Bihun Goreng Cili Padi perkongsian saudari Har Ryea ni nampak sangat sedap. Sesuai dicuba oleh anda yang sukakan hidangan yang pedas. Rencahnya boleh dipelbagaikan mengikut bahan yang ada dalam peti sejuk dan juga ikut selera masing-masing. Jom cuba. Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK BIHUN GORENG CILI PADI SEDAP
BAHAN-BAHAN: 1 bungkus bihun – rendam – beli online disini Udang secukupnya 4 biji telur Lobak merah – hiris Daun sup secukupnya 1 sudu makan cukup rasa
BAHAN RENCAH: Cili padi hijau Bawang besar Bawang putih 1 genggam ikan bilis – beli online disini (jumlah ikut selera masing-masing)
CARA MEMASAK:
1.Kisar cili padi hijau, bawang besar, bawang putih & segengam ikan bilis. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai sedikit garing.
2. Bila rencah sudah garing, masukkan udang. Selain udang, boleh juga guna isi ayam atau sotong. Boleh juga tambah fishcake jika suka. Sesuaikan ikut selera.
3. Gaul rata udang bersama bahan tumis tadi.
Ads
4. Ketepikan udang ke sisi kuali, masukkan telur. Kecilkan api supaya telur masak sedikit.
5. Hancurkan sedikit telur tadi kemudian gaul rata bahan-bahannya.
6. Seterusnya masukkan hirisan lobak merah. Gaul rata semua bahan-bahan.
7. Masukkan bihun. Gaul rata hingga bercampur.
8. Tabur perasa Maggi Cukup Rasa. Sebatikan hingga rata.
9. Akhir sekali, tabur hirisan daun sup. Gaul rata dan biarkan seketika hingga berwap.
Ads
10. Bihun Goreng Cili Padi sedia untuk dihidangkan.
Terasa nak makan Rice Paper Prawn Cheong Fun tapi tak jumpa resipi mudah? Saudari Fadz Samsudin ada kongsikan cara-caranya. Menurut beliau, resipi asal tidak menggunakan rice paper. Tapi bila dicuba, ternyata rasanya enak. Untuk resipi ini, sukatanya agak-agak sahaja. Anda boleh ubah suai ikut selera masing-masing. Selamat mencuba!
CARA MEMBUAT RICE PAPER PRAWN CHEONG FUN / SHRIMP ROLL
1.Kupas kulit udang. Kemudian gaul udang dengan kicap cair dan lada putih.
2. Perap semalaman atau minimum 2-3 jam.
3. Basahkan rice paper, balut udang macam dalam gambar. Kukus selama 8 minit.
1.Satukan bahan-bahan dan masak atas api seketika. Bila mendidih angkat dan ketepikan.
BAHAN MINYAK CILI:
Minyak masak
Chili flakes kasar (*)
Chili flakes halus (*)
Serbuk cili (*)
Minyak Bawang putih
Gula (*)
Perasa (*)
Udang kering (*)
Daun ketumbar
Halia
Daun bawang
Shichuan peppercorn – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak, tumiskan daun ketumbar, halia, daun bawang, shichuan peppercorn sampai naik bau.
2. Bila sudah naik bau, boleh tapis dan angkat. Kita nak aroma dari minyak ni sahaja.
3. Satukan bahan bertanda (*), gaul sebati.
4. Bila minyak dah panas, tuangkan minyak dalam campuran cili tadi.
5. Tuang minyak sedikit demi sedikit ke dalam campuran cili. Jangan tuang sekaligus. Bila dah siap, buat pula minyak bawang putih, campur dalam campuran cili tadi.
6. Untuk menikmati Prawn Cheong Fun ni, tuang je soy sauce atas udang dan chili oil boleh tambah ikut tahap kepedasan masing-masing. Selamat mencuba!
Menu Telur Air Asamni memang sedap. Patutlah viral dan ramai yang mencuba. Resipinya cukup mudah. Hanya menggunakan beberapa bahan yang ringkas, siapa sangat lauk mudah dan murah ini begitu membuka selera. Nak try? Resipi perkongsian saudari Norul Haisyu ni boleh dicuba.
CARA MASAK TELUR AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur
Cili padi secukupnya – lebihkan jika suka pedas
1/2 biji bawang besar – hiris @ cincang
1-2 biji tomato – hiris @ cincang
BAHAN AIR ASAM:
Asam jawa
Garam secukup rasa
Aji secukupnya – jika suka
Air suam secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Satukan bahan-bahan air asam. Kacau sebati dan pastikan cukup rasa. Ketepikan. 2. Basuh telur dan masukkan ke dalam periuk. Pastikan periuk tidak terlalu besar. Jika sepadan dengan telur, lagi baik. 3. Masukkan air sama paras dengan telur. Rebus guna api paling besar selama 7 minit. Masa penting untuk dapatkan tekstur kuning telur yang cantik. 4. Bila cukup masa merebus, kupas telur di bawah air mengalir bagi mendapatkan telur yang licin dan tidak terkoyak. Toskan. 5. Belah telur dan letak dalam mangkuk.
6. Masukkan hirisan bawang dan tomato. Tuang juga air asam tadi. Biarkan selama 15 minit sebelum dinikmati kerana rasanya akan lebih sedap.
7. Hidangan ini mempunyai rasa masam, masin dan pedas. Memang sedap dimakan bersama nasi putih panas.
Aiskrim Asam Boi adalah antara perisa aiskrim Malaysia yang jadi kegemaran ramai. Kombinasi rasa masin, sedikit masam dan manis memberikan rasa yang menyegarkan. Jika cuaca panas, memang laris aiskrim ni. Bagi anda yang suka makan Aiskrim Asam Boi, saudari Ida Alina Salleh ada kongsikan resipi dan juga petua untuk menghasilkan aiskrim Asam Boi yang lebih sedap dan berais halus. Ha…Nak tahu? Jom lihat bahan-bahan serta cara pembuatannya.
CARA BUAT AISKRIM ASAM BOI YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN: 2 cawan gula (boleh kurangkan sedikit jumlahnya) – beli onlineDISINI 2 liter air 2 sudu makan tepung jagung (campur dengan sedikit air dari sukatan 2 liter) – beli online DISINI 3 – 4 sudu makan kordial asam masin Double Lion – beli online DISINI 24-30 biji asam boi – beli online DISINI 4-5 biji limau kasturi – beli online DISINI Sedikit garam – beli online DISINI Plastik aiskrim secukupnya – beli online DISINI
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air, air campuran tepung jagung, gula dan asam boi ke dalam periuk. Masak hingga mendidih dan air menjadi jernih.
2. Masukkan kordial. Rasa terlebih dahulu dan tambah jika perlu. Boleh juga masukkan sedikit garam. Kacau sebati dan sejukkan.
3. Perahkan jus dari 4 atau 5 limau Kasturi ke dalam bancuhan air asam boi tadi. Kacau.
4. Tapiskan air dan ketepikan asam boi.
5. Masukkan asam boi ke dalam plastik. Jumlahnya dalam 1 biji untuk satu plastik aiskrim.
6. Letak air asam boi. Ikat ketat dan bekukan semalaman sebelum dinikmati.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!