Resipi Cucur Ketam Bercili Untuk Sajian Minum Petang. Ringkas Tapi Sedap.

Share

Bagi yang tercari-cari sajian minum petang yang paling ringkas, ha…ini dia jawapannya. Cucur Ketam Bercili! Hanya guna crabstick dan beberapa bahan lain. Adun dan goreng. Fuhhh…memang sedap! Layan habis. Jom cuba!

 

CUCUR KETAM BERCILI

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm tepung naik sendiri
  • 150ml air
  • 100gm filemen ketam @ crabstick |dihancurkan
  • 3 tangkai kucai|dipotong kecil
  • 1 biji cili merah|dicincang halus
  • 1 biji bawang besar|dimayang halus
  • 1 biji telur
  • 5gm soda bikarbonat
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan cucur di dalam mangkuk besar dan kacau rata. Jika adunan terlalu lembik tambah sedikit tepung dan jika terlalu kental tambah sedikit air.
  2. Biarkan adunan cucur selama 10 hingga 15 minit.
  3. Panaskan minyak yang banyak. Sudukan sesudu besar bancuhan cucur dan goreng hingga keperangan. Toskan.
  4. Hidangkan bersama sos pilihan.

Info Chef: Pastikan anda tidak membancuh terlalu banyak air untuk bancuhan cucur kerana ia akan menjadi tidak kenyal.

Published by
Nur