Teringin nak makan Bubur Asyura sedap versi orang Utara? Resipi perkongsian saudari Jihan Zahira ni antara yang boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Ads
RESIPI BUBUR ASYURA UTARA
BAHAN-BAHAN:
1kg beras – rebus beras sampai jadi bubur
1kg santan
½ kg kacang hijau
½ kg kacang kuda
½ kg kacang tanah- sangai dan buang kulit
1kg ubi keledek merah
5 tongkol jagung
1kg gula – jika tak suka manis, boleh kurangkan
3 sikat pisang
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Rebus kacang hijau dan kacang kuda ( rebus asing-asing) sampai lembut. Kemudian masak santan dan ubi dalam kawah sampai ubi empuk.
Ads
2. Bancuh tepung, gula, garam dan air hingga sebati. Kemudian masukkan ke dalam kawah. Kacau lagi hingga mendidih.
3. Masukkan semua jenis kacang dan jagung. Kacau lagi sampai betul-betul masak.
4. Masukkan pisang dan kacang tanah yang telah disangai dan dibuang kulit. Kacau lagi hingga semua likat.
5. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Anda ada nak majlis kenduri kecil-kecilan dan hidangan masak sendiri? Menu Ayam Masak Cili Berkari ni anda boleh cuba. Maklumlah biasanya masak Ayam Sambal kan? Lari sedikit dari kebiasaan. Pasti anda suka akan rasanya.
AYAM MASAK CILI BERKARI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | dipotong 16
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu makan garam
2 cawan minyak masak
BAHAN-BAHAN KISAR:
20 tangkai cili kering | direndam
3 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
2 inci halia
6 biji buah kurma
2 tangkai daun kari
1 sudu teh pati asam jawa
1 cawan air
1 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Gaul ayam bersama serbuk kunyit dan garam.
Goreng sehingga ia menjadi garing. Tos dan ketepikan.
Ketepikan separuh dari minyak tersebut. Masukkan daun kari dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar terlebih dahulu di dalam minyak selebihnya sehingga pecah minyak.
Masukkan pati asam jawa, air dan garam. Masak sehingga mendidih sebelum memasukkan ayam.
Suka makan Pais Ikan namun kurang rajin nak panggang atau bakar guna pemanggang? Haa…Ada resipi mudah. Anda hanya perlu masak guna kuali je. Memang ringkas resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ni. Jom cuba!
RESIPI PAIS IKAN
BAHAN-BAHAN:
Ikan – boleh guna ikan patin, terubuk, kembung, pari. terpulang ikut citarasa.
2-3 helai daun kunyit – untuk balut. Jika ada daun pisang, lebih baik.
1 helai daun kunyit – hiris nipis
1 sudu makan pes asam jawa
2-3 sudu makan minyak masak
BAHAN TUMBUK ( GUNA LESUNG BATU):
8-10 biji cili padi
1 biji bawang besar
1/2 sudu makan serbuk kunyit
5 ulas bawang putih
2 batang serai – hiris dulu untuk senang tumbuk
1 genggam(lebih kurang 1/2 cawan) kelapa parut
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan tumbuk ke dalam bekas. Masukkan pes asam jawa. Gaul rata. ( jangan masukkan air).
2. Kemudian masukkan minyak masak serta daun kunyit. Gaul sebati bersama bahan tumbuk tadi.
3. Sumbat bahan ke dalam ikan dan lumur hingga sebati. Balut ikan menggunakan daun kunyit atau daun pisang.
4. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak anggaran 3-4 sudu makan. Masukkan ikan. Tutup kuali menggunakan tudung periuk.
5. Biarkan ikan selama 15 minit dan masak menggunakan api sederhana.
6. Kemudian terbalikkan ikan dan tutup kembali tudung periuk. Masak lagi selama 10 minit.
Ketika demam, selalunya kita kurang selera makan. RASA berikan resipi memasak sup telur yang dicampur kentang. Lauk yang jenis berkuah seperti sup ini boleh membantu mengurangkan rasa tak sedap badan dan membantu juga demam lebih cepat berlalu pergi.
SUP TELUR
BAHAN-BAHAN
• Minyak masak untuk menumis
• 2 biji bawang merah (hiris)
• 2 ulas bawang putih (hiris)
• 1 inci halia (hiris)
• Batang sederi (hiris)
• 2 biji ubi kentang potong kecil
• Cendawan kering (rendam air panas 15 minit sebelum dimasak)
• Sedikit suhun dan tauhu kering (direndam dulu)
• Garam
• 4 biji telur ayam
• Daun sup
CARA MEMBUAT
1. Tumis bahan hiris. Kemudian masukkan air ikut kepada sebanyak mana kuah yang kita mahu.
2. Masukkan ubi kentang dan biarkan empuk. Masukkan cendawan.
3. Masukkan suun dan tauhu kering yg di rendam seketika.
4. Masukkan garam. Pecahkan telur satu demi satu. Jangan kacau kerana tak nak telur pecah. Biarkan mendidih seketika.
5. Tabur daun sup.