
Hidangan cucur memang sinonim dengan sajian petang. Ada banyak jenis cucur yang boleh dibuat. Salah satu yang mudah, sedap dan mengenyangkan adalah cucur kentang. Hanya menggunakan tiga bahan, ini cara membuatnya.
Resipi cucur kentang 3 bahan
Bahan-bahan
3-4 biji ubi kentang (dibuang kulit)
8-10 sudu besar tepung jagung
Sedikit garam

Cara membuat
1. Rebus ubi kentang sehingga lembut.Toskan.
2. Kemudian lenyek ubi kentang yang direbus tadi, tambahkan garam sedikit.
3. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit dan gaul sebati menjadi adunan.

4. Ambil sedikit dan bentuk menjadi bulat hingga habis.
5. Panaskan minyak goreng. Angkat selepas kekuningan. Sedia dimakan.

Sumber: Chumily
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ngasari & Roti Pisang Banjar, Nampak Sedapnya..,

Selain Pisang Goreng, Cekodok Pisang, ada idea tak nak buat kuih apa dengan pisang? Kalau keluarga anda suka pisang dan banyak stok pisang cer cuba buat dua menu ni , nampak sedap dan senang je nak masak. Pisang Naga Sari tu kuih lama yang masih digemari hingga sekarang. Rugi kalau anda tak mencubanya…

KUIH NAGASARI PISANG
BAHAN-BAHAN:
- 200gm tepung beras
- 50gm tepung ubi
- 125gm gula pasir
- 800 ml santan
- 1sudu teh garam
- 1/2 sudu teh esen vanila
- 1 helai daun pandan | simpulkan.
- Daun pisang secukupnya | layur dan lap
- Pisang secukupnya ikut cita rasa
CARA MEMASAK:
- Masukkan santan,gula pasir,garam dan daun pandan dalam periuk.
- Renehkan sekadar santan masak sahaja, kemudian tutup api.
- Dalam bekas lain, campurkan tepung beras dan tepung ubi, esen vanilla, kemudian tuangkan santan tadi.
- Adun perahan hingga rata agar tidak bergentel.
- Letakkan semula di atas dapur, renehkan di atas api kecil sambil kacau.
- Reneh hingga meletup-letup, baru tutup api.
- Sediakan daun pisang yang sidah dipotong ikut saiz dan dilap.
- Tuangkan sesudu adunan kemudian ratakan dan letakkan pisang di atasnya dan tutup degan sesudu lagi adaunan.
- Lipatkan daun pisang, kemudian susun dalam pengukus, kukus hingga masak lebih kurang 15-20 minit.
- Setelah masak,sejukkan seketika sebelum sedia dihidangkan.
Resipi & photo: @hanhanny

ROTI PISANG BANJAR
BAHAN-BAHAN:
- 300gm pisang kapok Abu masak | potong kecil
- 200gm tepung terigu protein sedang
- 400ml santan hangat kekentalan sedang (200 ml santan instan diencerkan)
- 100gm gula pasir | boleh kurangkan jika tidak mahu terlalu manis
- 1 sudu teh garam garam
- 1 biji telur saiz A
- 1/2 sudu teh esen vanila
- Marjerin | untuk oleh acuan
CARA MEMASAK:
1. Campur tepung gandum, gula, garam, vanila, telur dan santan.
2. Adun hingga rata dan tidak berketul.
3. Masukkan pisang, adun lagi hingga sekata.
3. Panaskan acuan atau boleh guna acuan non-stick.
4. Hias atasnya dengan 3 – 4 potong irisan pisang di atasnya dan tutup.
5. Bakar dengan Panggang dgn api kecil hingga masak.
5. Sebelum angkat, sapukan sedikit marjerin di atasnya.
6. Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas.
Resipi & photo oleh : @hanhanny
Resipi Kuih Koci Pulut Hitam. Sedap, Mudah & Comfirm Jadi!

Kuih Koci antara kuih melayu yang digemari ramai. Kena yang sedap, makan dua tiga biji pun tak cukup. Bagi anda yang suka kuih ni dan nak belajar cara-cara buatnya. Jom lihat resipi di bawah ini.
KUIH KOCI PULUT HITAM
BAHAN INTI:
- 2 biji kelapa
- 1 cawan gula merah
- 1/2 cawan gula pasir
- 1 sudu teh garam
- 2 cawan air
- 2 helai daun pandan
- 2 sudu makan tepung gandum
CARA MASAK INTI:
1. Satukan kesemua bahan ( kecuali tepung gandum) dan masak sampai hampir kering.
2. Kemudian masukkan tepung. Kacau rata.
3. Setelah inti kering, padamkan api. Setelah sejuk, cubit inti dan bulat-bulatkan.
NOTA: Jika suka inti manis, lebihkan gula.
BAHAN DOH KOCI:
- 100gm pulut hitam (rendam semalaman & kisar dengan air)
- 500gm tepung pulut
- 3 sudu makan tepung gandum
- Air secukupnya
CARA ADUN DOH:
1.Tapis pulut hitam yang dikisar tadi untuk dapatkan patinya. Kalau nak muda,h guna je tepung pulut hitam tapi rasanya akan jadi lain. Maka ikut citarasa masing-masing.
2.Kemudian campurkan dengan bahan-bahan lain. Uli hingga menjadi doh. Tekstur doh seakan nak buat onde-onde ( buah melaka).
BAHAN SANTAN:
- 1/2kg santan
- 2 cawan air
- 1 sudu teh garam (kalau suka masin lebihkan jumlahnya)
- 3 sudu makan tepung jagung
- 3 sudu makan tepung beras
CARA MEMASAK:
1. Satukan kesemua bahan dalam periuk. Kacau sebati.
2. Kemudian masak guna api sederhana hingga pekat.
BAHAN LAIN:
- Daun pisang secukupnya – bersihkan dan potong empat segi
CARA PENYEDIAAN KUIH KOCI:
1. Didihkan air dalam periuk dan siapkan daun pisang.
2. Ambil doh dan letak inti yang telah dibulat-bulatkan. Masukkan doh ke dalam air mendidih.

3. Setelah doh timbul, toskan dan letak ke dalam adunan santan yang dah dimasak tadi.

4. Golek-golekkan doh dalam santan hingga rata dan bersalut.
5. Letak doh koci atas daun pisang.

6. Bungkus dengan elok dan buat hingga habis adunan.

7. Siap dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Izza Howzin
Step By Step Buat Kuih Talam Suji Yang Gerenti Jadi

Kuih talam suji memang sedap. Rasanya manis kat kenyal. Penggunaan santan pula menjadikan kuih talam suji ada rasa lemak yang menambah cita rasa.
Melalui facebook group Iedaa Jahaya memberikan resipi membuat kuih talam suji. Jom cuba!
KUIH TALAM SUJI

.
BAHAN LAPISAN BAWAH
1 1/2 cawan tepung suji
4 cawan santan (2 cawan santan cair, 2 cawan santan pekat)
1/2 cawan gula
Sedikit garam
1 biji telur ayam
1/2 sudu esen vanila
Pewarna kuning
CARA MEMBUAT LAPISAN BAWAH
1. Rendam tepung suji selama 10 minit. Kemudian toskan dan ketepikan dulu.
2. Terlebih dahulu. Panaskan kukusan, sapu minyak pada loyang. Lapik pada plastik.
3. Sebatikan santan, gula, garam, telur ayam dan esen vanila dahulu. Kemudian tapis ke dalam periuk.
4. Masukkan tepung suji yang ditoskan tadi dan pewarna kuning.
5. Kacau atas api perlahan sehingga adunan mendidih dan pekat.
6. Tuang ke dalam loyang dan kukus 25 minit.
7. Sementara menunggu adunan masak. Sediakan pula adunan untuk lapisan atas.

.
BAHAN LAPISAN ATAS
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
1 biji telur ayam
Esen vanila
Garam
1/4 air suam
1 sudu besar serbuk koko (bancuh dengan air suam)
CARA MEMBUAT
1. Sebatikan dengan bahan di atas.
2. Sebatikan semua bahan.
3. Tapis masuk periuk. Masak atas api sederhana. Sentiasa kacau supaya adunan tidak berketul.
4. Kacau sehingga adunan nampak pekat. Tutup api.
5. Tuang atas lapisan bawah. Sebelum tuang adunan, cakar-cakarkan dahulu adunan bawah.
6. Kukus selama 25 minit.
7. Pastikan air kukusan tidak menitis di atas lapisan.
8. Tunggu sejuk, barulah potong.

.
Resipi: Iedaa Jahaya
NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/lelaki-ini-olah-roti-jadi-biskut-kering-bergula-kreatif-sungguh/
https://rasa.my/perghhh-mantap-sungguh-gulai-ikan-tenggiri-paling-power-ni/
Jom tengok video ni
https://www.youtube.com/watch?v=8z9E4CUDm5Q&list=PLeFxvDQwYge2Z4S3GiUhGD-X4hTKVMcL_&index=7

