Resipi Biskut Red Pearl Sedap & Mudah. Satu Adunan Dapat 30 Biji

Share

Biskut Red Pearl ni adalah salah satu resipi biskut yang jadi kegemaran ramai kerana rasanya yang enak dan mudah dihasilkan. Campurannya sangat mudah. Ada emping jagung, cip coklat, hirisan badam. Malah tak perlu cetak guna acuan pun. Sesuai sangatlah bagi anda yang baru berjinak-jinak nak buat biskut ni. Jom cuba resipi perkongsian saudari Eka Zahra ni. Anda pasti sukakan rasanya.

 

CARA MEMBUAT BISKUT RED PEARL YANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN (ANGGARAN 30 KEPING):

150gm mentega – biar pada suhu bilik (beli online disini)
75gm gula kastor (beli online disini)
150gm tepung gandum (beli online disini)
50gm cornflakes (beli online disini)
50gm cip coklat (beli online disini)
25gm almond strips @ nibs – almond strips kena sangai sekejap (beli online disini)
1 sudu teh esen vanilla (beli online disini)
Ceri merah dihiris memanjang atau dadu (beli online disini)

CARA MEMASAK:
1. Satukan mentega dan gula kastor. Gaul menggunakan senduk kayu sahaja hingga sebati dan rata. Jangan pukul hingga kembang nanti biskut jadi kembang dan leper selepas dibakar.

2. Masukkan tepung gandum. Gaul sebati.

3. Kemudian masukkan cornflakes, cip coklat, almond strips @ nibs dan esen vanilla. Gaul semua hingga sebati dan rata.

4. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Letak hirisan ceri merah di atasnya.

5. Bakar pada suhu 170°C selama 20-25 minit bergantung pada ketuhar masing-masing.

6. Bila biskut sudah masak, keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

 

Kredit resipi & foto: Eka Zahra

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur