Tercari-cari resipi Begedil Daging yang sedap, mudah dan tidak menggunakan banyak bahan? Resipi perkongsian saudari Liza Idris ni boleh dicuba. Sangat sesuai disajikan dengan hidangan Soto dan Bihun Sup. Kalau ratah macam tu je pun dah enak. Menarik kan? Selamat mencuba!
CARA MASAK BEGEDIL DAGING SEDAP
BAHAN-BAHAN: 200gm daging kisar 1 biji bawang besar -hiris nipis Sedikit garam – beli online disini 1 sudu makan lada sulah (untuk perasakan daging) – beli online disini 2-3 biji ubi kentang – buang kulit – beli online disini 2 pokok daun sup & bawang – hiris halus 2 biji cili merah – hiris halus 1 genggam bawang goreng – beli online disini 2 sudu makan lada sulah (untuk perasakan kentang) 1 biji telur
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak, tumis bawang besar yang dihiris nipis sampai kekuningan.
2.Masukkan daging yang dikisar. Kacau dan biar sedikit masak.
3. Masukkan sedikit garam ikut cita rasa masing-masing.
4. Kemudian masukkan pula 1 sudu makan lada sulah. Kacau lagi hingga sebati.
5. Bila daging sudah kering begini, tutup api dan ketepikan seketika.
Ads
6. Ambil ubi kentang yang telah dibuang kulit dan potong sederhana nipis.Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
7. Angkat kentang dan toskan. Masukkan ke dalam mangkuk yang bersesuaian dan boleh lenyekkan.
8. Rupa ubi kentang yang telah dihancurkan.
9. Dalam mangkuk yang sama, satukan daun sup, daun bawang, cili merah, bawang goreng, lada sulah dan daging yang telah dimasak tadi.
Ads
10. Gaul hingga rata.
11. Kemudian cubit adunan dan bulat-bulatkan mengikut saiz yang ada gemari.
12. Begedil Daging yang telah siap dibulatkan.
13. Pecahkan telur dan kacau. Celup kepingan begedil tadi ke dalam bancuhan telur.
Ads
14. Panaskan minyak dan goreng. Biar sudah masak, baru balik-balikkan dan masak lagi hingga sempurna.
15. Begedil Daging siap dimasak dan sedia untuk dinikmati.
Dalam mood raya ni, kalau korang nak makan menu yang berkuah, soto antara menu yang sesuai anda sediakan. Isian mi nya anda boleh pelbagaikan ikut cita rasa mahu bihun, kuetiau atau pun mi. Rahsia soto yang sedap terletak pada kuah sup dan sambal kicapnya. Macam mana nak buat, ikut je resipi yang dikongsikan di bawah ini.
BIHUN SOTO & SAMBAL KICAP BAHAN-BAHAN:
I ekor ayam | potong 4
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk lada putih
Cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga
1 cawan santan pekat
Garam
Serbuk perasa BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 batang serai – ketuk BAHAN SAMBAL KICAP:
1 genggam cili padi
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Kicap cair
Gula BAHAN-BAHAN LAIN:
Taugeh | goreng tanpa minyak
Daun sup | hiris
Daun bawang | hiris
Bawang goreng
Soon goreng | jangan cuci, terus goreng
Begedil
Mee hoon | celur
Nasi Impit | potong kecil
CARA MEMASAK:
Tumis bahan rempah penumis, bahan serbuk dan bahan kisar sehingga wangi.
Masukkan air dan masak sehingga mendidih. Masukkan serai dan lada putih.
Masukkan ayam dan bila masak, keluarkan ayam dan goreng sehingga kekuningan. Bila sejuk, bolehlah dicarik halus.
Masukkan santan dalam kuah mendidih, serbuk perasa dan garam.
Tutup api dan ketepikan
Sediakan pula sambal kicap: Blend semua bahan sambal kicap, kemudian tambah sedikit air dan masak sekejap. Tambah kicap dan gula jika perlu.
Untuk menghidangkan, masukkan bihun dan nasi impit dalam mangkuk, tuangkan kuah sup dan hias atasnya dengan bahan lain seperti tauge, hirisan daun bawang dan sup, bawang goreng, suhun goreng, bergedel dan sambal kicap
Bihun soto sedia dihidangkan. Jika suka boleh tukar bihum kepada mi.
Jika tiada selera, hidangan pekasam daging ni boleh membangkitkan selera makan anda. Tak perlu beli kerana anda boleh hasilkan pekasam daging ini secara homemade menggunakan resipi perkongsian saudari Roses Eagle. Mudah je, Jom cuba.
RESIPI PEKASAM DAGING HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1 keping daging
1-2 biji limau nipis
Garam kasar secukupnya
1 cawan beras
5 keping asam gelugur
CARA MEMASAK: 1. Basuh daging dan hiris nipis. Basuh dengan limau nipis. Jika tiada, boleh guna asam keping, asam jawa atau tepung gandum. Kemudian toskan.
2. Gaulkan daging yang di tos tadi dengan garam kasar dengan secukupnya. Elak letak garam terlalu banyak kerana daging akan jadi terlalu masin. Masukkan juga asam gelugur. Letak dalam bekas berpenutup dan simpan dalam peti sejuk semalaman.
3. Keluarkan daging yang diperap dan basuh dengan air bagi menghilangkan lebihan garam. Tos dan ketepikan.
4. Ambil kuali dan goreng beras sehingga garing dan keperangan. Pastikan beras tidak hangit supaya rasa pekasam jadi sedap. Beras tidak perlu dibasuh.
5. Bila siap digoreng, tumbuk atau kisar kasar beras tadi.
6. Gaul beras tumbuk bersama daging hingga rata dan bersalut sempurna.
7. Masukkan kembali daging ke dalam bekas. Tutup rapat dan peram dalam peti sejuk selama 2-3 hari.
8. Untuk menikmatinya, panaskan minyak dan goreng hingga garing dan keperangan. Hidangan pekasam daging ini enak dimakan bersama nasi panas.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!