Biasanya kalau buat bergedil, ia dihasilkan dari ubi kentang yang diadun bersama bahan-bahan lain. Nak cuba Sesutu yang lain dari biasa? Menu Bergedil Tempe perkongsian saudari Rosmy Hashim ni boleh anda cuba. Pasti sedap dan membuka selera.

 

CARA BUAT BERGEDIL TEMPE PALING SEDAP & MUDAH

 

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 2 keping tempe
  • 2 biji telur
  • 1 pokok daun bawnag
  • Sedikit hirisan bawang besar
  • 2 ulas bawang putih – tumbuk
  • 1 biji cili hijau – hiris
  • Sedikit serbuk perasa

Resipi Bergedil Tempe Paling Mudah & Sedap

CARA MEMASAK:

1. Patahkan tempe dan tumbuk hingga lumat.

Resipi Bergedil Tempe Paling Mudah & Sedap

Resipi Bergedil Tempe Paling Mudah & Sedap

2. Gaulkan tempe bersama daun bawang, bawang besar, bawang putih, lada hijau, serbuk perasa dan sebiji telur. Gaul rata.

Resipi Bergedil Tempe Paling Mudah & Sedap

Resipi Bergedil Tempe Paling Mudah & Sedap

Ads

3. Cubit doh dan kepalkan ikut saiz yang dikehendaki. Simpan seketika dalam peti sejuk bagi mengelakkan bergedil hancur semasa digoreng.

Resipi Bergedil Tempe Paling Mudah & Sedap

4. Pecahkan sebiji lagi telur dan pukul sedikit. Celup bergedil tadi dan goreng menggunakan api kecil hingga garing.

Resipi Bergedil Tempe Paling Mudah & Sedap

Ads

5. Bergedil siap dimasak dan sedia untuk dinikmati.

Resipi Bergedil Tempe Paling Mudah & Sedap

Resipi Bergedil Tempe Paling Mudah & Sedap

Kredit resipi & foto: Rosmy Hashim

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI