1 helai daun kunyit – hiris
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
20 biji cili padi
4cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Masukkan santan ke dalam periuk bersama bahan kisar, serai, daun kunyit dan asam gelugur. Renehkan.
2. Bila kuah sudah mendidih, masukkan udang dan daun selom yang telah dicelur tadi. Masak hingga udang bertukar warna kemerahan.
3. Perasakan dengan garam secukupnya dan kecilkan api.
4. Biar selama 2-3 minit dan padamkan api. Angkat serta sedia untuk dihidangkan bersama menu potluck yang lain.
3. SATE DAGING GORENG

BAHAN-BAHAN:
1kg daging – hiris kecil & nipis
200gm kacang tanah – sangai & kisar – beli online disini
1/2 cawan gula
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
20 tangkai cili kering – beli online disini
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
4 batang serai
2cm lengkuas
1 sudu makan serbuk kunyit – beli online disini
1 sudu teh serbuk jintan manis – beli online disini
1 sudu teh serbuk jintan putih – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Cuci daging bersih-bersih dan toskan airnya.
2. Masukkan daging ke dalam mangkuk bersama bahan kisar, garam, gula dan kacang tanah. Gaul rata dan sebati.
3. Tutup bekas daging dan perap semalaman dalam peti sejuk.
4. Apabila sedia untuk dimasak, keluarkan sate dari peti sejuk dan biarkan pada suhu bilik seketika.
5. Panaskan minyak masak dalam kuali non-stick, Goreng sate guna api sederhana. Bila masak, angkat dan tapis sate tadi bagi membuang lebihan minyak.
6. Jika sate agak kering semasa dimasak, masukkan air perapan daging dengan secukupnya.
7. Sedia untuk dihidangkan.
4. KARI IKAN BAWAL MAS

BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan bawal mas – potong dua atau tiga
200ml santan
½ cawan air asam
3 tangkai daun kari – lurut dari tangkai
1 sudu makan serbuk cili – beli online disini
3 sudu makan rempah kari ikan – beli online disini
1 sudu teh serbuk kunyit
1 ½ sudu makan rempah penumis
2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN HIRIS:
1 biji bawang besar
8 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
3cm halia
BAHAN TAMBAHAN:
1 biji terung panjang – belah dua & potong empat
3 biji bendi – potong dua
1 biji cili merah – belah dua
1 biji cili hijau – belah dua
1 biji tomato – belah empat
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan hiris hingga wangi.
2. Masukkan rempah penumis dan daun kari. Kecilkan sedikit api.
3. Setelah garing, masukkan bancuhan serbuk kari, serbuk cili dan serbuk kunyit. Kacau rata hingga pecah minyak. Tambah air dan air asam jawa.
4. Bila kuah mereneh, masukkan ikan diikuti dengan santan. Biarkan mendidih.
5. Tambahkan terung, kacang bendi, cili dan tomato.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Setelah 2-3 minit, trutup api dan hidangkan segera.
5. SOTONG BAKAR SERAI

BAHAN-BAHAN:
1kg sotong bersaiz XL – bersih & toskan
100ml santan kotak – beli online disini
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
4 biji bawang merah
3 tangkai cili kering
2 batang serai
2 ulas bawang putih
BAHAN SUMBAT:
2 keping tauhu
1 biji telur
3 sudu makan daging kisar
1 biji bawang besar – dadu halus
3 biji bawang merah – cincang halus
2 ulas bawang putih – cincang halus
3 biji cili merah – cincang halus
1 sudu makan sos tiram – beli online disini
1 sudu teh serbuk lada sulah – beli online disini
Garam secukup rasa
1 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan bahan perapan sotong, campurkan bahan kisar bersama santan. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukup rasa. Ketepikan.
2. Bagi menyediakan bahans umbat sotong, panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
3. Tambahkan daging kisar, tumis hingga kering.
4. Masukkan tauhu yang dihancurkan. Gaul rata.
5. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Tutup api dan sejukkan.
6. Bila inti sejuk, pecahkan telur, kacau rata dan tambahkan hirisan daun bawang serta daun ketumbar.
7. Sumbat bahan isian ke dalam sotong, padatkan dan tutup guna kepala sotong. Pin guna lidi dengan kemas.
8. Gaul sotong dengan bahan perapan. Perap seketika.
9. Untuk memasak, panaskan sedikit minyak dalam kuali non-stick dan panggang sotong guna api sederhana hingga masak. Sedia untuk dinikmati bersama menu potluck yang lain.
6. BIHUN GORENG TAUCU

BAHAN-BAHAN:
100gm bihun – beli online disini
100gm tauge – buang ekor
100gm daun bawang – hiris pendek
1 keping kek ikan – hiris
150gm udang – buang kulit
3 sudu makan pes cili kering
2 sudu makan pes taucu – beli online disini
1 sudu makan sos tiram – beli online disini
1 sudu malam sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR HALUS:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu makan udang kering – rendam & tos
2 sudu makan ikan bilis – rendam & tos
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan pes cili kering. Kacau lagi dan masukkan taucu. Kacau rata.
3. Seterusnya masukkan udang. Apabila sudah bertukar warna, tambahkan sos tiram dan sos tomato. Gaul.
4. Masukkan bihun yang telah direndam tadi. Masukkan juga sedikit air dan masak hingga bihun lembut.
5. Tambahkan tauge dan daun bawang serta perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya.
6. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Gulai Pede Cara Mak, Resipi Lauk Kampung Istimewa Orang Pahang
Resipi Kuih Gunting Mudah & Dijamin Menjadi. Sedap Buat Macam Ni!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official







