Cucur Ikan Bilis semestinya menjadi kegemaran ramai. Enak dimakan begitu sahaja bahkan jika dicicah Bersama sos, lagilah sedap!
Terdapat pelbagai jensi resipi cucur yang ada. Taip sahaja di internet, berderet senarai yang keluar. Pilih sahaja mana satu yang menepati selera.
Bagi anda yang sukakan Cucur Bilis yng rangup dilur dan lembut didalam, resipi Cucur Ikan Bilis perkongsian saudari Fatien Zainini antara yang mudah dah boleh dicuba.
Anak-anak yang baru nak belajar masak pun mudah nak ikut. Bahan-bahannya campurannya juga boleh dipelbagaikan mengikut selera. Nak letak sayur-sayur ‘leftover’ yang ada dalam peti sejuk pun boleh. Bila dah jadi cucur, semuanya sedap. Jom cuba!
Jom buat Jamu Kempis Perut homemade perkongsian saudari Masz Rita ni. Maklumlah setelah sakan beraya dan makan macam-macam, pasti ramai yang mengalami masalah penambahan berat badan, badan rasa berangin, perut sebu dan sebagainya. Bagi yang nak atasi masalah ni secara sihat, boleh cuba buat jamu kempis perut ni. Tidak menggunakan bahan kimia dan hanya bahan semulajadi sahaja digunakan. Selamat mencuba!
CARA MEMBUAT JAMU KEMPIS PERUT SECARA HOMEMADE MENGGUNAKAN BAHAN SEMULAJADI
Kuih Cakoi makan panas-panas memang padu lah. Lembut, gebu dan berongga di dalam nikmatnya dapat makan masa berbuka. Rahsia kegebuannya ni terletak daripada bahan-bahan yang digunakan dan cara penyediaannya.
Jom semak perkongsian rahsia resipi kuih cakoi yang lembut dan gebu di FB Resipi Sedap Mudah Dibuat, resipi dari Hamidah. Cubalah nanti masa berbuka nanti.
KUAH CAKOI LEMBUT GEBU
BAHAN-BAHAN :
1 cawan air
2 cawan tepung roti
1/4 camca teh yis segera
1 camca teh gula
1 camca teh garam
1/2 camca teh soda bikarbonat
1 camca besar minyak mazola
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK :
LANGKAH PERTAMA :
Dalam satu bekas , masukkan gula, garam, air dan minyak. Kacau rata. Dalam satu bekas yang lain, masukkan tepung bersama soda bikarbonat dan ys segera , kacau kering hingga sebati sedikit dan selepas itu, buat lubang di tengah-tengah adunan .
Masukkan bahan campuran gula, garam , minyak dan air tadi. Adun sehingga sebati terlebih dahulu.
LANGKAH KEDUA :
Pindahkan adunan ke atas papan pencanai yang telah ditabur dengan tepung gandum sebagai alas, adun sehingga menjadi doh.
Apabila menjadi doh, bahagikan kepada dua bahagian berbentuk panjang 40cm. Selepas itu doh ditutup dengan plastik wrap dan biarkan selama 1 jam.
Tips – Letak doh di tepi peti ais untuk suhu yang lebih tinggi bagi doh mengembang elok.
LANGKAH KETIGA :
Selepas 1 jam, ratakan doh dan bahagikan kepada bahagian kecil berzaiz 1sm tebal dan panjang 2 sm. Biarkan lagi 10-15 minit. Masukkan minyak ke dalam kuali dan panaskan.
LANGKAH KEEMPAT :
Apabila minyak panas, ambil dua potongan tadi dan tindihkan bersama. Tekan doh yang cantum di tengah-tengah dan tarik hujung dengan chopstik untuk bagi panjang. Goreng menggunakan api sederhana sehingga kekuningan.
Kerepek Bawang adalah antara snek ringan yang menjadi kegemaran ramai tidak kiralah tua atau muda. Kalau jumpa yang sedap tu, mulut pasti tak boleh berhenti mengunyah. Sebenarnya nak buat snek ni tak susah mana kalau tahu cara dan resipinya. Nak cuba? Jom lihat resipi yang dikongsi oleh saudari Noor Fais ni.
RESIPI KEREPEK BAWANG
BAHAN DOH TEPUNG:
2 biji bawang besar ( saiz sederhana)
1 ulas bawang putih
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung beras
1 sudu makan serbuk udang kering (optional)
CARA-CARA:
Kisar bawang besar dan bawang putih tanpa guna air hingga lumat. ( boleh guna pengisar kering).
Masukkan bahan kisar ke dalam bekas dan masukkan tepung gandum serta tepung beras sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh. Tak perlu tambah air sebab bawang besar sudah mengeluarkan air sendiri semasa kisar.
Jika doh masih lembik, boleh tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga doh jadi bulat.
BAHAN DOH MARJERIN:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung beras
80gm marjerin
1/2 sudu teh garam
Air secukupnya
CARA-CARA:
Satukan tepung gandum, tepung beras, garam dan marjerin. Gaul hingga sebati dan berderai seperti serbuk roti.
Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang bulat.
CARA MENYEDIAKAN KEREPEK BAWANG:
1. Ambil doh marjerin dan doh bawang. Bahagikan setiap satu kepada 3 bahagian atau ikut keselesaan sendiri.
2. Canaikan doh bawang dan marjerin yang dipotong tadi secara berasingan.
3. Letak kepingan doh bawang diatas doh marjerin yang telah dicanaikan tadi.
4. Gulung doh dengan kemas. Ulangi langkah untuk semua doh yang ada. Simpan gulungan doh di dalam peti sejuk selama 2-3 jam.
5. Hiris gulungan doh nipis-nipis. Lebih mudah jika menggunakan pisau tajam.
6. Panaskan minyak menggunakan api sederhana dan goreng berwarna keperangan.
7. Untuk dapatkan kerepek yang mempunyai effect seperti tudung saji, semasa menggoreng masukkan doh sekeping demi sekeping ke dalam minyak panas. Kacau sentiasa dan jangan goreng terlalu lama. Nanti bawang akan menjadi pahit.
8. Angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dinikmati. Simpan dalam bekas kedap udara supaya kerepek kekal rangup dalam tempoh masa yang lama.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.