Mula-mula, potong cendawan kepada saiz yang dikehendaki. Berhati-hati kerana ia mudah terlerai.
Dalam satu mangkuk, masukkan tepung Bestari dengan sedikit air. Kacau rata. Kemudian masukkan sedikit serbuk lada sulah. Kacau lagi.
Dalam satu mangkuk lain, masukkan tepung Bestari.
Ads
Ambil cendawan Enoki dan celupkan ke dalam adunan tepung dan air tadi. Setelah itu, masukkan ke dalam tepung yang kering. Biarkan tepung bersalut sepenuhnya pada cendawan.
Panaskan minyak di dalam kuali dan bila minyak benar-benar panas, bolehlah masukkn satu persatu cendawan enoki.
Goreng hingga garing. Angkat dan toskan.
Sedap dimakan sebagai kudapan ringan atau boleh dijdikan lauk tambahan untuk dimakan dengan nasi.
Apa Khasiat Cendawan Enoki?
Korang sebenarnya dah biasa dengar tak tentang cendawan enoki ni? Bubuh dalam tomyam pun sedap tau.
Di negara kita lebih dikenali dengan nama cendawan jarum emas atau cendawan musim sejuk.
Ads
Cendawan yang turut dikenali dengan nama Flammulina velutipes ini merupakan sejenis kulat yang boleh dimakan. Ia berasal dari negara China, Jepun dan Korea.
Cendawan ini mula mendapat tempat dan digunakan dalam banyak resepi seperti goreng celup tepung, dicampur dalam sambal tumis, dicampur dalam tomyam, goreng dengan sos tiram dan macam-macam masakan lain-lain lagi.
Kiranya cendawan enoki ini dah popular di kalangan rakyat di negara kita ni.
Waktu anak ada di rumah cuti sekolah minggu depan eloklah buat kerepek jejari ketam ini. Bila semua anak ada di rumah ini memang kena sediakan lebih makanan termasuk jajan.
Tapi takkan semuanya nak beli, mana yang mudah seperti kerepek jejari ketam ini bolehlah kita buat sendiri.
Caranya memang senang cuma perlu siat, gaul dan goreng. Siap! Jajan rangup ini ralit kita makan sambil bersantai depan TV.
Buat sendiri kerepek jejari ketam rangup
Bahan-bahan:
Jejari ketam/ crab stick
Serbuk kari
Daun kari
Kiub ayam
Cara membuat:
Siat jejari ketam, kuantiti ikut cita rasa.
2. Gaul dengan serbuk kari, daun kari dan kiub ayam. Untuk 1kg ketam boleh guna dua sudu besar serbuk kari.
3. Goreng api sederhana sampai garing. Guna minyak yang banyak ya.
Dah angkat, tunggu sejuk sebelum masuk dalam bekas kedap udara. Siap!
Buat penkek bahannya ringkas sahaja. Tepung, serbuk penaik, gula,garam adalah bahan keringnya manakala susu cair, telur dan mentega adalah bahan basahnya. Esen vanilla menambah lagi perisa. Penkek yang sedap tentulah yang gebu dan lembut, dan apabila dimakan terasa macam mencair di mulut.
Tetapi mengapa bahan dan resipi yang sama, tetapi apabila dibuat kadang-kadang menjadi kenyal dan nampak macam bantat aje. Mesti ada silap di mana-mana masa membuatnya. Jom ikuti 5 tip agar penkek anda gebu dan lembut hinggakan berebut anak-anak nak makan dek keenakannya.
1. JANGAN TERLEBIH ADUN (GAUL) BATTER
Terlebih mengadun atau terlebih menggaul campuran batter akan menyebabkan ia menjadi liat. Berhenti mengadun atau menggaul batter apabila ketulan tepung sudah mengecil atau hanya ketulan kecil sahaja kelihatan. Bunyinya macam pelik sedikit ya sebab biasanya hingga segala gumpalan dan ketulan tiada lagi.
2. BIARKAN BATTER REHAT SEKETIKA.
Ketepikan batter untuk sekurangnya 15- 30 minit. Ini akan membenarkan bahan ramuan basah meresap sebati ke dalam tepung untuk teksur batter yang lebih baik.
3. ASINGKAN DAN PUKUL PUTIH TELUR
Langkah ini akan membuat penkek anda menjadi lebih gebu. Asingkan putih telur dan pukul hingga ia menjadi bertanduk dan ketepikan, biarkan seketika. Kemudian masukkan kuning telur kepada bahan basah dan setelah disatukan dengan bahan kering biarkan ia seketika tanpa putih telur.
Sejurus sebelum masak, masukkan putih telur ke dalam batter. Hanya dibalik-balikkan dengan ringan dan jangan biarkan ia terlalu sebati dengan meninggalkan sedikit gumpalan putih telur di atasnya (lihat dalam gambar).
4. TUNGGU SEHINGGA GELEMBUNG KECIL KELIHATAN
Jangan dibalikkan penkek selagi tidak terbentuk gelembung kecil di tengah.
5. DIBALIKKAN HANYA SEKALI.
Penkek hanya dibalikkan sekali sahaja,ya. Ingat sekali sahaja. Bila sudah kuning keemasan baru lah diangkat untuk hidangan.
Anak-anak kadang-kala susah sangat kalau nak makan pagi. Tak ada selera katanya. Anda mungkin boleh cuba hasilkan roti goreng macam ni. Simple dan rasanya pun sedap juga. Kalau ada roti sandwic yang dah kurang lembut, masak cara sebegini pasti akan jadi lebih enak. Sesuai sangat dinikmati sebagai alas perut sebelum menikmati hidangan yang lebih berat.
BAHAN-BAHAN:
3 biji telur gred A
2@ 3 sudu makan susu pekat manis
Secubit garam
Roti potong (besar)
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Pecahkan telur. Masukkan susu dan garam. Kacau hingga sebati.
2. Potong roti ikut suka pastu celup dalam adunan tadi.
3. Bila minyak dah panas. Goreng aje apa tunggu lagi. Hehe
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!