Resipi daging goreng rempah ini antara masakan berasas daging yang mudah untuk disediakan. Bahan-bahan hanya dihiris tanpa perlu dikisar. Senangkan!

Tapi rasanya memang sedap kerana hasil rempah yang dimasak sebati dengan daging. Boleh juga dijadikan lauk ibu lepas bersalin, cuma perlu tambah lada hitam yang ditumbuk.

Resipi daging goreng rempah

Bahan-bahan

Daging -dipotong
Rempah kari daging
Gula anau sebesar ibu jari (jika suka )
Rempah kari ikan
Rempah kurma
Garam

Ads

Bahan dihiris

Bawang besar
Bawang putih
Halia
Kunyit hidup ( jika suka)
Bawang dan daun sup -untuk hiasan

Resipi Daging Goreng Rempah Yang Mudah Masak Dan Sedap

Cara memasak daging goreng rempah

1. Daging yang sudah dipotong digaulkan dengan bahan dihiris (tinggal sikit bahan hiris ini untuk digunakan semasa menumis)

2. Kemudian masukkan rempah kari daging, rempah kari ikan dan rempah kurma. Gaul sebati. Perap seketika dalam 10 minit.

3. Panaskan minyak dan tumis baki bahan hirisan kemudian masukkan daging. Gaul rata.

4. Tuang sedikit sikit supaya sedikit berkuah. Selalu gaul daging sehingga masak dan empuk.

Ads

5. Masak hingga pecah minyak kemudian perasakan dengan garam dan gula anau secukupnya.

6. Selepas dapat rasa yang diinginkan tutup api dan akhir sekali tabur dengan hirisan bawang dan daun sup. Siap

Tip lembutkan daging guna soda bikarbonat

  • Gaulkan daging dengan sedikit soda bikarbonat (semangkuk daging boleh letak suku sudu teh saja) dan sedikit tepung jagung.
  • Kacau dan perap selama 15 minit. Kemudian boleh masak daging seperti biasa.
  • Perapan seperti ini sesuai untuk daging kurang berurat yang dimasak sekejap seperti tumis, goreng atau campurkan dengan kuetiaw, mee, bihun atau nasi goreng.
  • Pastikan jangan terlebih soda bikarbonat, nanti akan terasa sedikit pahit.

Kredit resipi & foto: Sarimah Salleh

Ads

Baca Lagi: Cara Buat Daging Berlengas

Menarik: Resipi Daging Goreng Ketumbar Yang Mudah Dan Sedap

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI