
Makanan yang dimasak secara homemade memang tak pernah mengecewakan. Saiz besar, boleh letak bahan-bahan premium. Memang puas makan! Nak cuba buat Chicken Pizza? Resipi perkongsian saudari Yumni Syazwani ni memang terbaik! Nampak sangat sedap!
RESEPI CHIZZA ALA KFC
BAHAN AYAM:
- Dada ayam – belah dua supaya sedikit nipis
- Tepung bestari ( pedas)
CARA-CARA:
- Perap dada ayam dengan tepung bestari dan sedikit air.
- Kemudian ambil dada ayam tadi dan gaul dengan tepung bestari ( kering). Goreng hingga garing.
TOPPING:
- Sos prego – ikut selera nak guna yang mana. Kalau buat sendiri, kisar tomato dengan sedikit air. Masa katas api. Tambah sos cili, sos tomato, garam dan gula. Kemudian kacau sampai pekat.
- Nanas dalam tin
- Tomato
- Lada benggala merah
- Keju mozzarella parut
- Chilli flakes
CARA MEMASAK:
1. Setelah ayam goreng diangkat, letakkan topping ikut kreativiti masing-masing.

2. Kemudian bakar dalam ketuhar pada suhu 150C selama 5 minit.

3. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & gambar: Yumni Syazwani
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sup Sedap Perut, Tulang, Ekor, Kaki Lembu …Padulah.

Kalau nak buat sup sedap melampau, bahagian tulang, perut, kaki dn ekor lembu memang padu kalau dimasak sup selain dagingnya. Anda boleh juga masukkan sedikit daging di dalamnya di samping bahagian lain yang anda ingingkan tu.
Selain rempah ratus, reneh tu biar lama sikit. baru meresap rempah ratusn. Nak hirup begitu pun sedap aje. Jom cuba buat…slurrphh kuahnya
1. SUP PERUT

.
BAHAN-BAHAN:
- 1kg perut lembu
- 4 biji bawang besar | dimayang
- 10 biji bawang merah | ditumbuk
- 5 ulas bawang putih | ditumbuk
- 2.5cm halia | diketuk
- 3 sudu makan rempah sup
- 2 keping asam gelugor
- 2.5cm kulit kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
- 4 sudu makan lobak jeruk
- Garam secukup rasa
- Serbuk perasa secukupnya
- 4 sudu makan minyak masak
- 1 liter air
CARA MEMASAK:
1. Perut lembu dibersihkan dan direbus selama sejam. Selepas itu potong kecil memanjang. Ketepikan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bahan-bahan yang dimayang dan ditumbuk sehingga kekuning-kuningan. Angkat dan ketepikan.
3.Selepas itu masukkan rempah sup dan kacau sehingga pecah minyak.
4. Kemudian masukkan air dan kacau. Biarkan mendidih.
5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya. Angkat.
6. Ketika menghidang, masukkan kesemua bahan yang digoreng bersama minyak ke dalam sup perut yang hampir masak. masukkan serbuk perasa dan hidangkan.
Untuk menambahkan lagi keenakan sup perut tambahkan tauge,daun bawang, daun sup serta lobak jeruk
Kredit : resepi masakan terkini
2. SUP EKOR ALA THAI

.
BAHAN-BAHANNYA:
- 1 kg ekor lembu
- 3 sudu besar kicap sotong
- 3 sudu besar cili kisar
- 3 batang serai
- 5 helai daun limau purut
- 2 sudu bawang besar
- 15 tangkai cili padi }di belah dua
- 3 sudu besar minyak masak
- 2 biji limau nipis
- 3 biji tomato
CARA MEMASAKNYA:
1. Tumis cili kisar dan masukkan serai yang telah di titik. Kacau sampai garing dan masukkan
kicap sotong ,kemudian masukkan air dan ekor lembu. Masak hingga ekor lembu empuk kemudian masukkan garam dan serbuk perasa.
2. Masukkan cili padi,tomato dan bawang besar.Setelah itu masukkan jus limau,daun limau
purut, dan bolehlah diangkat.
Oleh: Suhaimi Abdul Aziz
3. SUP KAKI LEMBU & TULANG

.
Bahan bahan:
- 1/2 kg tulang lembu ~ rebus dahulu hingga empuk
- Kaki lembu yang telah direbus, dipotong kecil
- 2 sudu besar minyak masak
- 1 sudu besar minyak sapi
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 5 kuntum bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga
- 1 labu bawang besar – di hiris
- 1 peket kecil rempah sup – anggaran 2 sudu besar
- Air rebusan tulang secukupnya
- 1 batang lobak merah ~ dadu
- 2 biji kentang ~ dadu
- 1 sudu kecil lada sulah
- Garam secukup rasa
- 1 biji tomato – potong dadu
- 1 batang celery – hiris
- Daun sup dan daun bawang ~ hiris
- 3-4 biji cili padi – hiris
- 2 biji limau nipis (diambil airnya)
- Bawang goreng – tabur
Bahan Kisar:
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1/2 batang lobak merah
- 1 batang celery
- 1 batang leek
CARA MEMASAK :
1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Ketepikan. Kisar pula karot, batang celery dan leek. Ini bermakna ada 2 mangkuk bahan kisar berasingan yang perlu ditumis nanti.
2. Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk. Tumiskan rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) dan bawang besar yang telah di hiris hingga harum dan garing.
3. Masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan halia) dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak. Masukkan pula lobak merah, celery dan leek yang telah di kisar halus. Tumis lagi hingga garing.
4. Kemudian masukkan rempah sup. Tumis lagi hingga rempah garing. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.
5. Bila semua dah garing masukkan tulang dan air rebusan tulang. Jika kurang boleh tambah lagi air biasa. Kacau sebentar dan biarkan ia merenih.
6. Jika gunakan tulang yang tak di rebus awal, masak hingga tulang empuk.
Mungkin proses memasak menjadi lebih lama kerana nak tunggu tulang empuk. Bila daging dah empuk, masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.
7. Akhir sekali masukkan kentang dan lobak yang telah di dadu kecil. Bila kentang hampir empuk, masukkan juga kaki lembu yang telah dipotong kecil, daun sup, batang celery, cili padi dan bawang goreng. Tutup api dan sedia dihidangkan.
4. SUP TULANG SEDAP
Oleh: Azie Kitchen

.
Bahan bahan:
1 kg tulang lembu ~ rebus dahulu hingga empuk
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 labu bawang besar – di hiris
1 peket kecil rempah sup – anggaran 2 sudu besar
Air rebusan tulang secukupnya
1 batang lobak merah ~ dadu
2 biji kentang ~ dadu
1 sudu kecil lada sulah
Garam secukup rasa
1 biji tomato – potong dadu
1 batang celery – hiris
Daun sup dan daun bawang ~ hiris
3-4 biji cili padi – hiris
Bawang goreng – tabur
Bahan Kisar:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 batang lobak merah
1 batang celery
1 batang leek
CARA MEMASAK :
1, Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Ketepikan. Kisar pula karot, batang celery dan leek. Ini bermakna ada 2 mangkuk bahan kisar berasingan yang perlu ditumis nanti.
2. Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk. Tumiskan rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) dan bawang besar yang telah di hiris hingga harum dan garing.
3.Masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan halia) dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak. Masukkan pula lobak merah, celery dan leek yang telah di kisar halus. Tumis lagi hingga garing.
4.Kemudian masukkan rempah sup. Tumis lagi hingga rempah garing. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.
5.Bila semua dah garing masukkan tulang dan air rebusan tulang. Jika kurang boleh tambah lagi air biasa. Kacau sebentar dan biarkan ia merenih.
6.Jika gunakan tulang yang tak direbus awal, masak hingga tulang empuk. Mungkin proses memasak menjadi lebih lama kerana nak tunggu tulang empuk. Semasa proses merebus ni akan keluar minyak, buih-buih dan sedikit kotoran. Sendukkan dan buangkan semua kotoran, buih-buih dan minyak di permukaan sup, ini adalah kotoran dari darah dan minyak dari lemak pada tulang. Bila daging dah empuk, masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.
7. Akhir sekali masukkan kentang dan lobak yang telah di dadu kecil. Bila kentang hampir empuk, masukkan juga daun sup, batang celery, cili padi dan bawang goreng. Tutup api dan sedia di hidangkan dengan sambal kicap atau cili padi yang dihiris.
FB : ANEKA Resipi Kompilasi
Kena Cuba 3 Menu Thai Ni, Sedap Weiii…

Masih memikirkan menu untuk open house? Apa kata anda cuba tiga menu Thai yang sedap ni. Boleh juga tetamu mencuba selera baru cita rasa negara jiran kita. RASA sudah rasa, memang sedap dan sesuai sebagai hidangan rumah terbuka.

AYAM PANGGANGTHAI SOS KACANG
BAHAN-BAHAN:
- 500gm isi dada ayam
- 3 sudu makan kicap cair
- 3 sudu makan gula perang
- 2 sudu makan minyak sayur
- 1 sudu makan serbuk kari
- 1 sudu teh halia yang telah dikisar
- 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
- 3 ulas bawang putih
- Sedikit parut kulit limau nipis
- 1/2 sudu teh garam
BAHAN SOS:
- 200gm santan
- 3 sudu makan peanut Butter
- 2 sudu makan pes kari merah
- 3 sudu makan kicap cair
- 3 sudu makan jus limau nipis
- Sedikit garam jika perlu
CARA MEMASAK:
- Potong dadu isi dada ayam 2cm X 2cm, cuci bersih dan toskan.
- Campurkan semua bahan perapan, kicap cair, gula perang, minyak, serbuk kari, halia, bawang putih , serbuk jintan dan parutan kulit limau di dalam mangkuk.
- Gaul rata, kemudian masukkan ayam. Gaul lagi hingga sebati.
- Balut mangkuk dengan plastic wrap dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya empat jam. Perap lebih lama lebih sedap.
- Bagi menyediakan sos, campurkan santan, peanut butter, gula perang, kicap cair dan pes Kari Merah Thai dalam periuk, kacau rata dan didihkan atas api sederhana hingga kuah pekat.
- Tutup api dan ke tepikan.
- Sementara itu, panaskan pemanggang. Cucukkan ayam yang telah diperap dengan lidi sate hingga habis.
- Panggang lebih kurang 10 minit (sentiasa balik-balikkannya).
- Setelah masak hidangkan bersama dengan sos kacang yang telah dimasak tadi.

SUP AYAM BERSANTAN THAI
BAHAN-BAHAN:
- 200gm isi dada ayam | hiris nipis
- 100gm cendawan putih
- 200gm santan
- 1 cawan air
- 3cm lengkuas | hiris nipis
- 1 batang serai | titik
- 6 helai daun limau purut
- 6-8 biji cili padi | titik
- 3 sudu makan sos ikan
- 2 1/2 sudu makan sus limau nipis
- 1 sudu makan daun ketumbar cincang
CARA MEMASAK:
- Masukkan air, serai, hirisan lengkuas, cili, daun limau purut di dalam periuk dan didihkan di atas dapur dengan api sederhana.
- Setelah mendidih masukkan hirisan isi dada ayam dan cendawan, biarkan mendidih beberapa minit atau hingga cendawan masak.
- Masukkan santan dan biarkan mendidih beberapa minit, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Sebelum tutup api, masukkan hirisan daun ketumbar.
- Sedia dihidangkan.

SALAD DAGING THAI
BAHAN-BAHAN:
- 450gm daging batang pinang | panggang
- Sedikit minyak masak
- 1 cawan daun bayam
- 1/2 cawan daun pudina
- 1/2 cawan daun ketumbar
- 3 ulas bawang merah | hiris
- 6-8 biji tomato ceri | belah dua
BAHAN SOS:
- 1/4 cawn jus limau nipis
- 5 sudu makan sos ikan
- 4 biji cili padi | hiris
- Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Hiris nipis daging yang telah dipanggang tadi.
- Untuk menyediakan sis, campurkan sos iakn, jus limau nipis hirisan cili padi dan gula perang di dalam mangkuk, Kacau rata dan sebati.
- Seterusnya masukkan hirisan daging bersama tomato ceri, daun bayam, pudina dan ketumbar di dalam mangkuk salad. Tuangkan sos dan gaul rata,
- Sedia dihidangkan.
Sandwich & Wrap, 2 Menu Sedap Untuk Makan Malam Yang Ringkas.

Siapa kata menu untuk diet tak sedap? Salah ye, banyak je menu sedap yang boleh diolah semula ikut cita rasa. Asalkan anda tahu kalori yang perlu diambil dan menggunakan cara memasak yang sihat. Berikut RASA bawakan dua resipi menu sihat yang pantas disediakan dan sihat.

SANDWICH PESTO AYAM
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan daun ketumbar
- 1 ulas bawang putih
- 15gm daun pudina
- 1 sudu makan kacang tanah, dibakar
- 1/3 cawan minyak zaitun
- Garam dan lada hitam secukup rasa
- 1/4 cawan keju cheddar
- 1 biji limau nipis | diambil jus
- 2 keping dada ayam | direbus dan dicarik
- 1 buku roti Perancis
- 1 biji tomato | dihiris
- 3 helai daun salad | dihiris
CARA MEMASAK:
- Kisar daun ketumbar, daun pudina, bawang putih dan kacang secara kasar.
- Masukkan minyak zaitun secara sedikit demi sedikit secara perlahan-lahan. Kisarkan sehingga lumat.
- Perasakan dengan garam, limau nipis dan lada hitam secukupnya.
- Masukkan pesto ke dalam mangkuk berisi isi ayam. Gaul rata.
- Potong roti Perancis dan susun daun salad serta tomato dengan secukupnya.
- Sudukan pesto ayam. Sedia untuk dinikmati.

WRAP CAPATI KAMBING MASALA
BAHAN-BAHAN:
- 5-6 kepingan daging kambing (lamb chop)
- 250ml santan
- Kepingan tortilla secukupnya
- 5 helai daun salad | dihiris
- Sedikit daun ketumbar | dihiris
- 2 biji tomato | dihiris
- Air secukupnya
BAHAN REMPAH:
- 2 sudu makan serbuk jintan putih
- 2 sudu makan serbuk ketumbar
- 2 sudu makan serbuk paprika
- 1 sudu makan serbuk cili
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh garam masala
- 1 sudu teh serbuk pala
- 2 sudu makan puri tomato
BAHAN TUMIS :
- 1 batang kulit kayu manis
- 5 biji buah pelaga
- 2 biji bawang besar | dipotong dadu
- 2 biji buah tomato | dicincang
- 3 inci halia | ditumbuk lumat
- 6 ulas bawang putih | ditumbuk lumat
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Bagi menyediakan sos masala, panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis serta buah pelaga sehingga naik bau. Kemudian masukkan bawang besar dan kacau perlahan sehingga garing.
- Masukkan halia dan bawang putih yang telah ditumbuk. Kacau perlahan sehingga garing. Seterusnya masukkan bahan rempah dan sedikit air. Kacau perlahan sehingga pecah minyak.
- Seterusnya masukkan puri tomato. Kacau lagi sehingga pecah minyak.
- Akhir sekali masukkan santan. Kacau sehingga kuah pekat. Tutup api.
- Sapukan sedikit kuah masala yang dimasak tadi ke atas kepingan kambing dan panggang hingga masak.
- Ambil dagingnya, letakkan di atas tortilla. Taburkan hirisan salad, daun ketumbar dan tomato. Sudukan sedikit sos masala. Gulung kemas dan hidangkan.

