Resipi Daging Masak Sos Tiram Yang Sangat Sedap!

Share

 

Daging lembu sebenarnya sangat sedap kalau pandai dimasak dengan betul. Teknik menggoreng adalah salah satu cara memasak daging yang sedap dan menyelerakan. Kali ini RASA nak kongsikan cara masak daging goreng sos tiram bersama kacang pis.

DAGING GORENG SOS TIRAM BERSAMA KACANG PIS

Bahan Perapan Daging
500 gram daging (hiris nipis)
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil kicap (BELI DI SINI)


1 sudu kecil minyak bijan
1 sudukecil tepung jagung (BELI DI SINI)

Bahan Sos
1 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar air rebusan stok ayam
2 sudu besar sos tiram (BELI DI SINI)


2 sudu besar gula
1 sudu besar minyak bijan (BELI DI SINI)
1 sudu besar tepung jagung  (BELI DI SINI)

* Campurkan semua bahan dalam mangkuk kecil dan ketepikan.

Bahan Tumis
4 ulas bawang putih (cencang halus)
1 labu bawang besar (potong dadu)
3 cm halia hiris halus memanjang

Bahan-Bahan Lain
3 sudu besar minyak masak
400 gram kacang pis (bersihkan)
1/2 biji cili benggala (dihiris)
Garam gula secukupnya

Cara membuat
1. Campurkan semua Bahan Perapan Daging. Gaul rata dan perapkan lebih kurang 20 minit.
2. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan Bahan Tumis sehingga wangi.
3. Seterusnya masukkan daging yang diperap. Kacau rata sehingga keperangan (lebih kurang 4-5 minit).
4. Kemudian masukkan kacang pis dan hirisan cili benggala. Kacau 3 minit.
5. Tuangkan bancuhan Bahan Sos dan kacau rata. Jika kurang masin, tambahkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
6. Akhir sekali tutup api, angkat dan hidangkan panas-panas.

Selamat mencuba!

NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/resipi-oreo-cheesecake-yang-mantap/
https://rasa.my/lelaki-ini-olah-roti-jadi-biskut-kering-bergula-kreatif-sungguh/
https://rasa.my/perghhh-mantap-sungguh-gulai-ikan-tenggiri-paling-power-ni/

Jom tengok video masak ni
https://www.youtube.com/watch?v=aEt_c9-AsQo

Published by
Siti Mariam Elias